Friday, February 26, 2010

CintaMu, CintaKu...

ha... excited baca topic post ni...
Ada Apa Dengan Cinta? , Ayat-ayat Cinta, Syurga Cinta, Ketika Cinta Bertasbih....
those are the names of a few films lately... sikit2 cinta, cinta sana, cinta sini...
but what exactly is it we're talking about?... this whole LOVE business... what's it all about?




So, when talking about LOVE, is it ok for me to say that It is a two-way kinda thing?
'Eh, boleh je kita sayang kat orang, tapi dia tak sayang kita...'
well, maybe that could be considered as Love, but it's more of like 'Syok Sendiri', or dalam bahasa jawanya 'clapping'with one hand'. True love is the type that is two-ways...
-Love is when two brothers, constantly Pray (kebaikan) for each other, without the other knowing...
-Love is when, a person wakes up early for tahajud, and wakes up his brother, friend, or mother to do the Tahajud too...
-Love is when somebody foresakes, and sacrifices his ease and comfort, for the comfort of his companion, and this companion receives this sacrifice, eventhough reluctant...


yeah, so that's pretty much my muqaddimah...
Sebenarnya nak ceritakan serba sedikit Cinta Nabi kepada kamu, saya, kami, dia dan mereka sebagai umatnya...

This post is actually me sharing sedikit sebanyak what i got from the Forum held by Perubatan Cawangan Iskandariah (PCI) sempena sambutan MaulidurRasul yesterday... kalau tak dapat ambil semua point, ambil satu dua tiga pun xpe (tapi kalo amik semua lagi bagus)

Bila kita melihat sejarah Baginda, banyak sangat contoh2 yang menunjukkan cinta baginda kepada kita;

1. Semasa baginda ke Taif bersama Zaid bin Harithah, baginda disambut dengan herdikan, balingan batu sehingga luka! sehinggakan malaikat menawarkan kepada nabi untuk menghempapkan 2 gunung besar di mekah ke atas mereka sehingga hancur kerana berbuat demikian kepada Baginda S.A.W. Namun baginda menjawab "Aku berharap ada drpd kalangan mereka yang beriman kepada Allah, tidak pun, dari kalangan cucu2 mereka"

2. Di saat sakaratul maut, baginda menangis2 menyebut 'Ummati, ummati' 'umatku, umatku' kerana terlampau kasih, risau, sayang dekat kita...

3. Kita sedia tahu doa2 nabi mustajab. Nabi menyimpan sebahagian daripada doa2nya yang maqbul itu, untuk membari syafaat kepada umatnya di akhirat nanti...

etc.

you see, Nabi sudah menunjukkan cintanya kepada kita. it's our turn to show our love to him..

HOW?
1. berdoa kepada Allah agar dihadirkan perasaan cinta itu. Setiap nikmat yang kita peroleh adalah daripada Allah. nikmat cinta is no exception. sebab tu doa yang paling Nabi anjurkan kita untuk amalkan (kalau x silap la) ialah
"Ya muQallibal Quluub, thabbit Quluubana 'ala deenik. Wa Sarrifna 'ala Taa'atik"
"Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami atas agamamu. dan kekalkan kami dalam ketaatan kepadamu"
Dapatkan Cinta Allah dulu, insyaAllah, sinta kepada Nabi akan turut hadir

2. Amalkan Sunnahnya. Antara yang terpenting adalah 7;
- Tahajjud
- Membaca Al-Quran
- Solat berjemmah di masjid (kalau perempuan, solatlah di awal waktu berjemaah dgn ibu, kakak atau adik... iA... sama pahalanya dgn yang pergi masjid... x perlu keluar rumah pun dapat pahala solat di masjid? ni yg jeles ngan akhawat ni...)
- Solat Dhuha
- Sedekah, paling busuk, sedekahkan al-fatihah kepada Baginda, arwah ayah, arwah ibu, arwah tok, muslimeen, muslimat yang hidup atau mati sebelum tidur
- Memelihara wudhuk, bukan time solat je kita berwudhuk, batal je pergi amik, batal je pergi amik... coz wudhuk tu adalah perisai daripada syaitan, sepertimana puasa perisai daripada nafsu... setiap titik air yang jatuh juga menjadi penghapus dosa2 kecil kita
- Istighfar kerana terlalu banyak dosa yang kita lakukan, sedar/ separa sedar/ tak sedar

banyak lagisebenarnya, tapi in another post i think...
wallahu ta'ala a'lam....

Friday, February 19, 2010

Autobiography of a pair of shoes

SalamUllah alaikum...
how're our hearts at this moment?... hope they're in a good state of iman....
anyway... yes, i'm still wading through my final semester exams... they'll finish on the 25th iA, still have 3 more papers...
[ it's still not to late to make doa for us.. :) ].

anyway just wanna share an autobiography that really touched this little heart of mine....
*copy pasted... credits to Yim

Namaku Nike, aku adalah dari bangsa trainer. Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual di merata kedai sukan. Aku telah dibeli semenjak setahun yang lepas. Semenjak itu hidupku mula berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan daripada hayatku akan kuhabiskan di trek atau di gimnasium. Tapi jangkaanku meleset. Tuanku lebih kerap membawa aku ke masjid-masjid dan ke rumah kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi dengar kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah yang dinamakan usrah rupanya. Apa yang ingin ku ceritakan di sini mungkin berguna kepada kalian semua. Berikut adalah pemerhatianku berkenan tuanku. Dia seorang da`i, kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan aku untuk mncoretkan warkah ini.


Dahulu, tuanku hanya berseorangan. Aku selalu ke masjid bersamanya seorang. Di sana beliau mengabiskan masa mendengar ceramah agama, tak cukup dengan itu, habis kedai-kedai buku agama kami kunjungi. Sememangnya dia seorang yang obsessed dengan ilmu pengetahuan. Tafsir al-Qur'an memang selalu dibacanya. Ini membanggakan aku, kerana dapat berbakti kepada seorang yang cintakan ilmu.

Aktivitiku tidak terhad begitu sahaja, aku juga sering dibawa ke kompleks sukan dan padang bola. Yang peliknya aku mendapat ramai kenalan ketika berada di padang, tetapi sering berseorangan ketika dibawa ke masjid.

Dahulu, ini menjadi aktiviti kegemaranku, kerana dengan ini aku mendapat ramai kawan. Mulanya aku agak pelik dengan situasi ini, tetapi lama-kelamaan ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke masjid. Kini fahamlah aku, tuan aku menggunakan padang bola dan kompleks sukan untuk berdakwah rupanya. Masya Allah! Tak sangka juga, dengan aktiviti sukan tuan aku sempat juga mengajak rakan-rakan ke masjid. Sekarang aku tidak bersendiri lagi. Hampir setiap malam tuan aku akan berkunjung ke rumah rakan-rakannya. Di sini aku mengambil peluang untuk bersama dengan rakan-rakanku untuk bertukar pengalaman. Rakan-rakanku amat mengagumi tuanku. Aku tumpang berbangga.

Usrah berjalan hampir setiap malam. Sememangnya tuan aku tidak kenal erti rehat. Baginya tempat rehat adalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam kubur. Semua kasut akan senyap setiap kali tuan aku mula berbicara. Kaata-katanya penuh hikmah, setiap isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan aku tidak banyak bercakap apatah lagi perkara yang sia-sia. Aku dapati rakan-rakan tuanku turut kagum dengan kebolehannya.

Apabila bersama rakan, tidak pernah langsung beliau mencerca rakan yang lain. Jika ada perkara yang hendak ditegurnya akan dilakukan dengan hikmah. Aku lebih banyak mendengar beliau memuji orang berbanding mencerca kesalahan orang.

Kini aku masih berbakti lagi. Aku tahu kalian tentu menganggap tulisanku ini gila dan tidak masuk akal. Akan tetapi renungkanlah kata-kataku ini. Aku mungkin kasut, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan. Pada saat itu akan aku saksikan pada Tuhan apa yang aku nukilkan pada kalian.

Untuk kalian semua contohilah tuanku. Berdakwahlah dengan cara hikmah. Jangan sekali-kali lari dari masyarakat. Terkadang masyarakat di sekeliling kalian suka bersukan, atau mungkin sukakan hiburan. Ikutlah rentak mereka sebagaimana aku menari mengikut irama tuanku. Dalam berkata-kata hendaklah kalian berhati-hati, jauhilah cerca dan maki, lebihkanlah ukhuwwah dan pujian. Sesungguhnya mad`u suka dipuji. Namun puji biarlah ikhlas.

Apabila berbicara gunakanlah al-Qur'an dan al-Hadis. Jangan kalian ikut sesedap mulut, kelak menikam kalian dari belakang. Tambahkanlah ilmu kalian, maka orang akan mendengar cakap kalian. Bukankah Tuhan menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang berilmu? Jadilah da`i yang serba boleh. Jangan kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak ke surau dan masjid. Ingatlah, bersukan, muzik, berjalan, itu semua adalah dakwah bagi kalian. Setapak kalian berjalan, mungkin bisa mencampak hidayah ke dalam diri teman kalian.

Oh! Aku memang tidak layak untuk menasihat kalian. Apatah lagi aku hanya sepasang kasut. Kalian tidak perlu memaafkanku kerana aku hanyalah kasut. Tetapi maafkanlah tulisan aku kira aku cuba mengajar kalian, makhluk yang terbaik di sisi Allah. Sebelum lidah kasutku ini bergetar deras, cukuplah dulu nukilan dariku, sepasang kasut seorang da`i.

Monday, February 1, 2010

Exam Booster

Sempena musim peperiksaan, Video ini telah diterbitkan, khas untuk mereka yang sedang, dan bakal menempuh peperiksaan nanti... Semoga kita sama2 berusaha, berdoa, bertawakal... sehingga kejayaan menjadi milik kita bersama...
enjoy.....zasss!

seems familiar?

click for better view

I nabbed this from kader's blog... haha...
i have really got to get the past me to get his butt moving, and have more pity on the future me...