Tuesday, October 30, 2012

YOLO!




YOLO!

a common phrase going around these days... at least on the internet... it literally means;

"You Only Live Once"

Bagi saya, statement ini kurang tepat... kerana kita akan hidup 2 kali. Ya, 2 kali. 'MATI' itu yang sekali. Kemudian kita akan dihidupkan kembali untuk kehidupan yang kedua. Kehidupan yang hakiki, yang abadi. Where we reap and harvest the Rewards of our good deeds in the 1st Life. Or... where we pay the price and suffer for our ignorance and disregard of our Creator and the teachings of the Prophet.

Thus, for me a more fitting phrase would be

"You Die Once, Live Twice"

YDOLT! 
Ok, maybe not as catchy, but so much more true than YOLO.
A huge common misconception if you ask me. YOLO is implementing that you may do as you wish with your limited wordly life, and that there will be no repercussions for our actions. Which couldn't be farther from the truth than how far we are from our past (masa yang telah berlalu).

You see. nothing is made without a purpose.
A pen is made to be written with, a phone to make calls, a car to drive and a chair to sit.
Imagine a pen that could not write, a phone that could not call, a car that could not be driven and a chair that would just collapse with the slightest weight.
I am sure no one would want such trash in their homes. they would have no value!


so why did God create us? God states clearly in His own words

A056
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." [51;56]

I am sure that everyone knows this for a fact. but most of the times... "knowing" is not enough! you have to apply what you know for it to count! kena terjemahkan ia kepada perbuatan.

Just like when someone is asked. "Do you love your mom?" the person will undoubtedly say "Of course I do, what kind of a question is that?"
But when looking at the way that person treats his mother, he doesn't 'show' that he loves her. for instance when asked to do the dishes, hang out the laundry, or throw a way the trash. macam2 alasan diberi! (org lain la tapi, my dear readers bukan tergolong dalam golongan ini iA) Apalah sangat, nak berbakti sedikit kepada ibupaba? after they've raised, fed, taught, loved and cared for us all those years! seriouly, apalah sangat nak berbakti. bahkan, takkkan terbalas jasa mereka!

Sama juga between suami isteri, seorang isteri akan sangat2 aprreciate jika suami 'meluangkan' masa khusus untuk melayani isterinya, bertanyakan khabar beritanya dan mendengar tentang bagaimana harinya. Masa yg diluangkan itu menjadi 'bukti' cinta sang suami kepada isteri.

But when it comes to God. It elevates to a totally new level. What has God done for us? Is it enough to just 'admit' and 'say' that we love him? Tanpa kita menzahirkan cinta itu dalam bentuk amal-amal soleh. Padahal berapa banyak nikmatnya yang kita guna dan dapat setiap hari?! x mampu terkira! jadi... apalah sangat nak spend a little of our time just for Allah.

A034
"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya" [14;34]

Bukannya susah untuk show our love to Allah. Jangan disempitkan skop ibadah. Jangan disempitkan kepada zikir, solat, puasa, sedekah dan tilawah al-Quran sahaja. Sedangkan apa2 sahaja yang kita buat juga boleh menjadi ibadah kepada Allah jika dimulakan dengan bismillah dan diniatkan kerana Allah. Mudah kan? tidur, makan, mandi, keluar rumah, pergi kelas, memamasak, kemas rumah,jumpa kawan, main bola.... semuanya boleh jadi ibadah! Nabi sendiri mengajar kita hakikat ini dengan mengajarkan pelbagai doa dari kita bangun tidur sehinggalah tidur kembali. Doa bangun tidur, doa makan, doa tengok cermin, doa pakai baju... Semuanya diajar untuk mengingatkan kita bahawa hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah. Untuk kita kaitkan segala yang kita buat kepada Allah.

I remember how my parents used to stick pelbagai 'doa's around the whole house. Doa melihat cermin dekat cermin. Doa masuk tandas dekat tandas. Doa makan dekat meja makan. :) Seriously best! Thank you Allah for my parents. My hope is that one day I can be just as good as a parent (if not better)... amin
I am also grateful to Allah for giving me a wife, that I know deep in my heart will be a great mom. Alhamdulillah!

hmmm

So, to wrap things up.... I'm gonna leave you guys with a short but very deep (meaning) verse

Begin with the End in Mind!
A026

Maka ke manakah kamu hendak pergi (syurga atau neraka)? [81;26]




Thursday, August 16, 2012

Rintihan Hati

Pernah seorang mengadu kepada saya.

"Saya rasa jauh sangat2 dgn Allah"
"Saya ada hajat besar, tapi nak minta dengan Allah. Terasa sangat hina dan segan mengenangkan dosa2 saya yang lalu"

kemudian saya mencadangkan agar beliau bangun tengah malam, solat sunat Taubat, kemudian buat la solat sunat hajat utk hajat beliau tersebut. beliau kemudian membalas

"Tapi itulah masalahnya. hati saya terasa sangat keras. solat taubat susah nak menangis. agaknya dah terlalu a lama bergelumang dgn dosa. sudah terasa biasa. dan dosa itu terlalu banyak utk dikira" adunya dengan penuh sayu




Pembaca yang dirahmati Allah sekalian insyaAllah...

ini adalah realiti ramai daripada umat Islam sekarang. tambag2 lagi golongan remaja dan muda-mudi. terlalu banyak dugaan, hiasan, 'distraction' yg boleh menarik kita daripada matlamat utama kejadian kita! iaitu mengabdikan diri pada Tuhan. Sebagai manusia, menjadi lumrah utk kita 'ter'silap, 'ter'jatuh dan 'ter'sungkur.
bagaimana caranya utk bangkit kembali? tambah2 pula apabila baru sahaja nak bangkit, tersungkur kembali. kemudian keadaan ini berulang. mulalah timbul perasaan putus asa daripada rahmat Allah di hati. na'uzubillah minzaalik.

ingin saya menarik perhatian diri saya dan pembaca sekalian kepada firman Allah

A053
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az-Zumar 39:53) | 

ayat ini dengan jelas dan nyata menunjukkan bahawa tuhan yang maha pengampun melarang kita berputus asa daripada rahmatNya. diingatkan pula bahawa Allah mengampunkan bukan kebanyakan (most of) dosa, tetapi SEGALA/KESELURUHAN/SEMUA dosa. masyaAllah, luasnya Rahmat Allah kepada kita!

hakikat ini dikuatkan pula dengan hadith qudsi yang berbunyi


Daripada Anas Bin Malik beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,yg bermaksud,
Allah berfirman :
" Wahai anak Adam,selagi mana engkau berdoa kepadaku dan mengharapkan Daku, Aku akan mengampunimu agi setiap kesalahanmu dan tidaklah Aku peduli.Wahai anak Adam, sekiranya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian engkau memohon keampunanKu, Aku akan mengampunimu dan tidaklah Aku peduli. Wahai anak Adam sesungguhnya jika kamu datang kepadaKu hampir sepenuh bumi dengan dosa kemudian kamu menemuiKu tanpa mempersekutukan Daku dengan sesuatu pun,Daku akan mendatangimu dengan hampir sepenuh bumi keampunanKu "
-hadith hasan,diriwayatkan oleh At-Tirmidzi-


ketahuilah bahawa.  Yakinlah bahawa Allah itu bersifat Maha pengampun.

Jadi, apabila kita mendekati solat, dengan niat ingin bertaubat kepada Allah swt. bear in mind that Allah tidak bersifat kedekut dengan keampunannya. antara buktinya dua dalil dia atas (bermaksud banyak lagi bukti)

Bayangkanlah diri kita yang hina ini, yg banyak dosa. kurang amal pulak tu. Allah akan ampunkan segala dosa kita jika cukup syarat. iaitu benar2 insaf, berazam tidak mengulangi dan jika melibatkan manusia memohon maaf daripada mereka.

Ya Allah. terharunya dengan-Mu Ya Allah. This insignificant soul, satu daripada berbillion manusia di atas muka bumi. Engkau dengar rintihan hatiku individually. kemudian Engkau perkenankan doaku. Ya Allah. Terima Kasih Allah. T.T

sebak hatiku, begenang airmataku, sesak nafasku mengenangkan luasnya rahmatMu ya Allah.
ampunilah aku kerana telah bersangka buruk terhadapMu.

ingin ku tebus dosaKu dengan meningkatkan amalku. meniatkan segala pekerjaan seharian saya keranaMu. moga2 hidupku, makanku, minumku, studyku, kerjaku, cakapku dikura sebagai hasanah dan perolah pahala di sisimu ya Allah

A070
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Furqaan 25:70)
- bagi yg masih terasa susah utk bertaubat, tingkatkanlah amal, kerana amal dapat menghapuskan/menggantikan dosa juga.


A069
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Al-'Ankabuut 29:69

ditulis khas untuk KAMU, ya KAMU





Monday, July 16, 2012

The Only Constant Thing is CHANGE (part 3)

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan kpd tetamu2 blog ini.

Post ini, adalah rentetan daripada 2 post saya yang lepas tentang HIDAYAH. post2 yg lepas mengupas sedikit sebanyak tentang apakah itu hidayah? dan apakah jenis2 nya?

Todays post will focus more on the HOW.. Bagaimana untuk kita mendapat Hidayah? more specifically, Hidayah Taufik

Jadi boleh juga jika hendak diletakkan "Bagaimana Mendapat Hidayah Taufik?" sebagai title post ini.

here, we're gonna discuss 5 ways in which we can obtain his Guidance.


Hidayah Taufik adalah hidayah teratas sekali dan paling berharga. hanya dengan hidayah ini, manusia akan dapat kekuatan utk mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya. Tanpa hidayah ini, manusia akan dimurkai Allah selaras dengan firmannya;
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah sekiranya kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya"
(As-Saff 61:3)

sebelum meneruskan bicara, saya ingin menegaskan bahawa bukanlah niat saya utk menakut-nakutkan anda dengan ayat ini... ayat ini sekadar peringatan kepada diri kita... supaya dalam kita mempelajari apa-apa sahaja ilmu, dan sambil kita mengajarkannya kepada orang lain, baik rakan2 kita, adik- beradik kita, saudara-mara kita dan keluarga kita, janganlah kita lupa utk mengamalkannya!

It's kinda sad actually, apabila sesetengah orang menggunakan hujah/ayat ini utk mereka tidak sampaikan ilmu yang ada pada mereka kepada org lain.
"ish, saya pun x buat nak nasihat org?!"
"ish, ilmu saya xdelah tinggi mana, ramai lagi yg boleh sampaikan"
tetapi mereka lupa atau tidak tahu barangkali bahawa ayat-ayat utk menyampaikan ilmu jauh lebih banyak daripada ayat seperti di atas! ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat" Jadi dapat kita simpulkan di sini bahawa keutamaan kita adalah utk menyampaikan, kita buat tak buat tu soal kedua... bukan menepikan soal kedua itu, tetapi meletakkanya selepas soal pertama, iaitu menyampaikan ilmu... barulah masyarakat naik!

Saya suka bawa Analogy Epal dalam situasi begini. jika saya ada sebiji epal, dan anda ada sebiji epal. saya beri saya punya kepada anda, dan anda punya diberikan kepada saya. masaing2 dapat 1 epal. nothing changes. betul?
Tetapi jika 2 orang saling bertukar ilmu, atau pengalaman, masing-masing akan pulang dengan 2 ilmu!
Samalah juga sekiranya 4 orang berkumpul, masing-masing datang dengan satu ilmu, pulang dengan 4! kalau setiap orang itu datang dengan 2 pula, masing-masing pulang denga 8! itulah sebenarnya keseronokan yang dirasai oleh orang yang mengikuti usrah.
Subhanallah... itulah apa yang Islam bawa, apa yang nabi kita galakkan, apa yang Allah hendak...

So this is me, doing what i've just said above, my only hope is that you. yes YOU.
will apply what they have gained today in your life, and share it with someone else. ;)


So back to our topic

HOW AH?

1. Jalan Mujahadah

Menjadi lumrah alam, bahawa sebelum sesuatu kebaikan itu menjadi manis, kita perlulah bersusah dahulu memaksa diri melakukannya. Walaupun pada mulanya sesuatu amalan itu belum terasa manis, tetapi teruskanlah mengamalkannya. Sedangkan bisa pun boleh "tawar" apabila dibiasakan, apatah lagi kebaikan dan ketaatan yang pada hakikatnya memang fitrah manusia. No Pain, No Gain.

Beleive. Yakinlah, bahawa apabila kita menunjukkan kesungguhan yang padu untuk memimpin dan mengubah diri, Allah s.w.t past membantu kita. bukankah Dia telah berfirman;



"Dan mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkan Kami (Allah), sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Al-'Ankabuut 29:69)

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Mujahadah dalam makna yang praktikal ialah melakukan sesuatau yang perlu dilakukan walaupun kita tidak menyukainya. Ia sukar dilakukan tanpa keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Kabanyakkan manusia hanya melakukan perkara yang suka dilakukannya walaupun pada hakikat perkara itu tidak perlu dilakukan, bahkan kadang-kadang memudaratkan pula. na'uzubillah min zaalik (semoga Allah jauhkan kita daripada yang sedemikian).

It all comes down to the same thing, most of the times. a Conflict.
kita sentiasa dihadapkan dengan dua perkara.
Pertama   -   perkara yang perlu kita lakukan
Kebua     -   perkara yang suka kita lakukan.
dan kedua-duanya biasa saling bertindak secara bertentangan antara satu sama lain. biasanya perkara yang perlu kita lakukan itu adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan. tidak perlu rasanya untuk memanjangkan post ini dengan memberi contoh. i'm sure you could come up with better ones that mine. :)

yang penting, utk mendapat hidayah taufik, kita mesti lakukan perkara yang kita perlu buat walaupun kita tidak suka melakukannya. oleh itu, tidak ada pilihan buat kita melainkan memaksa diri utk melakukan suatu yang perlu kita lakukan! kita perlu memaksa diri melawan rangsangan yang menggoda diri kita utk melakukan perkara yang disukai.

antara tanda2 orang yang telah berjaya mendapatkannya. perkara yang perlu dilakukan itulah yang suka dilakukannya! contohnya Solat di awal waktu. Nabi sendiri pernah berkata 3 perkara yang disukainya adalah solat, wanita dan minyak wangi. see how Solat comes before women? maksudnya nabi suka, syok, best dan feel menunaikan solat. rindu kepada solat. ternanti-nanti waktu solat.

One might argue that melakukan sesuatu yang kita suka lakukannya kurang ganjarannya berbanding jika kita bersusah payah melakukkannya. Saya tidak bersetuju dengan arguement ini. hujjah saya adalah hadith nabi yang ke-25 daripada Hadith 40 imam nawawi

"Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala (mengadakan hubungan dengan isteri)? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.

yes, it's just as you've understood it. having sex between a lawful husband and wife dapat pahala! (ingat, selain daripada itu berdosa.) See, the fact that you enjoy doing something does not reduce it's value, jika iadilakukan kerana Allah.
Another point, despite the pleasure of such a relationship, Solat was dearer to the prophet that such a relationship!
"itu nabi, bolehlah" i hear a few people say. but no, it makes sense actually. Bukankah Solat itu kita sedang communicate dengan Yang Paling kita Kasihi dan yang Paling Kasih kat Kita? yes, A L L A H.
sebaik manapun seorang suami/isteri. pasti akan ada tahap kesabarannya, tahap toleransinya. sang isteri minta duit, suami bagi. kali kedua bagi, tetapi asyik2 mintak je. beli benda tak patut pulak tu. pasti akan ada limitnya.
Tetapi Allah begitu ke? jauh sekali. bahkan sebaliknya! semakin kita minta daripadaNya, semakin Dia sayang kepada kita! wah best kan kalau pasangan macamtu? beruntung la siapa dapat pasangan camtu, tetapi susah kot (ada ke?). Bahkan kadang-kadang tu, Allah rindu suara kita, jadi Dia berkata kepada malaikat "pergilah kepada si fulan, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya" [hadith riwayat Thabrani dari Abu Umamah]

:'( Ya Allah, sayangnya Allah pada kita! kita je yang x reti nak appreciate kadang-kadang.
You know how they say you can never repay what you mother has done for you, given to you?
Well , you can never repay the One that Gave you your mother and so so so so so much more. A L L A H. jadi bukankah Dia yang paling berhak, paling patut mendapat kasih sayang kita?


"... Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidaklah dapat kamu menghitung bilangannya (kerana terlalu banyak). Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya."
(Ibrahim 14:34)




"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim 14:7)


is it too much that He asks us to pray 5 times a day, fast in the month of ramdhan? terlalu banyak ke? berat sangat ke? tak malukah kita hari-hari menghirup udara pemberiannya, menikmati kesihatan yang diberinya, memakai baju yang diberikannya? bersama keluarga pemberiannya (kalau diteruskan xkan habis post ni)
hari-hari menikmati nikmatnya, tetapi teralu sedikit waktu kita luangkan untukNya? bukan tujuan kita diciptakan adalah utk mentaatinya, beribadat kepadanya. bukan apa, last-last utk kita juga. dapat syurga. semua cakap nak masuk syurga. tapi berapa ramai pulak yang membernarkan kata-katanya melalui perbuatannya?


"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
(Adz-Dzaariyaat 51:56) 


Jka kita miliki handphone. tetapi handphone itu tidak boleh menerima panggilan mahupun sms. apatah lagi membuat panggilan atau menghantar sms. pasti kita buang handphone itu. betul? sebab apa, ia tidak menjalankan fungsinya. tujuan ianya dicipta. cuba kaitkan dengan ayat di atas? What will Allah do with us once our time his come, jika kita tidak memenuhi tujuan penciptaan kita? cuma nak ingatkan jangan kita sempitkan ibadah itu kepada solat, puasa, zikir, baca quran, sedekah dan sebagainya semata-mata. apa-apa sahaja yang kita buat sehinggakan makan, minum dan tidur! jika diniatkan kerana Allah, iA akan dikira sebagai ibadah di sisinya...Ya Allah, mudahnya buat pahala. bahkan meniatkannya sahaja dah dikira sebagai pahala, x buat lagi. kalau dibuat ditambah lagi pahala baginya. Dosa tidak begitu. jika diniatkan Allah suruh malaikat jangan catat dulu. dia buat baru catat. Ya Allah sayangnyaMu kepada hambaMU!
T.T

hmm... rasa cukup kot utk kali ini... jom try amal langkah pertama ini dulu, sebelum move on kepada lagi 4 cara mendapat Hidayah taufiq. ikut plannya nak tulis post ni daripada bulan lepas lagi, tapi dengan xde internet, examnya dan segala bagai, x tertulis post ni. SubhanAllah kita hanya mampu merancang, Allah juga merancang. nampaklah hikmah perancangan Allah di situ. di ambang ketibaan Ramadhan, saya dapat merasakan this post being published now, telah memberi kesan yang lebih bermakna kepada hati tuan kepada jari-jemari yang menulis post ini. harapnya anda pun begitu...


Jom, jangan lepaskan peluang Ramadhan kali ini. who knows it may be our last?

Yang baik itu daripada Allah, yang kurang itu daripada kelemahan diri saya sendiri.

(to be continued... )

[links to the previous posts]
part 1 - http://chrono-constitution.blogspot.com/2012/03/only-constant-thing-is-change-part-1_04.html
part 2 - http://chrono-constitution.blogspot.com/2012/05/only-constant-thing-is-change-part-2.html

Monday, June 18, 2012

the Big Step

Assalamualaikum dear readers
sorry for the long absence of posts... and i'm sorry as i have no solid excuses for that...

Anyway... there comes a time in life when you take that next BIG STEP...

MARRIAGE...

well for me, that step is just around the corner... September to be exact... #true story
to be honest, i'm more scared than excited... this has been on my mind for a long time... and now the time has finally come... as 9gaggers would call it "Sh** just got real"...


another thing that is also just around the corner are my Finals. I have another 2 years to go before obtaining my medical degree iA. Need to focus on my Studies! having a wife will definitely be a huge 'booster' in excelling in them. won't have time to be playing games and wasting time. of course the ultimate reason is to seek Allah's pleasure. never loose sight of that. in whatever we do. from the moment we wake up, till we sleep and even 'in' our sleep. it's all for Allah.

Pray for us!

p/s; doa utk saudara/i Islam jgn pernah dilupa

Saturday, June 9, 2012

Countdown

i got a new widget (look left)... yes, that time of the year is nearing... Ramadhan... the month where pintu2 syurga dibuka seluas2nya... pintu2 neraka ditutup serapat2nya... syaitan2 dibelenggu... 'score multiplier' activated all-day long...
If you are in a job where you get paid hourly... and then your boss decides to double, maybe triple, maybe quadruple, maybe quintuple your pay if you work from 4pm to 6pm... only someone foolish would not take that opportunity... if you noticed, i deliberately put 4-6 pm as it is 2 hours, and 2 hours is a twelfth of 24 hours...
you see, a year also has 12 months. so 'a' month would be a twelfth of a year... (hope you got the message)

but the thing is, the biggest mistake people make is, they only wait for it to come... they don't prepare for it... so when it comes, it comes as a surprise... "eh, dah puasa dah?"... they don't get warmed up for the Ibadah Festival...

to sum it up; Let's get hyped, get prepared, get warmed up for this much anticipated Guest that only comes once a year. a Guest that is sent especially to us from the one that Loves us, and the one that we love...