Showing posts with label issues. Show all posts
Showing posts with label issues. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Al-Aqsa dalam bahaya...



innocent chold not understanding what is going on and why
Mother devastated by her loss
Baby shot inside pregnant mother by israeli military
more sad pictures

Sedih kan tgk gambar2 ni?... tapi adakah memadai dengan hanya berasa sedih?...
selepas melihat gambar2 di atas... marila sama2 kita tanya diri kita 3 soalan

1. What HAVE we done for Palestine
2. What CAN we do for Palestine
3What WILL we do for Palestine?


I'd Like to help answer the 2nd Question, what CAN we do for Palestine... here are five things that we can

1. Meningkatkan kesedaran Islam dalam diri & Prihatin tentang ehwal Umat

Sabda Nabi S.A.W

"و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم"

'Barangsiapa yang tidak mengambil- berat tentang urusan Umat Islam, maka bukanlah dia daripada kalangannya'

http://www.palestine-info.co.uk/en/
http://www.infopalestina.com/ms/
http://palestinkini.info/


2. Bantuan Kewangan

Firman Allah s.w.t
" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji (700 kali ganda!) dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya "

3. Sebarkan maklumat kepada rakan2, keluarga tentang kekejaman Rejim Zionis, membeli buku2, bahan2 tayangan dsb. Menjemput NGO2 (seperti aman palestin) ke tempat2 keraj, taman, masjid, pejabat atau sekolah..

4. Boikot barang Israel dan Syarikat yang menyokong Israel

5. Tingkatkan Berdoa agar Allah selamatkan Aqsa dan memenangkan umat Islam di Palestine ke atas musuh Islam
.

ni pun perlu diambil perhatian... dalam Dunia ini, adalah Sunatullah (hukum alam/law of physic)... bahawa yang kuat pasti akan mengalahkan yang lemah... kita mendoakan hari2 begini... tapi tahap mana kekuatan kita... kekuatan untuk melawan nafsu makan, nafsu game, nafsu membuang masa, nafsu berehat2.... ?

now we come to the 1st and 3rd Questions

1st Question tanya je,
3rd question tanya diri sendiri and jawab


Tentang Al-Aqsa pula... ramai yang berfikiran bahawa Al-Aqsa adalah kepunyaan rakyat palestine... mind set ini perlu ditukar... kerana sebenarnya Al-Aqsa dan Palestine itu sendiri adalah Umat Islam punya... siapa tu umat islam?... saya, kamu, dia, mereka, kita punya... jadi kenapa mereka sahaja yang berjuang, kita?... setakat mana perjuangan kita... atau adakah masa kita setakat dihabiskan dengan fb, movie, game, chatting dsb. betul... kita tidak mampu utk ke sana dan terlibat dalam intifada (uprising) dan melindungi tanah Palestine dengan daging dan tulang kita sepertimana mereka lakukan setiap hari... tetapi, kita perlu berjuang dengan cara kita... 1. meng'islah' (memperbaiki) diri.... 2. Rapatkan hubungan dengan Allah s.w.t... 3. merapatkan ukhuwah sesama kita... 4. Belajar/bekerja bersungguh2....
faham ke?


ok la... itu sahaja kot utk kali ini...


"Ya Allah, kau lindungilah Aqsa, dan kau lindungilah orang2 yang melindunginya"


Sama2 kita meng'islah' (memperbaiki) diri...

Wednesday, January 13, 2010

wasotiyah

Islam mengajar kita untuk bersederhana dalam setiap perkara.
ulama2 menyebut perkara ini sebagai "Wasotiyah"

kalau kita tgk agama lain (wallahu'alam, ini daripada apa yang saya dengar)

Kristian mithalannya, dia ajar macamana?
"Jika ditampar pipi kirimu, bagilah pipi kananmu (dan jangan membalas tamparan itu)

kalau yahudi pulak,
"sebelum dia tampar kamu, kamu tampar dia dulu!"

macamana? apa pendapat kamu?
yang first tu over'humble' pulak, sehingga dipijak2. islam ajar kita macam tu ke? Palestine diceroboh kita mendiamkan diri. "ambillah tanah kami, ambillah anak2 kami"... tak...
ISLAM tidak ajar macam tu...
orang mintak 60 ringgit.... "ambillah, ambik 120 pun takpe, 180 pun takpe, 240 pun takpe".... tak....
ISLAM tidak ajar macamtu

and at the same time,
ISLAM juga tak mengajar the opposite. bila ada driver taxi yang 'ter'tamak, mintak duit lebih2... kita pun mangamuk, then balik rumah habis kita citer kat satu dunia... "driver taxi sini teruk la", "**** la driver sini!" dan pelbagai lagi ayat yang tidak sedap didengari oleh telinga. jangan kita pukul rata. habis adik2 kita letak 'mind set'
"driver taxi = penipu"
saya sendiri terkena mind set ini, naik taxi je, 'sympathetic' nervous system aku activated, padahal pergi carrefour, sepatutnya rilex, cool, seronok...tak ke kesian dekat driver2 yang baik2, hafaz quran, amat menghormati 'foreigner' dsb.
mungkin kita boleh guna pendekatan lain. bila bercakap ngan adik2 kita. "Driver taxi sini, ada
'sesetengah' daripada mereka yang suka mintak duit lebih2 kalau nampak foreigner, so berhati2"


ok, no more analogies, straight to current issues (in Alexandria,
readers from elswwhere might not understand certain parts):

di dalam post 'menconteng arang di muka', saya tidak menyeru mahasiswa2 sekalian untuk jadi seperti orang yang ditampar pipi kiri, dan memberi pipi kanan anda... dan saya pun tak nak buat macam tu, sakit kot.... tak, bahkan
ISLAM juga tidak menyuruh berbuat begitu.

betul, bak kata kader, '
kita sebagai pelanggan ada hak kita'. saya sangat setuju.
tetapi tidak perlu lah sehingga kita memburuk-burukkan nama university kita. jangan kita pukul rata.
rasanya lebih ramai daripada pihak2 di University ini yang cuba untuk membantu kita.
cuma kita je tak sedar.
yela, manusia dan saya sendiri, tend to look at the 'tear' on the book, berbanding dengan 'isi' buku itu sendiri yang sangat bagus dan bermanfaat. (nak tau apa manfaat2, kesenangan University bagi kat kita?... boleh tanya saya secara personal)

let's become professionals...

wallahu'alam...


Monday, January 11, 2010

menconteng arang di muka?

*post has been deleted by admin* 12/1/2010 - 3.40pm

salamUllah alaikum...

I've said what i have to say... rasanya mahasiswa2 Universiti Iskandariyah semua pun da baca...
and i hope the message got through... setuju atau tidak... terpulang... masing2 ada pendapat...
it's just that, i have to do myself what i said... that is to not talk about this matter keluar daripada keluarga kita... biar benda ni habis kat dalam je...
and this post itself is talking about 'that' matter... so i'm obliged to delete it...

(hadith tak delete la);
hadis ke-16, hadith 40;
Abu Hurairah (r.a) narrated;
A man asked the prophet 'Advise me!'
The Prophet (S.A.W) said "Do not become angry"
the man asked (the same) again and again, and the Prophet (S.A.W) said in each case
"Do not become angry"

Thursday, January 7, 2010

haih..... mesir.... oh mesir...

'man la yahtamma biamril mu'mineen, falaysa minhum'
(barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan/keadaan orang2 mukmin, maka dia bukanlah dari golongan mereka)





kenapa eh jadi cani?... tak tahu la nak cakap macamana...
pandai2 la jawab di hadapan Allah nanti!

"Tidak beriman seseorang di kalangan kamu, sehingga dia mengasihi untuk saudaranya, apa yang dikasihi untuk dirinya." (Hadith Sahih).

Saya yakin bila ditanyakan kepada kita, kita sayang tak ibubapa kita?. saya yakin dan berani menjamin jawapannya adalah Ya. Tapi cukupkah dengan hanya mengatakan bahawa kita menyayangi mereka? tanpa kita melakukan apa2 yang membuktikan cinta kita tersebut?.
Yang duk oversea contohnya, jarang2 sekali call mereka. message pun sometimes je. get my point? yang di rumah pun, berat je rasanya nak menghulurkan bantuan kepada parents, cuci pinggan ke, kemas rumah ke.
haa... so let's proove our love, cinta tu jangan di mulut kita sahaja!

so let's ask ourselves. Do We Care About Your Brothers And Sisters In Palestine?.
then let's ask ourselves again. Have W Prayed For Them Today?



Monday, August 31, 2009

You know the answer?

SOALANNYA:

Anbon... INDONESIA
Yala,Pattani... THAILAND
Gujerat... INDIA
Xinjang... CHINA



1) Apakah persamaan antara tempat2 di atas.... apa yang berlaku di setiap daripada tempat tersebut?

2) Mengapa Islam yang diperangi, dan bukannya agama-agama lain?

Jika tak tahu jawapannya, cari2lah... bnyak kan masa kita habiskan ntuk movie, game, novel, rehat2 dsb... luangkanlah masa sedikit utk mengambil tahu ttg saudara2 kita di tempat lain... sharings from you are much appreciated...

"man la yahtamma biamril mukmineen, falaisa minhum"

"Siapa yang tidak mengambil tahu tentang hal2 orang2 mukmin, mereka bukan dari kalangan mereka"

Thursday, June 11, 2009

'A New Begining' - President Obama's Speech in Cairo

i just listened to his speech this afternoon... for those who haven't, please do... listen with thought... 'THOUGHT' i say people...

Wednesday, June 10, 2009

.................................

SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.

Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.

‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.

‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.

‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.

Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.

Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.

‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.

‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.

‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.

Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.

Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.

Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.


Saturday, May 30, 2009

SPM maximum 10 subjek?????

Khamis Mei 28, 2009
SPM: Maksimum 10 subjek SPM mulai tahun depan
NILAI: Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.




personally I DON'T AGREE AT ALL ,despite all the "implikasi positif" stated in the original text...

the reasons why?... boleh la tekan link ke blog Arif Aizuddin, yang telah pun post 'bout this issue, then read the comments...

frankly ... I DON'T AGREE.
period...

eih ra'yak? (what's your opinion?)

Tuesday, February 24, 2009

Not To Worry...

Pada pukul 6.50 petang waktu mesir hari Ahad (22 Feb 2008) berlaku pengeboman di dataran hussein. Dua bom tangan dicampakkan dari tingkat empat sebuah hotel ke dataran husein di hadapan masjid Hussain menurut saksi.

-mengakibat seorang warga wanita perancis mati dan 20 orang cedera. Mangsa cedera adalah 13 warga prancis, 3 warga jerman dan 4 orang mesir termasuk anggota keselamatan dan kanak-kanak.

- Dua bom yang dicampakkan dan hanya satu yang meletup. Bom yang berupa tin besi dan dibungkus dengan tangan yang mengandungi bahan TNT, batu dan pasir. Ia adalah buatan tempatan.

-bom yang tidak meletup jaraknya dengan yang meletup adalah 3 meter menurut saksi. Ia telah dimatikan fungsinya dengan plastik2 berisi pasir.


- pihak keselamatan mesir menyatakan bahawa bom diletakkan dibawah kerusi batu berhampiran restoren diluar hotel husein.

- pihak keselematan telah mengepung hotel-hotel dan rest
aurant yang berhampiran untuk mengenal pasti penjenayah yang terlibat sebaik sahaja pengeboman ini berlaku. Mereka telah menegah masuk atau keluar dari kawasan tersebut. Anjing2 polis juga digunakan untuk memeriksa kawasan kejadian.

- pelancong yang berada disitu dibawa dari situ dengan sepuluh biji bas dengan kawalan ketat.

-mangsa yang cedera dibawa ke hospital universiti Hus
ein, hospital antarabangsa mesir, hospital kaherah Fatimiah dan Ma’had Nasir.

-Satu yang kritikal kerana serpihan2 telah masuk ke peparunya. Adapun yang lain dilaporkan stabil.

- Syeikhul Azhar telah menyelar pengeboman ini dan menyifatkan sebagai jenayah yang pengecut dan ditolak agama Islam.


- 3 orang telah ditangkap kerana disyaki terlibat dgn pengeboman ini.

Rujukan: al-Jumhuriah (akhbar mesir) dan al-Jazeera (web). p/s: This incident was in Cairo... guess death is much nearer than we thought... but, not to worry. Cairo is like 2 hours from Alexandria... i think it's quite safe here... but always, 'safety 1st'

This is a scene from the scene (b4 the bombing)

"bismillahillazi laa yadhurru ma'asmihi syaiun filardhi wala fissama'i wa huassami'ul 'alim"