Showing posts with label Practical. Show all posts
Showing posts with label Practical. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

7 HABITS vs. 6 HABITS


Rasanya semua org tahu tentang
"The 7 Habits of Highly Effective People"
tapi berapa ramai pulak yg tahu tentang
"The 6 Habits of Highly Successful Believers?"
7 tabiat yang petama ditulis oleh Stephen Covey, lulusan drpd Harvard and Brigham University.
6 tabiat yg kemudiannya ditulis pula oleh Allah s.w.t, dalam bukunya 'The Holy Quran'. they can be found on page 342.

between the two? which one would you choose? the ones written by a person (who probably doesn't even know you btw), or the ones written by God (who knows you best, inside out) ambil dua2 lagi bagus.. ^^

bukanlah di sini saya nak perlekeh 7 habits tu. bahkan saya sgt menyokong 7 habits tu diterapkan dlm kehidupan. cumanya kadang2 kita terlalu agung2kan barat, dan lupa kepada Islam. yang merupakan 'Way of Life' yg lengkap, mudah, membahagiakan dunia dan akhirat...

Some might argue that the 7 habits are more understandable as there is a 'whole book' explaining them.
As for the 6 habits, they are only mentioned in 'a few short' verses in the Quran.

Is that true? that the verses of the quran are not adequately explained???
The above argument might be made by somebody that thinks that 'tafsir' and 'terjamahan' are one and the same (this is a huge misconception (salah faham) amongst us btw). well, they are two different things fyi. Bahkan utk Al-Quran, bukan setakat 2,3 buku yg menghuraikan, terdapat berpuluh2 kitab! semua ditulis oleh ulama yg berbeza pendekatan masing. ada yg hurai ayat Quran dgn ayat yg lain (dikaitkan), ada yg guna hadis. ada yang kaitkan dgn Sirah, tidak kurang juga yg hurai menggunyakan Akal dan ilmu yg dikurniakan Allah kepada mereka. subhanAllah. kalau yg pernah pergi kelas tafsir tahu la, kadang2 tu 5 ayat je, tapi syeikh ust tu hurai sejam lebih. SubhanAllah.

i'm just gonna list down the habits for now, maybe it may stimulate some of us (especially me) to go into furher details of these habits respectively. The Summer Holidays are approaching, just suggesting something interesting and useful to do. ^^

A. The 6 Habits of Highly Successful Believers
1. Khusyu' dalam Solat
2. Menjauhkan diri drpd (perkataan dan perbuatan) yang tidak berguna
3. Menunaikan Zakat
4. Memelihara Kemaluan
5. Memelihara Amanah
6. Memelihara Solat
*untuk huraian habit2 di atas, boleh la rujuk kpd mana2 'tafsir' (bukan 'terjemahan' ye, berbeza tau). zaman moden ni, sgt mudah utk dapatkn tafsir online, tinggal nak x nak je cari

A. The 7 Habits of Highly Successful People
1. Being Proactive
2. Beginning with the End in Mind
3. Put first things first
4. Think Win/Win
5. Seeking first to Understand, Then to be Understood
6. Synergize
7. Sharpen the Saw
ini pulak of course boleh rujuk pada buku yg berjudul "The 7 Habits of Highly Successful People"

Tuesday, July 14, 2009

Jom cuba...

Everyday we do Ablution (Wudhuk) like at least 5 times a day... kalo yg rajin solat Dhuha, kekalkan dirinya bersih daripada hadath, dan Qiyamullail mungkin lebih...

Tapi berapa ramai yg waktu membasuh setiap anggota, berdoa (at least dalam hati) ntuk setiap anggota yang dibasuhnya?

Ini antara rahsia di sebalik khusyuk dalam solat... sebenarnya solat bermula drpd wudhuk lagi... kita wudhuk ntuk solat, jadi start drpd wudhuk lagi kita da kosongkan hal2 duniawi drpd hati, dan menyediakan hati ntuk 'temu janji' kita dengan ALLA SWT...

So, Straight To The Point... seeing to that i have to continue studying Pharmacology for my exams tomorrow... udahla penulis x berapa strong subject ni... Rabbana Yusahhil...



Dimulakan Wudhuk dengan
(doa2 telah di'simple'kan dengan mengambil isi sahaja, tapi mulakanla dgn menybut nama Allah)

"Aku berlindung daripada gangguan Syaitan, dan daripada mereka yang datang kepadaku"

Ketika membasuh Tangan

"Aku meminta kesempurnaan dan keberkatan
dan aku berlindung daripada Kecelakaan dan Kebinasaan (hasil perbuatan tanganku) "

Ketika berkumur2

"Tolonglah aku untuk membaca kitab-Mu, banyak berzikr kepada-Mu
dan aku berlindung daripada mengumpat dan kalam2 yang buruk"


Ketika memasukkan air dalam hidung

"Berikanlah kepada aku bau-bauan syurga dan Engkau Redha kepadaku

Ketika mengeluarkan air daripada hidung

"Aku berlindung dari bauan Neraka dan Siksa Neraka"

Ketika membasuh muka selain dari niat wudhuk

"Cahayakanlah mukaku pada hari bercahayanya muka wali2-Mu,
dan janganlah gelapkan mukaku pada hari menjadi hitam muka Musuh2-Mu"


Ketika membasuh tangan hingga siku (kanan)

"Serahkanlah rekod amalanku melalui tangan kananku
dan perhitunlah aku secara mudah"


Ketika membasuh tangan hinggs siku (kiri)

"Aku berlindung daripada diserahkan buku rekod amalanku melalui tangan kiriku atau dari belakangku"

Ketika menyapu kepala

"Litupilah aku dengan rahmat-Mu, turunkanlah keberkatan-Mu kepadaku, Lindungilah aku di bawah bayang Arash-Mu pada hari tiada sebarang perlindungan kecuali lindungan bayangan-Mu. Ya ALLAH, peliharalah rambutku dan kulitku daripada Api Neraka"

ketika menyapu dua telinga

"Jadikan aku dari kalangan org yg mendengar perkataan maka mengikut yang baiknya, perdengarkanlah aku malaikat yang menyeru ke syurga, di syurga bersama2 org yang baik2"

membasuh kaki (kanan)

"Tetapkanlah kakiku dia atas titian Sirat al-Mustaqim bersama tetapnya kaki2 hamba-Mu yang Soleh"

mambasuh kaki (kiri)

"Aku berlindung daripada tergelincirnya kakiku di atas titian ke dalam Neraka pada hari tergelincirnya kaki2 munafik"

Lastly... selesainya wudhuk bacalah

Ya Allah, jadikanlah aku daripada golongan orang2 yang Bertaubat,
jadikanlah aku daripada golongan orang2 yang Bersih
dan jadikanlah aku daripada golongan orang2 yang Soleh

Wednesday, July 1, 2009

Adab tidur

Tidur..

kepada yg sedang bercuti di rumah, kadang2 memilih tidur sebagai jalan keluar dariapa kebosanan yg 'membunuh'... huhu... betul tak?... xpe2, walaupun ada banyak benda berfaedah lagi ntuk dilakukan, tapi tidur tu, biarla beradab... Islam mengajar begitu

yg tgh musim exam pulak, tidur juga menjadi isu
"Weih, tidur mesti cukup musim2 exam ni"
....
"Cana nak tidur , bnyk lagi x baca ni"....
"Alah, lepas exam nt aku qada la balik tidur aku"...
"Aku baca x masuk rr, baik aku tidur"....
juga dilihat ramai pelajar2 di musin exam menjadi 'nocturnal', siang jadi malam, malam jadi siang...
bnyak la spekulasi ttg tidur ni sebenarnya...

tak kesah la whatever your situation... let's follow Islam as a 'Deen' (way of life)... not just a title to put on...


so here it goes >> ADAB TIDUR

Tidur bagi seorang Muslim adalah dikira ibadat jika ia memenuhi adab-adabnya iaitu :
  1. Membersihkan badan daripada najis dan hadas bila hendak tidur: disunatkan mengambil wuduk sekali pun ia berada dalam keadaan hadas besar
  2. Kedudukan badannya di waktu tidur mengadap ke qiblat seperti kedudukan mayat
  3. Membaca doa-doa dan surah yg tertentu sewaktu hendak tidur. Rasulallah S.A.W antara lainnya apabila hendak tidur membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas deihembuskan bacaan itu di kedua belah tangannya dan digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan ini diulangi sebanyak tiga kali berturut-turut...

Wednesday, June 24, 2009

dilemma owh dilemma...

Someone asked me if I've read this article on my friends blog... my answer was 'no'... now it's 'yes'...

Now I'm gonna ask you if you've read it... and please make it so that you can aswer yes...

Thursday, June 11, 2009

Friday, May 8, 2009

10 Pesanan Imam As-Syahid Hassan Al-Bana

(1) Apabila saudara mendengar azan,maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah al quran,atau tatapilah buku-buku ilmiah,atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul;kerana bahasa arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar islam)

(4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun, kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa jua kebaikan.

(5) Janlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi temteram.

(6) Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tadak mengerti melainkan bersungguh-subguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengumpat keperibadian orang lain,mengacam pertubuhan-pertubuhan,dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dangan tiapa-tiap saudara ikwan muslimin yang saudara bertemu dangannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan;kerana asa gerakan dakwah kita berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada pada kita;oleh itu tolonglah saudara sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sengiri maka ringkaskan pelaksanaannya

Saturday, July 19, 2008

....al-iman yazidu wa yanqus...


ingat x physics form 5... transverse waves.... ada crest, ada trough.... haa... cani laa lebih kurang iman kita.... cuma mungkin berbeza sikit pattern dia... slalu kat atas..... insyaAllah...... slalu kat trough, skali skala je naik atas...... na'uzubIllah.

~ al-imanu yazidu qa yanqus ~

Bagaimana cara memperbaharui iman? here's a few ways.

1. Perbanyaklah menyemak ayat-ayat Al-Quran

Al-Qur’an diturunkan Allah sebagai cahaya dan petunjuk, juga sebagai ubat bagi hati manusia. “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an sesuatu yang menjadi ubat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra’: 82).

Kata Ibnu Qayyim, yang seharusnya dilakukan oleh seorang muslim untuk menyembuhkan hatinya melalui Al-Quran, “Caranya ada dua macam: pertama, engkau harus mengalihkan hatimu dari dunia, lalu engkau harus menempatkannya di akhirat. Kedua, sesudah itu engkau harus menghadapkan semua hatimu kepada pengertian-pengertian Al-Qur’an, memikirkan dan memahami apa yang dimaksud dan mengapa ia diturunkan. Engkau harus mengamati semua ayat-ayat-Nya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengubati hati, maka dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh.”

2. Rasakan keagungan Allah seperti yang digambarkan Al-Qur’an dan Sunnah


Al-Qur’an dan Sunnah banyak sekali mengungkap keagungan Allah swt. Seorang muslim yang ketika dihadapkan dengan keagungan Allah, hatinya akan bergetar dan jiwanya akan tunduk. Kekhusukan akan hadir mengisi relung-relung hatinya.

Resapi betapa agungnya Allah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, yang memiliki nama-nama yang baik (asma’ul husna). Dialah Al-’Azhim, Al-Muhaimin, Al-Jabbar, Al-Mutakabbir, Al-Qawiyyu, Al-Qahhar, Al-Kabiir, Al-Muth’ali. Dia yang menciptakan segala sesuatu dan hanya kepada-Nya lah kita kembali.

Jangan sampai kita termasuk orang yang disebut ayat ini, “Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi dan seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya.” (Az-Zumar: 67)

3. Carilah ilmu syar’i

Sebab, Al-Qur’an berkata, “Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya ialah orang-orang yang berilmu.” (Fathir: 28). tolibul ilmi minal mahdi ilallahdi.. tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

Allah berfirman, “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Az-Zumar: 9). Orang yang tahu tentang hakikat penciptaan manusia, tahu tentang syariat yang diturunkan Allah sebagai tata cara hidup manusia, dan tahu ke mana tujuan akhir hidup manusia, tentu akan lebih khusyuk hatinya dalam ibadah dan kuat imannya dalam aneka gelombang ujian ketimbang orang yang jahil.

Orang yang tahu tentang apa yang halal dan haram, tentu lebih bisa menjaga diri daripada orang yang tidak tahu. Orang yang tahu bagaiman dahsyatnya siksa neraka, tentu akan lebih khusyuk. Orang yang tidak tahu bagaimana nikmatnya surga, tentu tidak akan pernah punya rasa rindu untuk meraihnya.

4. Perbanyaklah amal shalih

berlumba-lumbalah kita ntuk mengumpul entrance fees (pahala and rahmat) ke tempat paling best.... paradise “Berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Rabb-mu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi.” (Al-Hadid: 21)

semoga kita tergolong dalam golongan yang digambarkan Allah swt., “Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, dan pada akhir-akhir malam mereka memohon ampunan (kepada Allah). Dan, pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian.” (Adz-Dzariyat: 17-19)

Banyak beramal soleh, akan menguatkan iman kita. Jika kita kontinu dengan amal-amal soleh, Allah akan mencintai kita. Dalam sebuah hadits qudsy, Rasulullah saw. menerangkan bahwa Allah berfirman, “Hamba-Ku senantiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan mengerjakan nafilah sehingga Aku mencintainya.” (Shahih Bukhari no. 6137)

5. Lakukan berbagai macam ibadah


Ibadah memiliki banyak ragamnya. Ada ibadah fisik seperti puasa, ibadah materi seperti zakat, ibadah lisan seperti doa dan dzikir. Ada juga ibadah yang yang memadukan semuanya seperti haji. amalan2 harian pun jd ibadah sperti makan, mandi, gi toilet jika nawaitu lillah dan. Semua ragam ibadah itu sangat bermanfaat untuk menyembuhkan lemah iman kita.

Puasa membuat kita khusyu’ dan mempertebal rasa muraqabatullah (merasa diawasi Allah). Shalat rawatib dapat menyempurnakan amal-amal wajib kita kurang sempurna kualitinya. Berinfak mengikis sifat bakhil dan penyakit hubbud-dunya. Tahajjud menambah kekuatan.

Banyak melakukan berbagai macam ibadah bukan hanya membuat baju iman kita makin baru dan cemerlang, tapi juga menyediakan bagi kita begitu banyak pintu untuk masuk surga. Rasulullah saw. bersabda,
“Barangsiapa yang menafkahi dua istri di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu surga: ‘Wahai hamba Allah, ini adalah baik.’ Lalu barangsiapa yang menjadi orang yang banyak mendirikan shalat, maka dia dipanggil dari pintu shalat. Barangsiapa menjadi orang yang banyak berjihad, maka dia dipanggil dari pintu jihad. Barangsiapa menjadi orang yang banyak melakukan puasa, maka dia dipanggil dari pintu ar-rayyan. Barangsiapa menjadi orang yang banyak mengeluarkan sedekah, maka dia dipanggil dari pintu sedekah.”
(Bukhari no. 1798)

6. Hadirkan perasaan takut mati dalam keadaan su’ul khatimah

Rasa takut su’ul khatimah akan mendorong kita untuk taat dan senantiasa menjaga iman kita. Penyebab su’ul khatimah adalah lemahnya iman menenggelamkan diri kita ke dalam jurang kedurhakaan. Sehingga, ketika nyawa kita dicabut oleh malaikat Izrail, lidah kita tidak mampu mengucapkan kalimat laa ilaha illallah di hembusan nafas terakhir.

"Allahumma khtimlana bi husnil khatimah, wa la takhtim alaina bi su'ul khatimah!"

7. Banyak-banyaklah ingat mati

Rasulullah saw. bersabda, “Dulu aku melarangmu menziarahi kubur, ketahuilah sekarang ziarahilah kubur karena hal itu bisa melunakan hati, membuat mata menangism mengingatkan hari akhirat, dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang kotor.” (Shahihul Jami’ no. 4584)

Rasulullah saw. juga bersabda, “Banyak-banyaklah mengingat penebas kelezatan-kelezatan, yakni kematian.” (Tirmidzi no. 230)

Mengingat-ingat mati bisa mendorong kita untuk menghindari diri dari berbuat durhaka kepada Allah; dan dapat melunakkan hati kita yang keras. Karena itu Rasulullah menganjurkan kepada kita, “Kunjungilah orang sakit dan iringilah jenazah, niscaya akan mengingatkanmu terhadap hari akhirat.” (Shahihul Jami’ no. 4109)

Melihat orang sakit yang sedang sakaratul maut sangat memberi bekas. Saat berziarah kubur, bayangkan kondisi keadaan orang yang sudah mati. Tubuhnya rusak membusuk. Ulat memakan daging, isi perut, lidah, dan wajah. Tulang-tulang hancur.

Bayangan seperti itu jika membekas di dalam hati, akan membuat kita menyegerakan taubat, membuat hati kita puas dengan apa yang kita miliki, dan tambah rajin beribadah.

8. Mengingat-ingat dahsyatnya keadaan di hari akhirat

Ada beberapa surah yang menceritakan kedahsyatan hari kiamat. Misalnya, surah Qaf, Al-Waqi’ah, Al-Qiyamah, Al-Mursalat, An-Naba, Al-Muththaffifin, dan At-Takwir. Begitu juga hadits-hadits Rasulullah saw.

Dengan membacanya, mata hati kita akan terbuka. Seakan-akan kita menyaksikan semua itu dan hadir di pemandangan yang dahsyat itu. Semua pengetahuan kita tentang kejadian hari kiamat, hari kebangkitan, berkumpul di mahsyar, tentang syafa’at Rasulullah saw., hisab, pahala, qishas, timbangan, jembatan, tempat tinggal yang kekal di surga atau neraka; semua itu menambah tebal iman kita.

9. Berinteraksi dengan ayat-ayat yang berkaitan dengan fenomena alam


Aisyah pernah berkata, “Wahai Rasulullah, aku melihat orang-orang jika mereka melihat awan, maka mereka gembira karena berharap turun hujan. Namun aku melihat engkau jika engkau melihat awan, aku tahu ketidaksukaan di wajahmu.” Rasulullah saw. menjawab, “Wahai Aisyah, aku tidak merasa aman jika di situ ada adzab. Sebab ada suatu kaum yang pernah diadzab dikarenakan angin, dan ada suatu kaum yang melihat adzab seraya berkata, ‘Ini adalah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami’.” (Muslim no. 899)

Begitulah Rasulullah saw. berinteraksi dengan fenomena alam. Bahkan, jika melihat gerhana, terlihat raut takut di wajah beliau. Kata Abu Musa, “Matahari pernah gerhana, lalu Rasulullah saw. berdiri dalam keadaan ketakutan. Beliau takut karena gerhana itu merupakan tanda kiamat.”

10. Berdzikirlah yang banyak

Melalaikan dzikirulah adalah kematian hati. Tubuh kita adalah kuburan sebelum kita terbujur di kubur. Ruh kita terpenjara. Tidak bisa kembali. Karena itu, orang yang ingin mengobati imannya yang lemah, harus memperbanyak dzikirullah.“Dan ingatlah Rabb-mu jika kamu lupa.” (Al-Kahfi: 24) “Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lha hati menjadi tentram.” (Ar-Ra’d: 28)

Ibnu Qayim berkata, “Di dalam hati terdapat kekerasan yang tidak bisa mencair kecuali dengan dzikrullah. Maka seseorang harus mengobati kekerasan hatinya dengan dzikrullah.”

12. Perbanyaklah munajat kepada Allah dan pasrah kepada-Nya


Seseorang selagi banyak pasrah dan tunduk, niscaya akan lebih dekat dengan Allah. Sabda Rasulullah saw., “Saat seseorang paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Muslim no. 428)

Seseorang selagi mau bermunajat kepada Allah dengan ucapan yang mencerminkan ketundukan dan kepasrahan, tentu imannya semakin kuat di hatinya. Semakin menampakan kehinaan dan kerendahan diri kepada Allah, semakin kuat iman kita. Semakin banyak berharap dan meminta kepada Allah, semakin kuat iman kita kepada Allah swt.

12. Tinggalkan angan-angan yang muluk-muluk


Ini penting untuk meningkatkan iman. Sebab, hakikat dunia hanya sesaat saja. Banyak berangan-angan hanyalah memenjara diri dan memupuk perasaan hubbud-dunya. Padahal, hidup di dunia hanyalah sesaat saja.

Allah swt. berfirman, “Maka bagaimana pendapatmu jika Kami berikan kepada mereka kenikmatan hidup bertahun-tahun, kemudian datang kepada mereka adzab yang telah dijanjikan kepada mereka, niscaya tidak berguna bagi mereka apa yang mereka selalu menikmatinya.” (Asy-Syu’ara: 205-207)

“Seakan-akan mereka tidak pernah diam (di dunia) hanya sesaat saja pada siang hari.” (Yunus: 45)

13. Memikirkan kehinaan dunia

Hati seseorang tergantung pada isi kepalanya. Apa yang dipikirkannya, itulah orientasi hidupnya. Jika di benaknya dunia adalah segala-galanya, maka hidupnya akan diarahkan untuk memperolehnya. Cinta dunia sebangun dengan takut mati. Dan kata Allah swt., “Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (Ali Imran)

Karena itu pikirkanlah bawa dunia itu hina. Kata Rasulullah saw., “Sesungguhnya makanan anak keturunan Adam itu bisa dijadikan perumpamaan bagi dunia. Maka lihatlah apa yang keluar dari diri anak keturunan Adam, dan sesungguhnya rempah-rempah serta lemaknya sudah bisa diketahui akan menjadi apakah ia.” (Thabrani)

Dengan memikirkan bahwa dunia hanya seperti itu, pikiran kita akan mencari orientasi ke hal yang lebih tinggi: surga dan segala kenikmatan yang ada di dalamnya.

14. Mengagungkan hal-hal yang terhormat di sisi Allah


“Barangsiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu dari ketakwaan hati.” (Al-Hajj: 32)

“Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah, maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Rabb-nya.” (Al-Hajj: 30)

Hurumatullah adalah hak-hak Allah yang ada di diri manusia, tempat, atau waktu tertentu. Yang termasuk hurumatullah, misalnya, lelaki pilihan Muhammad bin Abdullah, Rasulullah saw.; tempat-tempat suci (Masjid Haram, Masjid Nabawi, Al-Aqha), dan waktu-waktu tertentu seperti bulan-bulan haram.

Yang juga termasuk hurumatullah adalah tidak menyepelekan dosa-dosa kecil. Sebab, banyak manusia binasa karena mereka menganggap ringan dosa-dosa kecil. Kata Rasulullah saw., “Jauhilah dosa-dosa kecil, karena dosa-dosa kecil itu bisa berhimpun pada diri seseornag hingga ia bisa membinasakan dirinya.”

15. Menguatkan sikap al-wala’ wal-bara’

Al-wala’ adalah saling tolong menolong dan pemberian loyalitas kepada sesama muslim. Sedangkan wal-bara adalah berlepas diri dan rasa memusuhi kekafiran. Jika terbalik, kita benci kepada muslim dan amat bergantung pada musuh-musuh Allah, tentu keadaan ini petanda iman kita sangat lemah.

Memurnikan loyalitas hanya kepada Alah, Rasul, dan orang-orang beriman adalah hal yang bisa menghidupkan iman di dalam hati kita.

16. Bersikap tawadhu


Rasulullah saw. bersabda , “Merendahkan diri termasuk bagian dari iman.” (Ibnu Majah no. 4118)

Rasulullah juga berkata, “Barangsiapa menanggalkan pakaian karena merendahkan diri kepada Allah padahal dia mampu mengenakannya, maka Allah akan memanggilnya pada hati kiamat bersama para pemimpin makhluk, sehingga dia diberi kebebasan memilih di antara pakaian-pakaian iman mana yang dikehendaki untuk dikenakannya.” (Tirmidzi no. 2481)

Maka tak heran jika baju yang dikenakan Abdurrahman bin Auf –sahabat yang kaya—tidak beda dengan yang dikenakan para budak yang dimilikinya.

17. Perbanyak amalan hati


Hati akan hidup jika ada rasa mencintai Allah, takut kepada-Nya, berharap bertemu dengan-Nya, berbaik sangka dan redha dengan semua takdir yang ditetapkan-Nya. Hati juga akan penuh dengan iman jika diisi dengan perasaan syukur dan taubat kepada-Nya. Amalan-amalan hati seperti itu akan menghadirkan rasa khusyuk, zuhud, wara’, dan mawas diri. Inilah halawatul iman (manisnya iman)

18. Sering menghisab diri

Allah berfirman, “Hai orang-ornag yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok (akhirat).” (Al-Hasyr: 18)

Umar bin Khattab r.a. berwasiat, “Hisablah dirimu sekalian sebelum kamu dihisab.” Selagi waktu kita masih longgar, hitung-hitunglah bekal kita untuk hari akhirat. Apakah sudah cukup untuk mendapat ampunan dan surga dari Allah swt.? Sungguh ini sarana yang efektif untuk memperbaharui iman yang ada di dalam diri kita.

19. Berdoa kepada Allah agar diberi ketetapan iman

Perbanyaklah doa. Sebab, doa adalah kekuatan yang luar biasa yang dimiliki seorang hamba. Rasulullah saw. berwasiat, “Iman itu dijadikan di dalam diri salah seorang di antara kamu bagaikan pakaian yang dijadikan, maka memohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman di dalam hatimu.”

Ya Allah, perbaharuilah iman yang ada di dalam dada kami. Tetapkanlah hati kami dalam taat kepadamu. Tidak ada daya dan upaya kami kecuali dengan pertolonganMu.


dipetik dari www.kebunhikamah.com
sekadar tazkiyyatunnafs