Saturday, November 6, 2010

Fadhilat bulan Zulhijjah

Assalamualaikum...

Bulan Zulhijjah sinonim dengan musim haji... namun bagi kita, sebagai golongan yang belum rezekinya utk ke baitUllah, apakah signifikan bulan ini kepada kita?

1. Hari Arafah (9 Zulhijjah / 15hb Nov. 2010 - Isnin)

a. Pembebasan daripada api neraka
'Aisha berkata, Rasulallah pernah bersabda;
"Tidak ada hari yang Allah membebaskan ramai hamba-Nya daripada api neraka lebih ramai dari Hari Arafah. Allah hampir dengan hamba-hambaNya dan berbangga-bangga dengan mereka kepada malaikat dengan berfirman: "Apa yang mereka mahu?"

b.Limpahan rahmat dan pengampunan dosa
Sabda Rasulallah
"Syaitan tidak pernah kelihatan lebih kecil, lebih lemah dan kalah dan lebih marah selain daripada Hari Arafah kerana ia melihat limpahan rahmat diturunkan dan Allah mengampunkan dosa-dosa besar"


2. Berpuasa pada Hari Arafah
- disunatkan bagi yang tidak menunaikan haji
- kelebihannya adalah diampunkan dosa2 setahun yang lalu, dan dosa2 setahun akan datang sebagaimana hadith;
Nabi pernah ditanya tentang puasa pada hari arafah. sabdanya
"Ia menghapus dosa2 setahun yang lalu, dan setahun akan datang"(hadith riwayat Imam Muslim)
-disunatkan juga berpuasa 8 Zulhijjah di samping 9 Zulhijjah sebagai langkah berhati2 yang mana kemungkinan pada hari ke-8 itu adalah hari yang ke-9 (Hari Arafah). bahkan disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke 1 hingga 8 zulhijjah campur 9 Zulhijjah.

3. bulan beramal soleh;
"Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari2 lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (10 pertama zulhijjah)" hadith riwayat Bukhari

Adapun berpuasa pada hari Aidil-Adha (10 zulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12, 13 zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith riwayat Abu Hurairah ra:

Rasulallah SAW telah mengirimkan Abdullah ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di mina: "Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah" (hadith riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan)

N.B - 1 Zulhijjah 1431= 7 November 2010 (Ahad)
9 Zulhijjah 1431 = 15 November 2010 (Isnin)

related post (another brick in the wall)
Wallahu 'alam