Showing posts with label short story. Show all posts
Showing posts with label short story. Show all posts

Monday, May 25, 2009

Nabi Ibrahim a.s. Dibakar oleh Raja Namrud

Di sebuah kota yang bernama Kota Babylon, semua orang yang tinggal di dalam kota tersebut berkeyakinan dan menyembah suatu Tuhan iaitu yang diperbuat daripada berhala. Jadi mereka mengukir patung-patung berhala lalu mereka juga yang menyembahnya. Mereka beribadah serta bersembahyang kepadanya dan mereka juga amat menakutinya tuhan berhala itu tadi. Dan antara lain menjadi salah satu tradisi mereka ialah apabila mereka selesai beribadah di rumah ibadah atau kuil mereka, sebelum keluar setiap mereka mesti membeli satu patung berhala kecil untuk mereka letakkan di dalam rumah dan juga untuk di sembah. Dan sebenarnya siapakah yang menjadi tukang ukir bagi patung-patung itu semua? Ia adalah seorang lelaki yang bernama Azar.

Pada suatu hari masuklah si anak kepada Azar tukang ukir patung anaknya, itulah dia Nabi Ibrahim as. Lalu Nabi Ibrahim pun bertanya kepada bapanya: “Wahai ayahku, adakah engkau benar-benar yakin dan percaya bahawa semua patung-patung yang kamu ukir dan jual itu semuanya adalah Tuhan yang hakiki?”

Bila Azar mendengar pertanyaan sebegitu dari anaknya terus dia menjadi marah akan tetapi Nabi Ibrahim tidak memperdulikannya dan dia terus bertanya dan bertanya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya Azar: “Adakah engkau ambil berhala menjadi Tuhan? Sesungguhnya aku melihat engkau dan kaum engkau dalam kesesatan yang nyata.” (Al-An’am: 74)

Berterusanlah si Azar bapa Nabi Ibrahim memarahinya dia betul-betul marah kepada anaknya lantas dia berkata dengan suara yang tinggi kepada anaknya sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: Berkata bapanya: “Adakah engkau benci kepada Tuhanku ya Ibrahim? Demi jika engkau tidak berhenti nescaya kurejam engkau dengan batu dan tinggalkanlah aku dalam masa yang panjang.” (Maryam: 46)

Sesungguhnya Nabi Ibrahim siang dan malam tidak habis-habis memikirkan tentang dunia yang ada di sekelilingnya dia tercari-cari manakah satu Tuhan yang sepatutnya dan semestinya dia menyembah. Maka pada suatu malam yang gelap gelita tiba-tiba muncul bintang yang cahayanya bergemerlapan di langit. Jadi dia terus berkata di dalam hatinya: “Inilah Tuhanku maka bermula dari hari ini aku akan menyembahnya!” Akan tetapi malang bila tiba waktu siang semua bintang-bintang yang bergemerlapan di waktu malam itu tadi pun terus hilang. Firman Allah SWT yang bermaksud: Tatkala malam telah gelap Ibrahim melihat bintang lalu dia berkata: “Inikah Tuhanku? Tatkala bintang itu terbenam dia berkata: “Aku tidak mengasihi barang yang lenyap itu.” (Al-An’am: 76)

Keesokannya Nabi Ibrahim melihat kepada bulan pula dia mendapati bahawa bulan di malam hari itu terlalu cantik itulah bulan purnama namanya. Maka dia mula berkata-kata lagi di dalam hatinya: “Aku rasa inilah dia Tuhan aku. Maka aku akan menyembahnya moga-moga ada kebaikan buatku.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tatkala dia melihat bulan telah terbit dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Tatkala bulan itu terbenam dia berkata lagi: “Jika aku tidak di tunjuki oleh Tuhanku nescaya aku termasuk kaum yang sesat.” (Al-An’am: 77)

Akan tetapi sangkaannya itu meleset sama sekali kerana pada keesokannya bulan terbenam dan hilanglah cahayanya yang terang benderang pada waktu malam tadi. Tetapi dia tidak bersedih. bahkan bergembira kerana dia berpeluang melihat matahari pula. Lantas dia mengatakan: “Matahari lebih besar pula cahayanya dari bulan dan bintang, maka aku rasa inilah dia Tuhanku yang sebenar.” Tapi sayang bila sampai waktu petang di dapati matahari yang di sangkanya Tuhan itu turut hilang. Maka Nabi Ibrahim pun tidak jadi untuk menyembahnya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Tatkala dia melihat matahari terbit dia berkata: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar.” Tatkala matahari itu terbenam dia berkata: “Wahai kaumku sesungguhnya aku berlepas diri dari apa-apa yang kamu persekutukan itu.” (Al-An’am: 78)

Akhirnya Nabi Ibrahim mengambil keputusan bahawa dia tidak akan sama sekali menyembah mana-mana tuhan kecualilah Tuhan yang menjadikan alam ini Tuhan yang menjadikan bintang, bulan dan juga matahari juga dunia dan seisinya. Dia tidak akan sama sekali menyembah Tuhan selain Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ingatlah ketika Ibrahim berkata: “Wahai Tuhanku perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang yang mati.” Allah berfirman: “Tidakkah engkau beriman?” Sahutnya: “Ya... aku beriman tetapi untuk mententeramkan hatiku.” Allah berfirman: “Ambillah empat ekor burung dan hampirkan kepada engkau (potong-potong semuanya) kemudian letakkan di atas tiap-tiap bukit sebahagian dari burung-burung yang dipotong itu, kemudian panggillah semuanya nescaya datanglah semuanya kepada engkau dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah: 260)

Bermula dari hari itu Nabi Ibrahim mula menyeru kepada kaumnya agar segera meninggalkan tuhan berhala mereka itu “Sembahlah Allah Tuhan yang Esa dan juga Tuhan yang menjadikan kita semua.” Akan tetapi mereka tidak memperdulikan kata-katanya bahkan mereka mengutuk dan memberikan ancaman kepadanya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka berkata: “Adakah engkau mendatangkan kebenaran kepada kami atau engkau bermain-main?” Dia berkata: “Bahkan Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakan semuanya. Dan aku menjadi saksi atas demikian itu.” (Al-Anbiyaa’: 55 dan 56)

Mereka memang langsung tidak menghiraukan kata-kata Nabi Ibrahim hinggakan sampai peringkat mereka mengatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang yang bodoh lagi jahil dan juga akal fikirannya terlalu sempit serta menyeleweng. Maka pada suatu hari seluruh ahli penduduk kota itu keluar beramai-ramai kerana merayakan hari raya bagi Tuhan berhala-berhala mereka dan perayaan tersebut di jalankan di luar kota bukan di dalam kota. Jadi di kala itu tidak ada seorang pun yang tinggal di dalam kota lengang kecuali Nabi Ibrahim sahaja. Begitu juga dengan rumah ibadah mereka lengang tiada sesiapa.

Nabi Ibrahim merasakan bahawa inilah peluang untuk dia mengajar kaumnya lalu dia bersegera menuju ke rumah ibadah kaumnya. Dia terus masuk ke dalamnya yang mana terdapat satu kawasan lapang dipenuhi dengan bermacam-macam patung berhala. Tanpa berlengah Nabi Ibrahim terus mengambil kapaknya lalu dipukul dan dihancurkan ke semua patung-patung itu tadi habis semua dimusnahkan cuma satu sahaja yang tidak dimusnahkan iaitu patung yang paling besar. Kemudian yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dia menyangkutkan kapaknya tadi ke leher patung berhala yang besar itu dan Nabi Ibrahim terus pergi meninggal rumah ibadah tersebut pulang ke rumahnya.

Di kala itu semua kaumnya sedang sibuk merayakan perayaan tuhan mereka. Mereka merayakannya dengan penuh meriah sekali lebih-lebih lagi si raja yang bernama Namrud iaitu raja Kota Babylon ketua bagi mereka juga turut hadir. Bilamana perayaan tadi selesai terus raja memberi isyarat kepada hamba-hambanya dan tanpa berlengah si hamba-hamba tadi terus mengangkatnya untuk kembali semula ke dalam kota mereka. Dan sebelum sampai ke istananya raja mengarahkan kepada seluruh hamba-hambanya agar membawa dia ke rumah ibadah (kuil). Bila sahaja raja Namrud menjejakkan kakinya ke dalam kuil dia terperanjat besar begitu juga dengan rakyat-rakyat yang turut hadir. Dia dapati bahawa ke semua patung-patung berhala telah habis musnah jatuh bergelimpangan dan berkecai.

Kemudian Namrud berkata dengan suaranya yang tinggi: “Siapakah yang berbuat sebegini kejam sekali?” Seluruh rakyatnya yang hadir terus berkata: “Lain tidak bukan ialah seorang pemuda yang tidak mahu beriman kepada tuhan-tuhan kita ini. Pemuda itu namanya Ibrahim!” Raja Namrud terus menjerit: “Bawa segera pemuda itu ke mari!” Merekapun bersegera pergi mendapatkan Nabi Ibrahim. Mereka menangkapnya dan dibawa ke hadapan Namrud yang masih menunggu di dalam kuil.

Sampai saja terus Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Kamukah yang melakukan perbuatan ini kepada tuhan-tuhan kami?” Nabi Ibrahim berkata: “Bukan aku yang melakukannya kamu tidak lihat di leher patung berhala yang paling besar itu terdapat satu kapak yang besar. Sudah tentulah dia yang memusnahkan ke semua patung-patung itu. Kalau tidak percaya cuba kamu tanyakan kepadanya ataupun kamu tanyakan kepada patung-patung yang telah binasa tentang siapakah yang memusnahkan mereka semua?”

Raja Namrud dan rakyatnya tidak semena-mena merasa malu dan tersipu-sipu kerana mereka tahu bahawa sesungguhnya patung-patung itu sama sekali tidak boleh berkata-kata. Lalu Namrud pun terus berkata: “Wahai Ibrahim! Kamu sendiri pun tahu bahawa patung-patung itu semua tidak boleh berkata-kata, tidak boleh berjalan-jalan dan juga langsunglah tidak boleh buat apa-apa!”

Terus Nabi Ibrahim as. menjawab: “Jadi kalau begitu mengapa kamu menyembahnya. Bagaimana kamu boleh menyembah sesuatu yang langsung tidak memberi kamu apa-apa manfaat tidak memberi mudarat buat musuhmu dan langsung tidak dapat untuk mempertahankan, dirinya sendiri?”

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ibrahim berkata: “Patutkah kamu sembah selain Allah barang yang tiada manfaat kepadamu sedikitpun dan tidak pula memberi mudarat kepadamu? Celakalah kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahaminya?” (Al-Anbiyaa’: 66 dan 67)

Akhirnya Raja Namrud dan seluruh rakyatnya mengambil keputusan agar Nabi Ibrahim dibakar dengan api atau unggun yang besar. Maka Namrud pun terus memerintahkan seluruh rakyatnya agar menyediakan api besar hinggakan sampai peringkat burung-burung tidak berani untuk terbang di atasnya kalau terbang juga mereka akan terbakar kerana nyalaan api yang besar itu.

Setelah sampai masa yang telah ditetapkan, Namrud pun duduk di atas singgahsana sambil terus melihat kepada api yang sangat besar itu di dalam hatinya terselit kegembiraan yang sangat kerana sekejap lagi Nabi Ibrahim akan mati dibakar api, dia gembira kerana api akan memakan seorang yang tidak mahu beriman dengan tuhan mereka.

Mereka pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan lastik yang besar dan terus Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api yang besar itu. Mereka terkejut melihat Nabi Ibrahim kerana ketika mahu dilemparkan dia begitu tenang sekali langsung tidak meronta-ronta ataupun melawan. Lebih terkejutlah lagi bila mereka saksikan bahawa Nabi Ibrahim langsung tidak di makan oleh api bahkan dia boleh berjalan ke sana sini pula dalam api tersebut.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai api! Hendaklah engkau menjadi dingin dan selamat terhadap Ibrahim.” Mereka hendak memperdayakan Ibrahim dengan dia lalu Kami berkati di dalamnya untuk seluruh alam. (Al Anbiyaa’: 69 dan 70)

Sesungguhnya Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kejahatan dan kezaliman si Raja Namrud dan rakyat-rakyatnya dan Allah menunjukkan kepada mereka bahawa sebenarnya patung-patung berhala itu langsung tidak memberi makna apa-apa langsung, tidak ada kekuatan dan bagi manusia yang di kurniakan akal fikiran pula tidak wajarlah merasakan bahawa patung berhala itu sebagai Tuhan yang mesti disembah.

Tidak lama selepas itu api yang besar tadi pun terpadam lalu Nabi Ibrahim segera keluar dari longgokan-longgokan bara api dengan selamat seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku ke atasnya. Dan terus Nabi Ibrahim membawa dirinya meninggalkan kaumnya membiarkan mereka itu semua dengan kehendak mereka, juga buatlah sesuka hati dengan tuhan berhala mereka. Nabi Ibrahim menyerahkan segalanya kepada Allah SWT untuk memberikan hukuman juga membinasakan mereka.

Bermusafirlah Nabi Ibrahim membawa diri kepada Tuhannya ditinggalkannya kaum yang degil lagi bodoh sombong dalam kebinasaannya yang telah Allah jadikan kepada mereka. Dia membawa diri bermusafir hinggalah sampai ke bumi Palestin dan di sana dia menyeru manusia supaya beriman Tuhan yang Esa iaitu Allah SWT dan mengerjakan ibadah kepadanya. Ditakdirkan oleh Allah SWT bahawa di mana sahaja Nabi Ibrahim pergi dia tetap menanamkan keimanan kepada Allah dan akhirnya Allah SWT juga telah memberi hadiah yang besar kepadanya iaitu lahirlah dari zuriatnya keturunan yang baik dan soleh yang kemudian kebanyakan mereka itu menjadi nabi dan rasul yang Allah utuskan kepada seluruh manusia agar membawa mereka kepada bertuhankan Allah SWT dan menjauhkan mereka dari bertuhankan tuhan selain Allah seperti berhala dan lain-lain lagi. Kemudian memberi tunjuk ajar kepada seluruh manusia untuk beribadah kepada Allah SWT. Dengan sebab itulah Nabi Ibrahim digelarkan dengan gelaran “Bapa sekalian nabi-nabi.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Perhatikanlah riwayat Ibrahim dalam kitab (Al-Quran). “Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat benar dan seorang nabi.” (Maryam: 41)

source > http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=64274&st=0 <

Sunday, December 14, 2008

Mind over Matter..............Mind Set

This is a true story...

Ada sorang scientist ni. Beliau mempunyai kepakaran dalam bilik sejuk. Basically, it's a refrigerator the size of a room. You've probably seen 1 in the movies where they keep meat hung on hooks or other things that need that kind of temperature... but his was empty by the way... his room was used for experiments....

Well one day he was conducting his routine check-up on his 'room'. With him was his trust-worthy electric thermometer. before he could conduct his check-up, his assistant accidentally closed the door!!

He yelled and shouted to his assistant to open the door. There was only a handle on the outside of the room, it couldn't be opened from the inside. He banged the door as hard as he could, he shouted till the end of his voice but it was all in vain. The room's walls were too thick, heat-proof and sound-proof. The assistant didn' hear a peep. He simply broke down into despair. He knew (since it was his speciality), that a person could only survive in the room for a maximum 3 hours, before freezing to death.

In the dark, he cried, wept, gave up and kept repeating to himself.

"This is how i'm gonna die!", "ThIS is hoW i'M gONna DIE!", "THIS IS HOW I'M GONNA DIEEE!".

without knowing his boss was traped in the 'room', the assistant then closed the lights, locked the lab and went back home.

The following day, as usual, the assistant arrived early at the lab. He opened the lights, and put on his lab coat. When he opened the 'room' he nearly fainted from the shock. He saw the scientist dead! He regained himself, and called the cops. The cops arrived and did an investigation. they sent the scientist to the hospital for an autopsy to be done. When they got the official report from the hospital, they were bewildered.

The report read..........

cause of death : freezing

Why were the cops bewildered? You see, according to the technician on the scene, the 'room' had broken down and was not funtioning !! Furthermore, the electric thermometer's data showed that the temperature in the room was inadequate to cause freezing to death !!

so how come the scientist died?

If you can recall, dia x sempat nak ambik suhu bilik tu, so dia x tahu suhu bilik tu. Then dia teringat kajiannya dulu yang mendapati paling lama 3 jam boleh hidup dlm bilik tu. Lantasan drpd itu, dia pun mengulangi dlm mindanya... "matilah aku" "matilah aku".... Dia terlalu membayangkan dan meyakini dengan bersungguh2 bahawa dirinya akan mati beku.

the result, he DID (mati beku), in spite the fact that the room was not cold.

....................................................

Believe it? please DO....

another one.... True also....

There was this lecturer of psychology, he called one of his students. The dr brought out a lighter and lit it, producing a flame. He asked his student to put out his arm and keep his eyes shut no matter what. The dr then said "bear with me, this will only hurt a bit". At the last minute, he brought out a piece of ice and brought it to the students finger. "ow! that was hot" was the response he got, and his finger became red! (fingers become pale when cold btw)

..............................................

penah x kawan2 terluka, tapi x prasan. then bila tgk luka tu, berdarah. baru terasa sakit? that's a simple example.

Another..... If we had a long day, studied the night through then said "Ni besok mesti penat ni, mesti tdo dlm lecture" percayalah, esoknya akan penat dan tertido. But if we are optimistic and say "Agak penat hari ni. tapi xpe, lepas tdo, bangun pagi esok segar la balik. I've had worse days before" we will feel much better. Still in doubt? Try it out!!

Also the way we think about ourselves, greatly influences who we are.... don't say you're dumb, coz you're NOT, .... say you're smart, coz you ARE.

Be OPTIMISTIC not PESSIMISTIC!!

by the way, ALLAH SWT says in The Quran, Surah At-Tin, ayat 4 ;

"Laqad khlaqnal insana fi ahsani taqwim"

"Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia sebaik-baiknya kejadian."

Wednesday, December 3, 2008

Pada zaman dahulu ada seorang raja. Di negara jajahan takluk raja tersebut terdapat sebatang sungai yang dipenuhi buaya. Suatu hari, raja mengadakan pertandingan. Siapa yang dapat berenang merentas sungai tersebut akan mendapat salah satu daripada hadiah berikut – Pertama, mendapat wang sebanyak 1 juta ringgit. Yang kedua, dapat berkahwin dengan puteri bongsu baginda, atau yang ketiga, dapat memerintah keseluruhan negara tersebut.

Seluruh rakyat pun berkumpul, tetapi tidak ada seorang pun yang berani berenang di dalam sungai tersebut, lebih-lebih lagi setelah raja tersebut melakukan ‘demo’ dengan meletakkan seekor ayam ke dalam sungai tersebut, dan tidak sampai beberapa saat, hanya bulu-bulu yang berterbangan, sedangkan ayam habis dibaham buaya-buaya yang ganas. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba dengan tidak semena-mena air berkocak kuat dan seorang lelaki dilihat berenang dengan laju ke seberang sana sungai sambil buaya-buaya mengejar beliau tanpa berhasil. Sampai ke tebing, raja menemui lelaki tersebut yang sedang tercungap-cungap. “Tahniah, tahniah,” kata raja. “Beta kagum dengan keberanian kamu. Apa hadiah yang kau mahukan dari beta? Hadiah wang 1 juta?” “Ti..ti..tidak”, lelaki tersebut menjawab dalam keadaan masih tercungap-cungap. “ Jadi kau mahu puteri beta?” “Tidak..Ti..Tidak,” jawab lelaki itu lagi. Raja mula kehairanan. “Jadi kau mahu memerintah Negara beta la ni?” “Tidak!” Lelaki tersebut menjawab dengan lebih tegas. Beta dan menteri-menteri berpandangan sesama sendiri sambil menggelengkan kepala. “Jadi apa yang kau mahukan?” raja bertanya sedikit marah. “Aku cuma mahu tahu, siapa yang menolak aku ke dalam sungai!” lelaki tersebut menjawab!

“Begitulah kita,”

“kadang-kadang perlu ditolak baru hendak mengejar kejayaan.”

Di sebuah kampung tinggal seorang pemburu yang miskin bersama isterinya. Harta yang dimiliki pemburu tersebut hanyalah sebilah kapak kayu yang buruk. Suatu hari, pemburu tersebut berjalan-jalan di tepi sungai dengan membawa kapak usangnya. Tiba-tiba, kapak tersebut terlepas daripada genggamannya dan kecebur, jatuh ke dalam sungai. Pemburu tua tersebut menangis meratap kehilangan kapak sumber rezkinya. Tiba-tiba, muncul seorang bidadari dari dalam sungai tersebut dan menanyakan perihal pakcik tersebut. Setelah mendengar apa yang berlaku, bidadari tersebut menyelam ke dalam air dan tidak lama kemudian muncul semula dengan sebilah kapak yang diperbuat daripada emas. “Inikah kapak pakcik?” Bidadari bertanya. “Bukan!” jawab pakcik tersebut tanpa berlengah. Bidadari menyelam semula dan muncul pula dengan kapak yang diperbuat daripada perak. “Ini?” tanyanya semula. “Pun bukan!” pemburu menjawab. Kali ketiga, bidadari muncul dengan kapak buruk dan using. “Jadi ini kapak kamu?” “Ya!”ujar pemburu gembira. Bidadari tersenyum. “Disebabkan kamu jujur, saya hadiahkan kamu ketiga-tiga kapak ini,”kata bidadari. Pemburu pun pulang dengan gembira.

Tidak lama selepas peristiwa itu, pemburu berjalan lagi di tepi sungai. Kali ini dia ditemani oleh isterinya yang sudah tua dan nyanyuk. Tiba-tiba, isteri pemburu tergelincir dan jatuh ke dalam sungai! Sekali lagi pemburu menangis dan meratap kehilangan isteri sehidup sematinya, sampailah bidadari tempohari muncul semula. Setelah menceritakan apa yang berlaku, bidadari menyelam dan muncul tidak lama kemudian dengan memimpin seorang wanita secantik Fasha Sanda. Belum sempat bertanya, pemburu telah menjerit, “Ya, inilah isteri saya!!” Wajah bidadari mencuka. “O, pasal kapak boleh jujur, pasal perempuan menipu pula!”


“Beginilah orang Islam, harta boleh dikorbankan dan jujur untuk agama tanpa berfikir panjang, tetapi bab wanita dan cinta, macam-macam helah dan alasan,” s

“tapi jangan sangka buruk dengan pakcik tua ni, dengar dulu sampai habis.”

Apa jawapan pakcik tua ni kepada bidadari? Katanya, “Jangan kau marah wahai bidadari yang mulia. Biar aku menjelaskan. Kan ke bertanya tu kunci husnuzzon? Begini, aku takut kalau aku katakan tidak pada wanita yang secantik Fasha Sanda ini, kau akan muncul dengan wanita secantik Erra Fazira pula. Kemudian sekali lagi aku akan berkata tidak dan kau akan menyelam semula dengan menyelamatkan isteriku yang sebenar. Ketika itu baru aku akan berkata ya, ini isteriku, akan tetapi aku takut engkau akan menghadiahkan kepadaku Fasha Sanda dan Erra sekali untuk dibawa pulang atas sebab kejujuranku. Sesungguhnya aku telah tua dan tidak mampu lagi menjaga mereka. Jadi, aku katakana ya awal tadi supaya kau marah dan hanya memulangkan kepadaku isteri tua nyanyukku, kekasih awal dan akhirku,” pemburu menjelaskan dengan panjang lebar dan sebak.

“Begitulah kisah pemburu tua, jadi apa pengajaran kedua yang kita dapat? Jangan cepat menuduh, jangan berprasangka!”

sumber : nurilhakim.blogspot.com

Friday, September 19, 2008

life as doctor

Students from the medical school were receiving their first anatomy class with a real dead body...

They were all gathered around the surgery table with the dead body covered with a white sheet. Then the Professor started the class by telling them "In medicine, it is necessary to have 2 important qualities as a doctor. The first is that you not be disgusted"

The Prof. uncovered the sheet , sunk his finger in the ass of the dead body, withdrew it and sucked it. "Go ahead and do the same thing" he told his students

the students freaked out, hesitated and subsequently taking turns, stuck their finger in the ass of the dead body and sucked it after withdrawing it.

When everyone finished, the professor looked at them and told them, "The second important quality is observation. I stuck my middle finger and sucked the index. Pay attention people!!"

Friday, July 4, 2008

the Father, his Son and his Donkey


Once upon a time, Qassim decided to bring his son and his donkey on a journey. he let his son ride the donkey. He went on foot. When they got to the bridge exiting the village, a few villagers who were fishing there said:

"APALAH, anak x mengenang budi. ada ke patut bagi ayah jalan. the father should be on the donkey"

so, his son got down and Qassim got on the donkey. they continued their journey. when they got to the next village, they herd a villlager there say:

"APALAH, ada ke patutu bagi anak jalan. sebagai bapa kita harus utamakan anak. let your son ride the donkey"

so Qassim got back on and his son walked the rest of the way. they continued their journey.
they arrived at an open feild. they met sheppard and he said:

"
APALAH...."
"I know, my son should be riding the donkey, rite?"

Qassim pun ke'tension'an. he told his son to get on the donkey with him too. amik, pueh hati, dua-dua naik. lpas ni xde siapa leh tegur. "let's enjoy this journey".....man.... did he speak too soon.
mereka beselisih pula ngan pengembara lain.

"
APALAH, menyeksa binatang. zalim betul. x kesian ke?. keldai punya kecik dua orang naik"

so they both got off and both of them continued their journey on foot. entering the next village, ada sorang pengemis nih pula cakap:

"
APALAH, ada keldai x nak guna. kufur nikmat. baik bagi aku. aku nak makan pun susah"

*sigh*

SO, dengar pendapat orang tu bagus, tapi pendapat orang ni berbeza2. kalo main ikut je orang x jalan hidup kita. kita kena fikir, jgn main ikut je. nak puaskan hati semua orang susah. tapi jgn pula egoistic, dia je yang betul, orang lain tegur x boleh.



FROG OH FROG

This is the story 'bout 2 brothers. upUn and upOn (they're both frogs by the way). so satu hari tu, diorang berjalan2 (berlompat2 actually) kat kampung dengan riang, sambil mengamati keindahan alam ciptaan ilahi. sedang mereka menangkap lalat, mereka terjatuh kedalam sebuah lubang kerana terlalu khusyuk menangkap lalat td. x tgk jalan.

mereka pun try nak keluar dri lubang td. lompat, lompat, lompat. lubang tu terlalu dalam untuk lompat keluar. then a passerby, ivel(another frog) saw them in the whole jumping for life (literally). dia bukannya nak call for help (nak hulurkan bantuan apatah lagi). but he did do something. dia maki hamun the 2 brothers td. "apa bengap sgt korang nih, jalan tu tgk laa jalan!", "itu lah, kecik2 berudu dulu x nak mampus!!" , "jgn risau, nt aku tolong, tolong baca fatihah !!". dia drop habis laa. ayat teruk2 and sakit telinga mendengarnya. then, belah gitu je

after hearing all the horrible things ivel said upUn lemah and patah semangat. He broke down, and started crying. dia give up ntuk cuba keluar dr lubang tersebut. "x sangka aku mati katak cani". akhirnya tamat lah riwyat upun. upUn tragicly died in the hole.

Tapi, upOn x give up, dia ignore langsung apa yang ivel ckap td. dia terus lompat, lompat, lompat. akhirnya dia berjaya keluar. he lived to see another day. sihat sehingga hari ini

so what's the moral of the story??? take 5 seconds to think 'bout it.
.
.
.
.
.
.
.
alamak terlupa lak nak gtau. upOn sebenarnya pekak. hik3
.
.
.
.
tapi kalo kita tgk yang tersiratnya, upOn yang pekak hanya dapat melihat mulut ivel terkumat-kamit. tapi apa ivel ckap dia x tahu rite? pada tanggapan dia, ivel tengah beri sokongan. maybe "come on, you can do it! try harder! ganbate! cayok!" so semangat dia naik dan mampu keluar drpd lubang yang kalo tidak x dpt keluar. last2 escape dan lived to see another day.
But to upUn yang dpt dgr, the exact oppesite happened. semangat dia down. x dpt escape. last2 mati

so percakapan kita mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap orang lain. smpai tahap boleh menentukan hidup mati seseorang. fikir dlu sbelum berbicara. terlajak perahu masih boleh diundur lagi, terlajak kata, buruk padahnya.

GOAL!!!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

cite ni pasal sorang penjaga gol. dia sangat disiplin dan istiqamah dalam menjalani latihan. every day, selama 4 tahun dia akan turun padang at least 2 jam untuk training. tangkap bola, tendang bola, tangkap bola tendang bola. i2 lah rutinnya selama 4 tahun. 1 hari pun x tinggal.
unsurprisingly, dia menjadi penjaga goal yang sangat handal dan terkenal.
One day, appartment yang dia tinggal kebakaran. ketika itu beliau tgh training kat padang. most of the people berjaya evacuate the building. tapi di tingkat yang ke-20, ada sorang ibu bersama babynya di tingkap. terperangkap. fireman yang sudah sampai di situ buntu mencari jalan selamatkan mereka. tangga bomba terlalu pendek dan menggunakan trampalene (yg. lompat2 tuh, ejaan ana bedal je) terlalu bahaya ntuk baby tersebut.
sorang kat situ mencadangkan mereka memanggil keeper td dan menyuruhnya tangkap baby td. x lama lagi 'panjang umur'nya. i mean bru je pas dia cakap tuh keeper td abis training dan balik. dia terkejut laa appartment dia in flames.
fireman td explain the situation and mintak tlong keeper tu. keeper tu terkejut beruk lah. "x mau, x mau" (mafhumnya laa).. then fireman tu pun pujuk. "memang laa, kamu x biasa tangkap baby dr tingkat 20. siapa biasa?"(mafhum), "cani la, kemu imagine je baby tu adalah bola and ibu tu striker. maybe it can help overcome the fear. nak tangkap bola no hal bagi sorang cam kamu rite?" (mafhum)
so keeper td pun got mentally prepared. "I'm ready". ibu td tahu kehandalannya jadi she believed the keeper could save her child. orang ramai skeliling yg tdinya bising senyap (suspen la nih). sume memerhati dgn penuh ketegangan.

ibu tadi pun baling babynya. (slow motion)............... WAAAAaaaaaaa.......

"YEAH!!!" bersorak orang ramai td kerana keeper td berjaya tngkap baby td. then tetiba keeper tu sepak baby tu, terpelanting. "oops"

so the moral of the story is, kalau kita selalu melakukan sesuatu perkara, perkara itu akan jadi sebati dengan diri kita. inilah yang dikatakan tabiat.
tabiat ini akan kita lakukan secara sepontan atau sangat sukar untuk kita tidak melakukannya.
kita perlu hindari tabiat negatif seperti mencarut dan sebagainya. perkara sebegini merugikan diri sendiri.
tabiat positif pula perlu kita terapkan seperti memberi salam, baca al-quran, pergi masjid etc. contoh kita masjid 5 waktu selama sebulan, smpai 1 tahap bila masuk waktu solat and x pergi rasa janggal, kena pergi jugak. haa, inilah yang kita mahukan.

thanks coz sudi baca