Thursday, August 16, 2012

Rintihan Hati

Pernah seorang mengadu kepada saya.

"Saya rasa jauh sangat2 dgn Allah"
"Saya ada hajat besar, tapi nak minta dengan Allah. Terasa sangat hina dan segan mengenangkan dosa2 saya yang lalu"

kemudian saya mencadangkan agar beliau bangun tengah malam, solat sunat Taubat, kemudian buat la solat sunat hajat utk hajat beliau tersebut. beliau kemudian membalas

"Tapi itulah masalahnya. hati saya terasa sangat keras. solat taubat susah nak menangis. agaknya dah terlalu a lama bergelumang dgn dosa. sudah terasa biasa. dan dosa itu terlalu banyak utk dikira" adunya dengan penuh sayu




Pembaca yang dirahmati Allah sekalian insyaAllah...

ini adalah realiti ramai daripada umat Islam sekarang. tambag2 lagi golongan remaja dan muda-mudi. terlalu banyak dugaan, hiasan, 'distraction' yg boleh menarik kita daripada matlamat utama kejadian kita! iaitu mengabdikan diri pada Tuhan. Sebagai manusia, menjadi lumrah utk kita 'ter'silap, 'ter'jatuh dan 'ter'sungkur.
bagaimana caranya utk bangkit kembali? tambah2 pula apabila baru sahaja nak bangkit, tersungkur kembali. kemudian keadaan ini berulang. mulalah timbul perasaan putus asa daripada rahmat Allah di hati. na'uzubillah minzaalik.

ingin saya menarik perhatian diri saya dan pembaca sekalian kepada firman Allah

A053
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az-Zumar 39:53) | 

ayat ini dengan jelas dan nyata menunjukkan bahawa tuhan yang maha pengampun melarang kita berputus asa daripada rahmatNya. diingatkan pula bahawa Allah mengampunkan bukan kebanyakan (most of) dosa, tetapi SEGALA/KESELURUHAN/SEMUA dosa. masyaAllah, luasnya Rahmat Allah kepada kita!

hakikat ini dikuatkan pula dengan hadith qudsi yang berbunyi


Daripada Anas Bin Malik beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,yg bermaksud,
Allah berfirman :
" Wahai anak Adam,selagi mana engkau berdoa kepadaku dan mengharapkan Daku, Aku akan mengampunimu agi setiap kesalahanmu dan tidaklah Aku peduli.Wahai anak Adam, sekiranya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian engkau memohon keampunanKu, Aku akan mengampunimu dan tidaklah Aku peduli. Wahai anak Adam sesungguhnya jika kamu datang kepadaKu hampir sepenuh bumi dengan dosa kemudian kamu menemuiKu tanpa mempersekutukan Daku dengan sesuatu pun,Daku akan mendatangimu dengan hampir sepenuh bumi keampunanKu "
-hadith hasan,diriwayatkan oleh At-Tirmidzi-


ketahuilah bahawa.  Yakinlah bahawa Allah itu bersifat Maha pengampun.

Jadi, apabila kita mendekati solat, dengan niat ingin bertaubat kepada Allah swt. bear in mind that Allah tidak bersifat kedekut dengan keampunannya. antara buktinya dua dalil dia atas (bermaksud banyak lagi bukti)

Bayangkanlah diri kita yang hina ini, yg banyak dosa. kurang amal pulak tu. Allah akan ampunkan segala dosa kita jika cukup syarat. iaitu benar2 insaf, berazam tidak mengulangi dan jika melibatkan manusia memohon maaf daripada mereka.

Ya Allah. terharunya dengan-Mu Ya Allah. This insignificant soul, satu daripada berbillion manusia di atas muka bumi. Engkau dengar rintihan hatiku individually. kemudian Engkau perkenankan doaku. Ya Allah. Terima Kasih Allah. T.T

sebak hatiku, begenang airmataku, sesak nafasku mengenangkan luasnya rahmatMu ya Allah.
ampunilah aku kerana telah bersangka buruk terhadapMu.

ingin ku tebus dosaKu dengan meningkatkan amalku. meniatkan segala pekerjaan seharian saya keranaMu. moga2 hidupku, makanku, minumku, studyku, kerjaku, cakapku dikura sebagai hasanah dan perolah pahala di sisimu ya Allah

A070
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Furqaan 25:70)
- bagi yg masih terasa susah utk bertaubat, tingkatkanlah amal, kerana amal dapat menghapuskan/menggantikan dosa juga.


A069
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Al-'Ankabuut 29:69

ditulis khas untuk KAMU, ya KAMU