Assalamualaikum w.b.t...
Have you ever thought about your position in society?... i mean like, if you were to go away for a long vacation would your absence be felt? if you died for how long would you be mourned?
ever heard the phrase,
"To the World you might just be Somebody, but to Somebody you could mean the World" ?
well, without a doubt, the person who had the greatest effect on other people was the Prophet Muhammad S.A.W. Mungkin anda akan berkata "Dia tu Nabi, mana boleh nak banding dgn kita" "x fair la camtu, saya ni siapa je nak dibandingkan dgn nabi" "Nabi ada mukjizat, saya ni silap mata boleh la buat sikit... huhu"
well you see, that's where you're mistaken. Nabi adalah contoh terbaik bagi segenap lapisan masyarakat. anda seorang anak? Nabi contoh terbaik. anda seorang Suami? Nabi ikutan terbaik. anda seorang kawan? anda seorang jiran? anda seorang pemimpin? anda seorang peniaga? etc.
going back to the questions at the beginning, saya nak kaitkan dgn Nabi Muhammad S.A.W. bukanlah mukjizat beliau yg menarik org kepadanya dan seterusnya kepada Islam. tapi yang mengesani org lain adalah AKHLAK baginda.
Tidak satu mukjizat nabi pun yang menjadi sebab berimannya orang2 kafir. Jika diingat balik suatu ketika, Baginda dicabar utk membuktikan kerasulan baginda. Allah mengizinkan baginda membelah bulan kepada dua, yang disaksikan oleh setiap org, baik yg dekat atau yang jauh. (jika sihir mungkin org yg dekat shj yg nmpak). tetapi adakah mereka beriman setelah itu? tidak.
(gambar hiasan)
Jadi di sini boleh saya katakan bahawa Baginda melaksanakan dakwahnya tidak dengan menggunakan mukjizat atau hal2 yang luar biasa. Malah dengan usahanya sendiri dengan cara yg manusiawi, cara yg biasa.
Nabi naik unta pun membuatkan org jatuh cinta dgn Nabi. kita? naik motor ada org jatuh cinta dgn kita?... huhu... kerana Nabi ketika menaiki unta, kepalanya tidak melebihi tengkuk unta. betapa rendah diri dan tawaduknya nabi. tidak sombong walaupun dgn tunggangannya! subhanAllah.
Jadi sahabat2. apakah iktibar atau pengajaran yang boleh kita dapat di sini?
boleh saya simpulkan di sini, sebenarnya setiap daripada kita ada potensi , atau keupayaan, atau kemampuan utk mengesani org lain. Sepertimana Nabi kita buat, atas kudrat, usaha, peluh dan kesabaran baginda sendiri. kita juga boleh menjadi punca terimanya hidayah seseorang, walaupun kita tidak punyai mukjizat, ilmu yang tinggi ataupun hujah2 yang kuat. tetapi setiap daripada kita mampu utk memiliki Akhlak. itulah hikmah kejadian Nabi drpd manusia dan bukannya malaikat. Akhlak sahabat2. Akhlak.
Betapa besarnya penekanan yang diberi Islam kepada Akhlak
Di antaranya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala berkenaan ciri-ciri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.
[al-Qalam 68:04]
Seterusnya Allah menyuruh kita meneladani akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat,
serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
[al-Ahzab 33:21]
Nabi pernah menyebut
Sesungguhnya aku diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak yang shalih.
Akhlak yang mulia mencerminkan kesempurnaan iman:
Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya.
Akhlak yang mulia merupakan ibadah yang paling memberatkan timbangan amal:
Tiada sesuatu yang lebih memberatkan timbangan (pada Hari Akhirat) berbanding akhlak yang baik.
Orang yang memiliki akhlak yang mulia menjadi orang yang dicintai oleh Allah:
Sesungguhnya Allah mencintai sikap lemah lembut dalam segala urusan.
Dalam riwayat yang lain, para sahabat radhiallahu ‘anhum pernah bertanya:
“Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Orang yang paling baik akhlaknya.”
Orang yang memiliki akhlak yang mulia juga menjadi orang yang dicintai oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan menduduki tempat yang hampir dengan baginda di Hari Akhirat:
Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian
dan yang paling hampir tempat duduknya dengan aku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.
Dan sesungguhnya orang yang paling tidak aku sukai dan paling jauh tempat duduknya dari aku pada Hari Kiamat adalah orang yang banyak berbicara, bermulut besar dan sombong.
Akhlak yang mulia menghiasi seseorang:
Sesungguhnya tidaklah sikap lemah lembut terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya
dan tidaklah ia (sikap lemah lembut) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.
Akhlak yang mulia merupakan salah satu faktor penentu kejayaan:
Sesungguhnya Allah Maha Pelembut dan menyukai sikap lemah lembut,
Dia memberi terhadap kelembutan apa yang tidak diberi terhadap kekasaran
dan tidak memberi apa jua (terhadap sikap yang menyelisihi kelembutan).