Monday, March 2, 2009

for the 2nd time?

Bom meletup di stesen kereta api Kaherah

KAHERAH: Seorang lelaki melempar sebutir bom di stesen kereta api bandar raya ini yang sesak dengan orang ramai dan penumpang, tetapi tiada dilaporkan cedera.

Sumber berkata, penyerang terus melarikan diri dan setakat ini tidak diketahui motif serangan itu.

Serangan ini kurang seminggu daripada kejadian letupan bom di kawasan tumpuan pelancong di bazar Kaherah menyebabkan seorang pelancong remaja Perancis terbunuh.


Jumaat lalu pula, seorang guru berbangsa Amerika cedera di muka selepas diserang seorang lelaki Mesir, juga di kawasan tumpuan pelancong di tengah Kaherah.

Media Mesir melaporkan, penyerang terbabit memberitahu polis dia membenci warga asing dan marah dengan tindakan terbaru regim Israel menyerang Semenanjung Gaza. - Reuters

No comments: