Menurut pakar psychology, tidak ramai manusia yang begitu kuat sehingga mampu 'handle' masalah yg besar/ sulit / perit secara bersendirian. Adakalanya kita sangat memerlukan insan lain untuk mendengar dan berkongsi masalah kita.
Namun begitu, sometimes the problem is just too personal to share with anyone. not with our closest friends nor our family. I believe we've all been there before.
Ketika itu, kepada siapa kita hendak mengadu?
Of course, Allah would be the answer. Firman Allah;
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (2;186)
Berdoa leaves us feeling "tidak bersendirian" dalam menghadapi sebarang kebuntuan hidup.
Kata pujangga Profesor Dr. Hamka, "ketika pintu di bumi sudah tertutup segalanya, pintu ke langit sentiasa terbuka!"
Maksudnya, apabila manusia tidak boleh lagi diharap mendengar pengaduan kita, Allah sentiasa ada untuk memdengar segala rintihan dan harapan.
Membentangkan Masalah dengan Jelas dan Tuntas
'Doa' is also the 1st step (bukan last ye kawan2) untuk menyelesaikan masalah. Doa secara tidak lengsung membentangkan masalah kita untuk diselesaikan.
Malangnya, ramai orang yang hanya gelisah tidak tentu arah apabila ditimpa masalah. Mereka hilang arah, atau tidak tahu pun apa sebenarnya masalah yang mereka hadapi!
Doa helps us express those problems as words. dengan berdoa, masalah yang asalnya kabur dan samar menjadi jelas dan terang. Doa is like writing our problems on paper.
Justeru, di malam2 terakhir Bulan Mulia ini, semasa kita bermohon, merayu, mangadu dan meluahkan segala-galanya kepada Allah, kata-kata kita semasa itu seperti membentangkan masalah kita ke hadapan-Nya. Ini akan memberi kelegaan, malah masalah itu sudah menjadi separuh selesai!
rujukan - Majalah Solusi isu no.22
2 comments:
entry yang best!
sebenarnya, setiap masalah pun kita kena mengadu kat Allah terutamanya, family dan kawan2 tu hanyalah sampingan sebab yang nak beri jalan sama ada susah atau senang kepada kita untuk selesaikan masalah pun hanyalah Allah.. famili dan kawan hanya membantu untuk mengurangkan beban yang kita tanggung saja.. itu pun kalau kawan kita concern pasal kita..
apa-apa pun,do the best and leave the rest to Allah.. semoga 7 malam yang terakhir ini menjadi malam yang penuh barakah!
Yup, glad the message got through.
Amin, semoga lailatul qadr menjadi milik kita.
Post a Comment