Saturday, October 9, 2010

it's all about the mindset

Setlah berlalu Ramadhan kita tidak lagi dituntut meninggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Jadi kita kembali kepada kehidupan yang normal Bahkan mula bermudah-mudah dengan adab-adab yang dia pegang pada bulan Ramadhan. Kita sering mendangar Khatib melaung diatas mimbar, dimana taqwa kita selepas Ramadhan?

Ulamak mengatakan tujuan daripada ibadah puasa ialah taqwa. Tujuan ialah hasil yang tuai dipenghujung satu-satu usaha. Perkara yang sama kalau diletak diawal dipanggil objektif, kalau di tengah dipanggil faedah dan kalau dihujung dipanggil tujuan. Natijah yang diharapkan daripada ibadah puasa ialah taqwa. Jadi taqwalah yang sepatutnya kekal?

Dalam keadaan kita kembali kepada kehidupan biasa, makan, minum, melakukan hubungan suami Isteri dan sebagainya. Bagaiamana kesan puasa masih dapat dipertahankan?
Mudah bagi kita berdepan dengan perkara wajib atau haram. Bertaqwa bermakaa melakukan yang dierintah dan meninggalkan yang dilarang. Yang dituntut daripada kita pada bulan puasa adalah berlainan dimana kita diarahkan meninggalkan perkara yang halal. Makan dan minum tidak haram pada zatnya tetapi yang mengharamkannya ialah niat puasa dan bulan Ramadhan.

Jadi niatlah yang menjadi kunci. Seoranag yang berpuasa akan mengset mindanya untuk tidak berfikir soal makan dan minum dalam tempoh ia berpuasa. Dengan kekuatan minda dia dapat berdepan dengan berbagai godaan yang mencabar niatnya. Puasa membentuk kekuatan minda pada sesaorang untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan maslahah atau perintah tuhan.

Saya percaya memiliki minda yang kuat adalah rahsia kejayaan seorang pejuang. Dengan memiliki minda yang kuat sesaorang dapat mendisiplinkan diri dengan disiplin orang-orang yang cemerlang dikalangan tokoh-tokoh besar. Minda yang menjadikan mereka mampu mengapai objektif yang besar dan dengan minda yang kuat juga akan mengeluarkan sesaorang dapat mengatasi tabiat-tabiat “kebudakan” dan “ketidak matangan yang dia warisi semenjak kecil”.

Saya melihat betapa ramai dikalangan kita yang melalui proses tarbiah yang panjang, menghabiskan banyak buku fikrah dan sylibus dakwah tetapi tidak dapat melepaskan diri dari sifat-sifat, sikap-sikap kebodohan(keanakanakan), ketidak matangan yang tidak sesuai dengan penampilan dirinya sebagai seorang tokoh , kudwah dan pendakwah. Sebabnya mereka tidak memiliki minda puasa yang memberikan ia kekuatan untuk melepaskan diri darisegala sikap dan tabiat yang tidakwajar atau tidak layak bagi seorang yang berstatus pemimpin.

Minda puasa ialah kuasa kesedaran yang mendisiplinkan sesaorang untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasakan maslahah dan syarak. Walaupun pada fizikalnya sesaorang itu dilihat makan dan minum dan melakukan keperluan hidup yang biasa dilakukan tetapi pada hakikatnya segala yang dilakukan adalah dengan kekuatan niat dan kewarasan minda bukan dengan kelolaan/kegelojohan nafsu. Dia tahu bila ia perlu makan, kenapa aia perlu makan, banyak mana ia perlu makan..makan bukan untuk makan tetapi untuk memenuhi keperluan untuk melakukan kewajiban dan tanggunjawab. Dan begitulah seterusnya.

Biar pun hari-hari puasa telah berlalu, namun mindanya tetap dengan disiplin puasa.

copied from perjalananku

No comments: