Thursday, December 30, 2010

isti'jal (tergesa-gesa)


Isti’jal, satu penyakit yang menimpa umat Islam sama ada individu ataupun jamaah, iaitu mahukan perubahan segera tanpa mengambil kira akibat, keadaan mahupun latar belakang dan tanpa membuat persiapan yang baik dari segi sumber, uslub dan wasilah. (Takrif ini kalau disyarahkan boleh menjawab pelbagai masalah individu dan jamaah).

Isti’jal memang tabiat manusia. Semasa Nabi Adam dicipta dan ditiupkan ruhnya, baginda terus bangun sebelum sempurna peniupan ruh tersebut! Tanda awal bahawa jenis manusia memang suka tergesa-gesa! Allah sendiri perakukan; خلق الإنسان من عجل (Al-Anbiya’: 37) bermaksud; Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru pada serba-serbinya…

Dalam sirah di Makkah, masyhur kalam Nabi SAW kepada Khabbab bin Al-Art apabila beliau meminta nabi berdoa agar dilepaskan umat Islam dari kezaliman Arab Quraisy. Tapi nabi menjelaskan bahawa umat terdahulu diuji lebih dahsyat lagi sehingga ada yang dibelah dengan gergaji tetapi tetap sabar dan nabi akhiri dengan kalamnya ولكنكم تستعجلون maksudnya, tetapi kamu semua tergesa-gesa!

Tanda-tanda isti’jal

1. Menggabungkan individu dalam kafilah dakwah sebelum tauthiq, kenal pasti bakat, kemampuan dan persediaannya. Amal menegakkan Islam tidak boleh dibuat secara borong. Perlu kepada penelitian dan memastikan hanya anasir soleh yang boleh ditarbiah sahaja dibawa bersama. Juga kena ambil kira kekuatan untuk mendidik anasir yang telah dipilih tadi. Jangan sampai kita terpedaya dengan bilangan pengikut yang ramai, tapi mereka tidak boleh menghayati perjuangan Islam yang sebenarnya.

2. Meningkatkan daie ke peringkat lebih tinggi sebelum sampai masanya. Dengan alasan supaya orang tadi cepat meningkat, lebih faham dan produktif untuk dakwah dan jamaah. Sebenarnya ini satu kezaliman, kerana meletakkan seseorang bukan pada tempatnya dan dalam keadaan dia belum bersedia lagi.

3. Melakukan tingkahlaku yang memudharat dan tidak bermanfaat kepada dakwah. Perkara ini biasa berlaku kepada orang yang tiada disiplin amal jamaie atau memang tidak boleh didisiplinkan. Lebih malang lagi apabila tindakan yang dibuatnya mendatangkan mudharat kepada dakwah dan memundurkannya puluhan tahun ke belakang.

Kesan-kesan isti’jal

1. Membawa kepada futur. Futur bermaksud kembali lemah selepas aktif! Boleh jadi seseorang itu asalnya amat aktif dalam amal dan dakwah tetapi sekarang dah malas dan melengah-lengahkan amal, tak aktif lagi. Juga boleh jadi lebih teruk dari itu, langsung berhenti dari amal dan dakwah. Lihatlah keliling kita, sahabt seperjuangan semasa di kolej atau universiti dulu, sama-sama aktif. Tapi bila dah berkahwin dan bekerjaya, tidak sehebat atau selantang dulu, bahkan ada yang senyap tak buat apa-apa, tidak kurang juga yang aktif tapi hanyut bersama pihak yang ditentang dulu!

2. Membantutkan amal, atau memundurkannya puluhan tahun ke belakang. Bayangkan kalau semua orang mengambil langkah drastik dan agresif atas nama amar makruf, nahi mungkar. Kemudian semua yang agresif tadi disumbatkan dalam penjara, siapa lagi yang akan meneruskan perjuangan mereka? Ini merujuk kepada tidak mengambil kira akibat dari amal yang dilakukan. Sebab itu selain dari perlu mengenali mungkar, perlu juga tahu uslub untuk mengubahnya. Faktor masa perlu diambil kira. Sebab itu pada zaman Makkah, nabi tidak mewujudkan sebarang konfrontasi dengan Arab Jahiliah. Selepas berhijrah dan mendapat sokongan Ansar dan Muhajirin, barulah berlaku.

Sebab-sebab isti’jal

1. Dorongan hawa nafsu dan semangat yang tidak dikawal. Iman kita naik dan turun. Masa iman naik, seseorang itu akan bersemangat untuk beramal dan mencegah kemungkaran. Tapi jika tidak dikawal dan terburu-buru, pastinya musibah yang menimpa. Contoh terdekat ialah membakar gereja dalam isu kalimah Allah. Ada orang akan terbakar semangatnya…

2. Kurang merujuk kepada sirah nabawiyah, sunnah Allah dan perjalanan dakwah para dua’t.Sunnah Allah terhadap alam; Allah sendiri menegaskan bahawa alam ini dicipta dalam masa enam hari. Bukan dengan sekelip mata, biarpun Allah mampu dengan kun fayakun. Sunnah Allah dalam pensyariatan; arak diharamkan secara berperingkat. Bukan sekaligus. Para qudama’ (veteran) dalam amal dakwah pun mengambil masa yang lama, keluar masuk penjara, tapi tetap thabat sampai akhir hayat kerana memahami bahaya isti’jal. Maka pengalaman orang lain dan jamaah lain perlu diambil kira supaya kita tidak mengulangi kesalahan yang sama. Semangat golongan muda perlu diimbangi dengan hikmah para qudama’.

3. Tidak tahan dengan cabaran dan beban dakwah, juga mahukan hasil yang cepat. Perlu ingat, kita tidak dipertanggungjawabkan kepada hasil atau natijah. Tapi kita akan disoal terhadap apa yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah. Kita mesti berusaha, kemudian serahkan kepada Allah. Mengapa nabi tidak berdoa sahaja ketika diminta oleh Khabbab? Sedangkan doa baginda mustajab. Jawapannya, nabi nak ajar kita bahawa kemenangan agama ini perlu dengan tangan manusia sendiri, bukan dengan Kun Fayakun!

Pesanan Hasan Al-Banna

Sebagai pemimpin kepada gerakan Islam masa kini yang menjadi rujukan pelbagai pihak, mari kita telusuri kata-kata Hasan Al-Banna ini;

“Wahai kaum muslimin, khasnya yang bersemangat dan tergesa-gesa! Sesungguhnya jalan dakwah kamu ini, langkah-langkahnya telah disusun, sempadannya telah ditentukan, aku tidak akan menyanggahi sempadan yang aku amat yakin sebagai lebih selamat untuk sampai kepada matlamat. Memang jalannya panjang, tapi tiada jalan lain selain daripadanya… Siapa dari kalangan kamu hendak memetik buah sebelum masaknya… aku tidak bersamanya. Lebih baik dia mencari jalan dakwah yang lain. Siapa yang bersabar dengan aku sehingga benihnya bercambah, pokoknya tumbuh dan buahnya elok sampai masa untuk dipetik, maka ganjarannya di sisi Allah, kita sama-sama akan mengecapai ganjaran para muhsinin: sama ada mendapat kemenangan atau kepiminan, dan sama ada mendapatsyahadah atau sa’adah.”

Perlu difahami, kalau semua persiapan dan sumber dah sempurna, kajian sebab dan akibat telah dibuat, maka jangan bertangguh lagi. Teruskan amal, itu bukan isti’jal…

wallahu a’lam

*copy paste from .:ضياء الاسلام:.

Friday, December 24, 2010

suka!~

this is going to be a quicky...

-TVAlhijrah-


i'm seriously glad with this new channel, (haven't watched it yet though)... semoga ramai yg tersentuh jiwanya... khususnya di Malaysia... rasa bangga dengan usaha mereka utk membawa sinaran Islam itu sendiri kepada masyarakat... boleh counter balik anasir2 buruk yg semakin menular (na'uzubillah minzaalik)... semoga semua yg terlibat diberi rahmat dan redha Allah, serta dimudahkan dan dilancarkan segala urusan dunia dan akhirat...

hmm... wonder if there's live streaming for it like tv3... that would be nice... then even students overseas can tune in...

hmmm... teringat ketika dakwah Rasulallah secara 'sir' (rahsia) ketika awal kenabiannya... usrah diadakan di rumah Al-Arqam kerana rumahnya yang terletak di tengah2 kabilah arab dan saiznya besar... jika kita mengamati Sirah, selepas itu, berapa kali Al-Arqam disebut namanya?... tiada rasanya... yg selalu terbaca khalid al-walid, abdullah mas'ud, saidina umar, saidina Abu Bakar dsb. betul tak? ... seolah2 itu sahaja sumbangannya (mungkin ada yg lain cuma tidak disebut)
Pengajaran yg kita boleh ambil di sini adalah kita perlu memberi sumbangan terhadap Islam, biarpun sekecil mana sumbangan itu... Al-Arqam punyai rumah, jadi dia sumbangkan rumahnya... penubuhan TVAlhijrah ini juga merupakan sumbangan yg besar terhadap Islam...
Jika kita lontarkan soalan itu pada diri sendiri, apa yg kita boleh ataupun 'telah' sumbangkan?... wallahu'alam

ok, have an exam tomorrow, should be reading right now...

Wednesday, December 8, 2010

random words


assalamualaikum guys
how are you all doing? how's your iman? i hope both have positive answers

anyway, it's been a while since i've updated my blog... that means nothing's been going on right?........... WRONG... so much has been going on... ntahla... it's just that i don't really want this blog to be on on9 diary... i already have a book for that... (who would want to know anyway... ke x?)... it's just that when i made this blog, i agreed that the theme would be more about sharing...

hmm... the thought just struck me, not only knowledge can be shared... experience can too... as a matter of fact, of the two, experience may even be more valuable... hmm, i might have just found a new theme for this blog... note that i am writing what's going through my mind right now, this is just a quick update before going to 7 hours of classes... coz you see... "Sharing Experiences Can Prolong Our Lifespan"... who understands this sentence? let's just take an example to make this easier... ok, unlike Naruto who can do kage bunshin and be in many places at the same time, we can only be in a particular place at a particular time... but, if let's say during the winter holidays, i go to London and you go to Turkey... and then when we come back from the holidays we both share our experiences... it will be as if we've been to both places (sorta anyway)... and also everybody has different backgrounds... some of us were raised in "kampung" while others in "bandar"... by now, those city kids have passed the opportunity to live the village boy, so by the 'kampung' boy sharing his experiences the bandar boy would to some extent have experienced two childhoods... (i hope the points getting through)... so i'll try to extract whatever 'ibrah' or pengajaran from my daily affairs utk kita sama2 hayati....

but there's only one problem though... my schedule!... huhu.. starting next week, i'm gonna have exams every week for 8 weeks!... nasib baik aku study dari awal (sorta... hehe)... so, to all you fellow alexandrians... cayo2!... be strong!... we promised that we'll graduate together right?... just do our best, insyaAllah Allah will do the rest...
eh, macam dah lari tajuk je... huhu... sebenarnya nak tulis pasal my braces that i just got... yup, i finally got them... yes they were expensive L.E6500 which when converted would be about 3200+... -_-' .... yes it's a lot... and now i'm broke!... you see, before the summer holidays, i withdrew all my money from my account here... i invested it in malaysia... so when i came back to egypt i had no money except 2 months allowance and a little cash that i brought with me... but it's ok, a long term investment... ( might have to start my business again, tapi nak exam la pulak)... i was actually torn between buying a motorcycle or getting braces... after giving it some thought... i got the braces... so
1. DON"T PROCRASTINATE... i've actually been wanting to get my braces since like.. secondary school... ok, maybe i can give the excuse that there's a ridiculously long waiting list for doing it with a government hospital... and privately it would cost RM 4000-5000... so that was out of the question... but what about when i came here?.. what kept me form getting them?... 3rd year baru nak pasang?... kalo dari 1st/2nd year but, by now i wouldn't have to wear them anymore... maybe i was kinda afraid my intentions weren't clean... i was afraid i might be doing them utk kecantikan semata2 (which isn't allowed btw)... truth is, i was actually quite conscious about my teeth... malu... huhu... they would keep me from smiling when giving a speech... i would avoid talking too much... etc.2 and as a doctor later, image is very2 important... i mean just imagine me saying... "adik kena jaga gigi elok2"... when my teeth would be 'jongan' so to say... you get my point... so iA, my intentions lepas di akhirat nt... but still, lambatnya aku buat... setahun setengah ni kena bersabar sikit... tapi sempat je kot... hehe

2. YOU CAN"T ALWAYS GET WHAT YOU WANT... so, in my case... it was either the braces or the motorcycle... i could only get one at the expense of the other...

3. COMPLIANCE... before putting the braces on, i had to extract 4 teeth, separately in a period of two weeks... crowded sgt gigi... so the last tooth was scheduled to be extracted a day before my midterm exam!... so what i did was i asked for my 3rd tooth to be extracted together with my 2nd on that night... the doctor said before i left the dentist (no gargling for 24 hours)... i gargled like 3hours after the extraction... coz by then the bleeding had stopped and there was a lot of blood clots in my mouth... so i though it would be ok... boy was i wrong... after that... i had like 18 hours of bleeding non-stop!... i couldn't sleep that night and had to skip my lecture the next morning... i had to go back to the dentist the next day... he put some fibrin or something i couldn't catch what he was saying... huhu...

huhu... stakat ni tu je kot nak share... doakan ktorang tau... bnyk nak kena cover...
-.-'... Rabbuna yusahhil