Saturday, October 29, 2011

Fadhilat bulan Zulhijjah

Walaupun sudah masuk hari kedua bulan zulhijjah, masih belum terlambat utk kita merebut peluang ini... yg datang sekali setahun ni... :)

Bulan Zulhijjah sinonim dengan musim haji... namun bagi kita, sebagai golongan yang belum rezekinya utk ke baitUllah, apakah signifikan bulan ini kepada kita?

Dari Ibnu 'Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda,
"Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini" – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, 'Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, "Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah). [HR Bukhari]

1. Hari Arafah (9 Zulhijjah / 5hb Nov. 2011 - Sabtu)

a. Pembebasan daripada api neraka'Aisha berkata, Rasulallah pernah bersabda;
"Tidak ada hari yang Allah membebaskan ramai hamba-Nya daripada api neraka lebih ramai dari Hari Arafah. Allah hampir dengan hamba-hambaNya dan berbangga-bangga dengan mereka kepada malaikat dengan berfirman: "Apa yang mereka mahu?"

b.Limpahan rahmat dan pengampunan dosaSabda Rasulallah
"Syaitan tidak pernah kelihatan lebih kecil, lebih lemah dan kalah dan lebih marah selain daripada Hari Arafah kerana ia melihat limpahan rahmat diturunkan dan Allah mengampunkan dosa-dosa besar"

2. Berpuasa pada Hari Arafah-
disunatkan bagi yang tidak menunaikan haji- kelebihannya adalah diampunkan dosa2 setahun yang lalu, dan dosa2 setahun akan datang sebagaimana hadith;
Nabi pernah ditanya tentang puasa pada hari arafah. sabdanya
"Ia menghapus dosa2 setahun yang lalu, dan setahun akan datang"(hadith riwayat Imam Muslim)

-disunatkan juga berpuasa 8 Zulhijjah di samping 9 Zulhijjah sebagai langkah berhati2 yang mana kemungkinan pada hari ke-8 itu adalah hari yang ke-9 (Hari Arafah). bahkan disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke 1 hingga 8 zulhijjah campur 9 Zulhijjah.

3. bulan beramal soleh;
"Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari2 lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (10 pertama zulhijjah)" hadith riwayat Bukhari

Adapun berpuasa pada hari Aidil-Adha (10 zulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12, 13 zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith riwayat Abu Hurairah ra:
Rasulallah SAW telah mengirimkan Abdullah ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di mina: "Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah" (hadith riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan)

dan banyak lagi...
click here for more....

Wednesday, October 26, 2011

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Monday, October 17, 2011

Seeking for the right thing

You keep running after the love of the people,
but you'll never get it.
And what you do get, will never be enough.
The hole inside you is too big.
You see, it was made by God, for God.
How could anything else fill it?

Wednesday, October 5, 2011

A New Beginning

so i arrived in egypt a week ago... rasa skejap je cuti...
pejam celik, pejam celik.... dah nak masuk tahun 4 merangkap tahun clinical...
3 years down, 3 more to go...

Allah musta'an (Allah permudahkan)...

it's funny how fast time flies by... so, janganlah membuang pedang sewenang2nya...

... pedang? hehe... biasa org cakap masa itu emas kn?...
tetapi pepatah arab berbunyi, "waktu itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu"...
thus, the above sentence

hmmm....


ok, what i'm gonna write below is totally unrelated...

it's a story about 3 Ministers in a country ruled by a wise and dedicated King...
The King was the type that would not swindle the country's wealth and was well known for being 'berjiwa rakyat' (apa eh in english?)

so one day the King ordered these 3 ministers to each fill a sac (guni) with fruits

The First one filled his sac with the best and finest fruits he could find
The Second couldn't care less, janji buat... ada buah yang masak, ada yg masam, yg da buruk pn ada
The Third filled his sac with hay (rumput kering)

one the day which the King asked for their sacs, the first 2 were shocked to see the thirds sac
"Asal isi rumput kering je? bukan tuanku suruh isi dgn buah ke?"
jawabnya "Alah, tuanku sibuk la... dia xkan check punya... lagipun dia kan percaya dekat kita?"
"ye ye je" answered the first

Raja pun sampai seketika lepas itu...
"Terima Kasih kerana mematuhi arahan beta. Namun sesungguhnya beta amat sibuk sekali dan mempercayai kalian, jadi beta tidak akan periksa isi guni kalian"

Menteri ketiga pn tersenyum dekat menteri pertama dan kedua...

kemudian Raja betitah
"Sekarang kurunglah mereka bertiga dalam penjara dengan guni masing2... jangan diberi makan atau minum... biarlah guni mereka sebagai bekalan"

-the end- (sorry for the rojak btw)