Begitulah hakikatnya diri kita, sekalian anak Adam di dunia ini. Di hadapan keagungan, kebesaran dan kekuasaan Allah, kita hanyalah hamba-Nuya yang sering berdosa, yang serba lemah, yang amat jahil, yang sangat fakir lagi seerba kekurangan. Allah jualah yang Maha sempurna.
Ketahuilah bahawa segala sifat kekurangan yang ada pada diri kita ini merupakan dugaan dan ujian daripada Allah. Seorang hamba yang solah akan sentiasa sedar kekurangan dirinya di hadapan Penciptanya yang Maha Agung lagi Maha sempurna. Sebaliknya bagi orang yang hina, dia akan berasa dirinya serba-serbi hebat dan serba tahu di hadapan penciptanya dan di hadapan hamba-hamba-Nya yang beiman
Kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita juga bertujuan mencetuskan kesedaran dan keinsafan bahawa kita semua adalah hambanya yang amat memerlukan rahmat, belas kasihan dan pertolongan-Nya pada setiap masa dan ketika. Inilah yang dikata 'rasa kehambaan' yang wajar kekal menjadi pegangan, prinsip dan iltizam kita andai kita mahu selamat di dunia dan di akhirat.
Kita tidak akan berdaya melakukan apa jua pekerjaan tanpa izin dan kehendak-Nya. Kita harus akur dengan ketentuan Allah supaya kita sentiasa berolah keredhaan dan semakin dekat dengan-Nya. hanya orang yang takbut sahaja yang tidak akan mengaku kelemahan diri dan enggan memohon pertolongan Allah dan tunduk kepada iradat-Nya.
Seandainya kita mempunyai kesedaran yang mendalam bahawa semua orang mempunyai kelemahan dan kekurangannya, maka kita boleh hidup secara saling melengkapi, saling bantu-membantu dan bekerjasama.
Sifat hamba: Memohon Keampunan
Sifat hamba: Memohon Keampunan
Kita tidak dapat nafikan bahawa kita tidak akan sunyi daripada melakukan dosa, sama ada sengaja maupun tidak sengaja. itulah kelemahan dan kekurangan sekalian bani Adam, insan ciptaan Tuhan. Namun hamba yang sejati akan segera memohon keampunan tanpa bertangguh-tangguh. Inilah contoh sifat mulia hamba yang tidak rela membiarkan dosa-dosanya menjadi jaluran tebal atau kabut hitam yang menghijabkan sirinya daripada pandangan Tuhan yang maha Pengasih.
Sabda Rasulallah S.A.W
"Setiap anak Adam itu berdosa belaka dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang memohon taubat (kepada Tuhannya),"
(Riwayat at-Tarmizi , Ibn Majah dan Imam Ahmad Sesungguhnya Allah itu adalah al-Ghaffar iaitu maha pengampun. Ia adalah antara nama-nya yang indah lagi Maha Agung. Allah mencipta sekalian hamba-Nya di muka bumi ini supaya dia dapat mengampuni dan merahmati mereka dan supaya Dia dapat menilai keikhlasa dan kejujuran pengabdian mereka. Allah sentiasa rindu untuk mendengar rintihan taubat dan munajat hamba-hamba-nya yang bersungguh=sungguh datang untuk membersihkan diri.
Pintu keampunan Allah sentiasa terbuka selebar-lebarnya tidak kira pada malam atau siang. Allah menantikan kepulangan sekalian hamba-Nya (dari daerah kederhakaan kepada daerah ketaatan) dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Apa perasaan kita jika secara tiba-tiba seorang kawan memberitahu bahawa dia hendak datang menziarah pada pukul tiga pagi? Tuan rumah pastinya tidak selesa jika ada tetamu datang pada waktu-waktu tersebut kecuali kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Namun Allah S.W.T sedia menerima kehadiran dan kepulangan hamba-nya pada bila-bila masa sahaj. Bukan sahaja Allah menurunkan kemurkaan ke atas hamba-nya tang tidak mahu mengetuk pintu keampunan tetapi amat gembira dengan kepulangan hamba-Nya melebihi kegembiraan seorang Arab Badwi yang berjumpa semula dengan unta kesayangannya yang telah lama hilang.
Pada saat menjelang wafat, Sahabat Nabi Muhammad S.A.W bernama Abu Ayyub al-Ansari mengatakan "Selama ini aku menyembunyikan sesuatu daripada kalian yang pernah aku dengar daripada Rasulallah. Benar, aku pernah mendengar Baginda bersabda
"seandainya kalian tidak pernah berdosa, nescaya Allah akan menciptakan makhluk yang berbuat dosa dan Dia mengampuni mereka"
-Riwayat Muslim dan Turmuzi
No comments:
Post a Comment