First of all i'd like to apologize for the long gap between the post and the previous one. but, nevertheless here i am writing part 2
so we left off at agreeing that our compass is Hidayah, and our map is the Quran and Sunnah right? (i strongly suggest reading the previous post for better comprehension)
Hidayah is derived from the word "huda" yang ertinya petunjuk, juga "hadiah" yang ertinya kurniaan.
Jadi Hidayah adalah kurniaan (hadiah) daripada Allah kepada manusia sebagai petunjuk dalam mengharungi "belantara" kehidupan di dunia ini.
It's importance in life is stressed upon in the fact that Allah teaches muslims to always ask for his guidance. not once, not twice. but at least 17 times!...daily. Itulah kalimah "ihdina" (tunjuki kami) dalam ayat "ihdinassiratal mustaqim" (tunjuki kami jalan yang lurus) yang kita ulang2 sebut sebanyak 17 kali dalam surah al-Fatihah.
Cantik kan? Allah mengajar kita untuk sentiasa bergantung kepada Allah. bukan pada makhluk, bukan pada ayah, ibu, suami, isteri, rakan2 dll. Itulah hikmah Allah jadikan Rasulallah S.A.W seorang Anak Yatim.
Kalau kita lihat anak kecil, ketika sakit atau demam, apakah yang akan disebut? "ibu! sakit la ibu" dengan harapan akan mendapat perhatian dan pertolongan drpd ibu. Tetapi Nabi sejak kecil, pergantungannya terus kepada Tuhan. SubhanAllah!
So back to our topic, Hidayah. How many types of hidayah are there?
"eh, ada banyak jenis ke?" i hear some of you ask.
Well... Yes. 5 to be exact. But usually for the sake of convenience, apabila disebut Hidayah, yang dimaksudkan adalah Hidayah taufiq. we'll come back to that.
Jenis2 Hidayah;
1. Hidayah Tabii
The type given naturally to everyone. the first cry of a baby after being born being one of them. which is required to expand the lungs for respiration. after that, again without being taught, the baby starts suckling milk from his/her mother. the list goes on.
The point is, all these skills occur naturally. siapa yang memberi "ilham" ini?
Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya; (Al-A'laa 87:2)
Also how a plant will grow towards sunlight. how a baby turtle goes towards the sea. SubhanAllah
2. Hidayah Hawasi
Our senses. 5 altogether. Sight, Hearing, Smell, Touch, Taste. Any one of these alone is priceless. invaluable. imagine living 1 day without 1 of them. Sanggup? jadi kita perlu sentiasa bersyukur atas hidayah ini yang hari2 kita guna kadang2 tanpa kita sedari pun. you're using them right now, i am using them right now, but how many times have i said thank you Allah. what have i done to show my gratitude?! -.-'
Namun, hidayah ini juga terbatas. Pandangan mata hanya boleh melihat yang tersurat. mata tidak dapat mentafsirkan apa yang dilihat. kerana itu kerap kali manusia tertipu oleh matanya. misalnya, fatamorgana (mirage). dari jauh ia kelihatan seperti air, tetapi apabila dekat, rupa2nya hanya panas yang membahang.
the same goes for the other senses, not everything that we perceive adalah betul atau tepat seperti hakikatnya. Apa yang kita lihat perlukan tafsiran. Apa yang kita dengar perlukan penjelasan. until then, erti dan makna sebenar kita tidak boleh jamin. hidayah hawasi tidak mampu memberi jawapan sebenarnya.
For example, apabila mata melihat ombak bergerak, diri akan bertanya kenapa ombak bergerak? mata tidak akan dapat memberi jawapannya. padahal manusia sentiasa ingin tahu. dan dia tidak akan tenteram selagi belum tahu. Bagaimana?
3. Hidayah Akal
Jadi, setelah hidayah hawasi gagal menjawab persoalan2 tersebut, maka Allah beri Hidayah Akal utk memberi jawapan kepada persoalan2 yang tidak terjawab itu. Bahkan, sering kali pemikiran sudah mampu "pergi" lebih jauh daripada batas penglihatan. Kita misalnya, dapat mengetahui apa sebenarnya yang ada di atas permukaan bulan walaupun belum sampai ke sana. Bulan tidaklah seindah pandangan mata kasar apabila dilihat dengan pandangan akal (ilmu)
With the Mind, mankind has achieved great heights and feats. we've reached the moon, built a 830m high tower (burj Khalifah, Dubai), built the pyramids, artificial islands, invented cars, paper, computers, ipads, phones the internet (you get my point)... my point here is that, the mind is an asset that was bestowed upon to us to differentiate us from animals and even the angels themselves. What makes us "ahsani taqwim" as stated by Allah in the Quran (95;4)
Dengan akal juga, manusia dapat bezakan kaca dengan permata, walaupun menurut pandangan mata, sama sahaja. Dengan akal manusia mampu membezakan yang mana yang baik dan buruk, yang mana betul dan yang mana salah. Daripada akal timbullah daya kreativiti dan inovasi.
And sadly, more often than not, we sometimes tend to forget to be greatful for this. not everyone has the privilege of a sound mind. Trisomy 21 (down's syndrome) for instance have a limited mental capacity. mental retardation. alhamdulillah, praise and gratitude to Allah for all these gifts that we have been using all this time. Semoga kita dijauhkan dan terpelihara daripada menyalahgunakan akal dan pancaindera kita.
Namun, akal juga terbatas. cukupkah semata-mata dengan akal manusia mampu mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup? untuk itu, renungkan sajak di bawah;
Kembali ke Pangkal Agama
Manusia semakin ghairah menumpahkan darah,
Sengketa antara bangsa - Arya, Asia, Israel, Serbia, Jepun, Eropah
Sengketa antara agama - Islam, Kristian, yahudi dan sosialis
Sengketa antara ideologi - kapitalis, komunis dan socialis
sengketa antara kulit - hitam, putih dan sawo matang.
Di dunia antarabangsa...
Perang! Perang! Perang!
Perang Dunia I - 19 juta manusia terkorbanPerang Dunia II - 50 juta nyawa melayang
Perang Cina-Jepun, Perang Arab-Israel
Perang India-Pakistan, Peran Iran-Iraq
Perang Afghanistan-Rusia, Albania-Serbia
Perang Yugoslavia, Perang Rusia, Perang Korea
Perang Vietnam, Perang Iraq, Perang Afghanistan
Manusia suka berperang sama seperti sukakan kemajuan?
Di dalam negara...
Jenayah! jenayah! jenayah!
Dadah, rompak, bunuh diri,
alkohol, seks bebas,
sakit jiwa... dan tekanan emosi
Di negara maju - orang membunuh tanpa tujuan
Di negara miskin - orang merusuh kerana kelaparan
Di negara membangun - orang mogok tuntut keadilan
yang punya bagaikan meneguk air tujuh lautan
yang tiada bagaikan memburu maya fatamorgana
sedikit timbul rasa cemas
banyak masih terus memburu...
kerana tidak puas!
Inilah Qarun baru dalam dunia pasaran
Inilah Firaun baru dalam citra penjajahan
Apa yang dikatakan ketenangan...
menjadi semakin samar, semakin pudar...
semakin abstrak harmoni dalam kamar hati insani
dan akhirnya manusia terpaksa mencari...
di satu destinasi berbaur ilusi terperangkap antara utopia dan realiti
Bila alat disangka matlamat
Nikmat disangka hakikat...
benda pun dinobat menjadi agama
wujud tuhan baru dalam fikiran dan perasaan,
yang bernama kekayaan dan kelazatan,
kesetonokan, kemasyhuran dan daya pengeluaran...
Manusia kini perlu revolusi baru
sesat di hujung jalan balik ke pangkalnya
Pangkal semua itu adalah agama!
Di situlah kemurnian jiwa, kebersihan minda
itulah punca bahagia
Pemadam krisis, peluntur sengketa.
(dipetik dari majalah Solusi, isu no.12)
Terbukti dengan akal semata-mata, kehidupan mungkin menjadi semakin maju, tetapi tidak menjamin jadi semakin baik dan harmoni. Ada lompong yang tidak dapat diisi oleh akal manusia walau setingi dan sehebat mana sekalipun daya pemikiran itu. Ini menuntut satu bentuk hidayah yang lain pula. Hidayah apakah itu?
4. Hidayah Agama
As stressed dalam sajak sebelumnya, pangkal semua perjalanan harus bermula dengan agama - agama itu sendiri bererti "tidak kacau". Agama adalah pangkal kepada segala kebaikan dalam kehidupan ini.
My piont is, akal manusia perlukan pimpinan, dan pimpinan ini datang daripada agama (Islam). Prof Dr. Hamka, pujangga dan ulama Nusantara pernah berkata, "hujung akal, pangkal agama"
Even Albert Einstein juga pernah menegaskan kepentingan agama dengan katanya , "Agama tanpa sains pincang, Sains tanpa agama buta"
It can be said that the Mind is like a spinning fan. it is always working and thinking. if the fan is not securely secured to either the wall or a ceiling, it will spin off and probably cause some serious injury. Maka begitulah perumpamaannya akal manusia yang berfikir. jika ridak diikat sungguh2 pada pasaknya (agama), maka ia akan mendatangkan mudarat. because there are just some things that our human mind with it's limitations just cannot comprehend. Zat Allah contohnya.
So what IS Islam? in a nut shell, it is a way of life (addin) yang 'kamil', (sempurna) datang daripada Allah merangkumi setiap aspek kehidupan. seperti soal akidah, syariah, mualamat, nikah, waris, akhlak etc. Ia adalah antara nikmat yang paling Besar. Bukan semua manusia terpilih untuk menerima hidayah islam walaupun mereka sudah menerima hidayah2 yg sebelumnya.
Dan Hidayah ini dikurniakan atas pilihan Allah jua. Ya, Allah memilih kepada siapa dia akan memberi hidayah untuknya kembali kepada Islam, namun itu tidak menjadi hujah untuk serahkan soal hidayah ni kepada Allah semata2. Jika setiap daripada umat Islam berfikiran begini, berapa ramai manusia yang hidup dalam kegelapan? jauh dari cahaya Hidayah Allah? jauh dari ketenangan Hidup dan Jiwa. Di situ timbul la urgensi untuk kita berdakwah. Supaya lebih ramai manusia tersentuh oleh cahaya Islam, lebih ramai keluar kegelapan, masuk cahaya. Dan Dakwah itu luas caranya. selagi kita bawa title sebagai seorang Muslim, kita actually adalah duta kepada agama kita. bagaimana org nak tertarik kepada islam, jika orang islam sendiri menipu dalam jual beli, tidak amanah, berbahasa lucah dan sebagainya? na'uzubillah. Itulah namanya dakwah bil hal. tidak perlu pun untuk kita sembang pasal tuhan, pasal agama. tunjuk sahaja akhlak terpuji. begitulah Islam tersebar di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. rakyat tempatan tertarik dgn akhlak dan peribadi yang ditunjukkan saudagar2 Islam ketika itu.
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah 2:256)
"Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."
(Al-Baqarah 2:257)
Abu Talib, bapa saudara Rasulallah S.A.W yang sangat mempertahankan Rasulallah dalam menyampaikan dakwah Islamiah gagal menerima hidayah ini. Walaupun sangat sayang dan rapat dengan baginda s.a.w. tetapi dia enggan memeluk Islam walaupun diseru berulang2 kali oleh baginda. Malah hingga pada saat menjelang kematiannya pun, Baginda berdoa supaya beliau memeluk Islam. tetapi Abu Talib tetap enggan dan akhirnya mati dalam kekufuran. Sekali lagi ditegaskan, hidayah daripada Allah, kita cuma berusaha. sama-samalah kita ambil ibrah dan pengajaran daripada nabi Nuh. berdakwah kepada kaumnya beratus-ratus tahun, 'lailan wa naharan' malam dan siang. namun in the end berapa orang sahaja yang terima ajakannya (dakwahnya). jadi janganlah kita lemah semangat dalam mengajak orang kepada Islam, atau mengajak orang yang 'sudah Islam' untuk mengamalkan Islam yg sepatutnya.
5. Hidayah Taufiq
Sungguhpun beigtu, Hidayah Islam semata2 belum menjamin keselamtan dan kejayaan seseorang di dunia dan akhirat. Just look at the ummah today. walaupun mengaku beragam Islam, tetapi masih melakukan maksiat dan kemungkaran. lebih memalukan lagi, kadangkala sikap umat Islam jauh lebih buruk daripada orang bukan Islam. Umat Islam juga semakin jauh daripada nilai Islam seperti disiplin, kebersihan, kerja keras, menepati waktu, sebaliknya nilai2 murni ini lebih dipraktikkan oleh orang bukan Islam.
hakikatnya, Islam itu digelapkan oleh orang Islam sendiri. Orang Islam gagal mempraktikkan ajaran Islam, hingga dengan itu Islam mendapat tohmahan dan fitnah. Ada perumpamaan yang menyamakan keadaan umat Islam hari ini seperti orang yang duduk di muka pintu. Masuk sepenuhnya tidak, keluar sepenuhnya pun tidak. hanya bertahan di muka pintu - menjadi "penghalang" orang bukan Islam untuk masuk ke dalam Islam.
akibat tidak masuk Islam secara total, agama hanya diamalkan dalam bidang2 tertentu sahaja. sesungguhnya, ini mengundan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat.
"......Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."
(Al-Baqarah 2:85)
Nasib saudara2 Islam kita di Pakistan, Bosnia, Herzegovina, Selatan Thailand, Iraq, Afghanistan dan lain2 tempat dibunuh, dirogol dan dihina begitu sekali walupun mereka bertauhid. mengapa tiada bantuan daripada Allah? Terbukti bahawa hidayah Islam sahaja belum cukup utk membuat seseorang itu berjaya di dunia dan akhirat. Allah tidak menjamin adanya pembelaan terhadap orang Islam. Pembelaannya hanya kepada mereka yang bertakwa. untuk bertakwa manusia perlukan satu lagi hidayah - Hidayah Taufiq
Seseorang dikira mendapat hidayah taufik apabila terjadi muafakat/ persetujuan antara apa yang Allah kehendaki dengan tindakannya. Inilah peringkat hidayah yang tertinggi. Dengan hidayah ini, barulah agama Islam dapat diamalkan secara menyeluruh dalm hidup seseorang.
One who achieves this level, not only 'know' what is righteous, they are capable of doing it. Inilah hakikatnya hidayah yang tertinggi yang kita pohon setiap awal pagi dalam qunut dan saban kali dalam al-fatihah.
kesimpulannya, seseorang yang mendapat hidayah ini mampu ;
Memahami Ilmu. Ilmu mesti difahami, bukan diketahui. Ilmu adalah imam dan amal adalah makmumnya. ada orang yang boleh menghafal ilmu, tetapi tidak dapat memahaminya, seperti burung kakktua yg hanya mampu bertutur tetapi tidak faham apa yg dituturkannya. sabda Nabi s.a.w;
"Jika hendak diberikan kebaikan kepada seseorang, akan diberi kepadanya kefahaman dalam beragama" (al-bukhari dan Muslim)
Melakukan ketaatan. Ilmu tidak cukup sekadar difahami, tetapi wajib diamalkan. Ilmu tanpa amal seperti phon tidak berbuah. bagi orang yang belum menapat hidayah ini, melaksanakan ketaan terasa berat keran ia sesuatu yang tidak disukai oleh hawa nafsu. Namun, orang yg berjaya diberi hidayah taufiq akan dipermudah Allah utk melaksanakan ketaatan. Malah terasa manisnya.
Membenci dosa. bagi org yg belum mendapat hidayah ni juga, bukan mudah untuk membenci dosa, kerana dosa sangat disenangi hawa nafsu. contohnya memandang pendedahan aurat jantina yang berlainan. tidak ramai orang yang mempu menunduk atau memalingkan pandangan. namun bagi org yg mendapat taufiq, bukan sahaja mampu palingkan pandangan, tetapi merasa jijik melihat pendedahan aurat.
bagi mereka, apa jua dosa sekalipun dosa kecil dianggap berat dan besar lalu bertaubat. Nabi bersabda
"Orang yang beriman itu melihat dosanya seperti sebuah gunung yang hendak menghempapnya. tetapi bagi orang yang tidak beriman, melihat dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya" (riwayat al-Dailami)
Kemanisan dalam beramal, golongan ini bukan sahaja mudah melakukan ketaatan, bahkan mendapat kemanisan hasil ketaatannya itu. solat dirasakan manis dan asyik. tidak terasa masa berlalu. jiwa rasa tenang, lapang dan tenteram.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)
Oleh itu, tidak hairanlah jika para sahabat begitu lama dan banyak solatnya. mereka telah mendapat kemanisan drpd solat itu. kkuatan hati hasil kemanisan iman mengalahkan rasa malas, letih, berat utk beramal. Rasulallah bersabda
"Perkara dunia yang aku sukai ialah; wanita, wangian dan dijadikan soalt sebagai buah hatiku" (riwayat al-bukhari)
Mendapat pertolongan daripada Allah. Golongan ini mendapat bantuan Allah dalam apa jua perkara yang diusahakannya. Mereka tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh yang ramai. mereka dapat mengatasi tipu daya musuh yang bijak.
Golongan inilah yang disebut dalam hadith; "Ada di anatara hamba2ku yang mendekatiku dengan amalan2 sunat hingga matanya adalah mata-Ku yang melihat..." (riwayat bukhari)
insyaAllah, in the next post. we'll look at some of the ways to help us attain this highest level of hidayah. untuk menjadikan kita lebih Haybat. Untuk menjadi Super Saiya dalam ketaan dan meninggalkan maksiat insyaAllah.
3 comments:
mother
mother?
i'm not always read long entry but when I do, it was just like what ust pahrol mohamad joui said this morning.. ^^
nice lahhh!!
Post a Comment