Monday, July 16, 2012

The Only Constant Thing is CHANGE (part 3)

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan kpd tetamu2 blog ini.

Post ini, adalah rentetan daripada 2 post saya yang lepas tentang HIDAYAH. post2 yg lepas mengupas sedikit sebanyak tentang apakah itu hidayah? dan apakah jenis2 nya?

Todays post will focus more on the HOW.. Bagaimana untuk kita mendapat Hidayah? more specifically, Hidayah Taufik

Jadi boleh juga jika hendak diletakkan "Bagaimana Mendapat Hidayah Taufik?" sebagai title post ini.

here, we're gonna discuss 5 ways in which we can obtain his Guidance.


Hidayah Taufik adalah hidayah teratas sekali dan paling berharga. hanya dengan hidayah ini, manusia akan dapat kekuatan utk mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya. Tanpa hidayah ini, manusia akan dimurkai Allah selaras dengan firmannya;
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah sekiranya kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya"
(As-Saff 61:3)

sebelum meneruskan bicara, saya ingin menegaskan bahawa bukanlah niat saya utk menakut-nakutkan anda dengan ayat ini... ayat ini sekadar peringatan kepada diri kita... supaya dalam kita mempelajari apa-apa sahaja ilmu, dan sambil kita mengajarkannya kepada orang lain, baik rakan2 kita, adik- beradik kita, saudara-mara kita dan keluarga kita, janganlah kita lupa utk mengamalkannya!

It's kinda sad actually, apabila sesetengah orang menggunakan hujah/ayat ini utk mereka tidak sampaikan ilmu yang ada pada mereka kepada org lain.
"ish, saya pun x buat nak nasihat org?!"
"ish, ilmu saya xdelah tinggi mana, ramai lagi yg boleh sampaikan"
tetapi mereka lupa atau tidak tahu barangkali bahawa ayat-ayat utk menyampaikan ilmu jauh lebih banyak daripada ayat seperti di atas! ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat" Jadi dapat kita simpulkan di sini bahawa keutamaan kita adalah utk menyampaikan, kita buat tak buat tu soal kedua... bukan menepikan soal kedua itu, tetapi meletakkanya selepas soal pertama, iaitu menyampaikan ilmu... barulah masyarakat naik!

Saya suka bawa Analogy Epal dalam situasi begini. jika saya ada sebiji epal, dan anda ada sebiji epal. saya beri saya punya kepada anda, dan anda punya diberikan kepada saya. masaing2 dapat 1 epal. nothing changes. betul?
Tetapi jika 2 orang saling bertukar ilmu, atau pengalaman, masing-masing akan pulang dengan 2 ilmu!
Samalah juga sekiranya 4 orang berkumpul, masing-masing datang dengan satu ilmu, pulang dengan 4! kalau setiap orang itu datang dengan 2 pula, masing-masing pulang denga 8! itulah sebenarnya keseronokan yang dirasai oleh orang yang mengikuti usrah.
Subhanallah... itulah apa yang Islam bawa, apa yang nabi kita galakkan, apa yang Allah hendak...

So this is me, doing what i've just said above, my only hope is that you. yes YOU.
will apply what they have gained today in your life, and share it with someone else. ;)


So back to our topic

HOW AH?

1. Jalan Mujahadah

Menjadi lumrah alam, bahawa sebelum sesuatu kebaikan itu menjadi manis, kita perlulah bersusah dahulu memaksa diri melakukannya. Walaupun pada mulanya sesuatu amalan itu belum terasa manis, tetapi teruskanlah mengamalkannya. Sedangkan bisa pun boleh "tawar" apabila dibiasakan, apatah lagi kebaikan dan ketaatan yang pada hakikatnya memang fitrah manusia. No Pain, No Gain.

Beleive. Yakinlah, bahawa apabila kita menunjukkan kesungguhan yang padu untuk memimpin dan mengubah diri, Allah s.w.t past membantu kita. bukankah Dia telah berfirman;



"Dan mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkan Kami (Allah), sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Al-'Ankabuut 29:69)

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Mujahadah dalam makna yang praktikal ialah melakukan sesuatau yang perlu dilakukan walaupun kita tidak menyukainya. Ia sukar dilakukan tanpa keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Kabanyakkan manusia hanya melakukan perkara yang suka dilakukannya walaupun pada hakikat perkara itu tidak perlu dilakukan, bahkan kadang-kadang memudaratkan pula. na'uzubillah min zaalik (semoga Allah jauhkan kita daripada yang sedemikian).

It all comes down to the same thing, most of the times. a Conflict.
kita sentiasa dihadapkan dengan dua perkara.
Pertama   -   perkara yang perlu kita lakukan
Kebua     -   perkara yang suka kita lakukan.
dan kedua-duanya biasa saling bertindak secara bertentangan antara satu sama lain. biasanya perkara yang perlu kita lakukan itu adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan. tidak perlu rasanya untuk memanjangkan post ini dengan memberi contoh. i'm sure you could come up with better ones that mine. :)

yang penting, utk mendapat hidayah taufik, kita mesti lakukan perkara yang kita perlu buat walaupun kita tidak suka melakukannya. oleh itu, tidak ada pilihan buat kita melainkan memaksa diri utk melakukan suatu yang perlu kita lakukan! kita perlu memaksa diri melawan rangsangan yang menggoda diri kita utk melakukan perkara yang disukai.

antara tanda2 orang yang telah berjaya mendapatkannya. perkara yang perlu dilakukan itulah yang suka dilakukannya! contohnya Solat di awal waktu. Nabi sendiri pernah berkata 3 perkara yang disukainya adalah solat, wanita dan minyak wangi. see how Solat comes before women? maksudnya nabi suka, syok, best dan feel menunaikan solat. rindu kepada solat. ternanti-nanti waktu solat.

One might argue that melakukan sesuatu yang kita suka lakukannya kurang ganjarannya berbanding jika kita bersusah payah melakukkannya. Saya tidak bersetuju dengan arguement ini. hujjah saya adalah hadith nabi yang ke-25 daripada Hadith 40 imam nawawi

"Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala (mengadakan hubungan dengan isteri)? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.

yes, it's just as you've understood it. having sex between a lawful husband and wife dapat pahala! (ingat, selain daripada itu berdosa.) See, the fact that you enjoy doing something does not reduce it's value, jika iadilakukan kerana Allah.
Another point, despite the pleasure of such a relationship, Solat was dearer to the prophet that such a relationship!
"itu nabi, bolehlah" i hear a few people say. but no, it makes sense actually. Bukankah Solat itu kita sedang communicate dengan Yang Paling kita Kasihi dan yang Paling Kasih kat Kita? yes, A L L A H.
sebaik manapun seorang suami/isteri. pasti akan ada tahap kesabarannya, tahap toleransinya. sang isteri minta duit, suami bagi. kali kedua bagi, tetapi asyik2 mintak je. beli benda tak patut pulak tu. pasti akan ada limitnya.
Tetapi Allah begitu ke? jauh sekali. bahkan sebaliknya! semakin kita minta daripadaNya, semakin Dia sayang kepada kita! wah best kan kalau pasangan macamtu? beruntung la siapa dapat pasangan camtu, tetapi susah kot (ada ke?). Bahkan kadang-kadang tu, Allah rindu suara kita, jadi Dia berkata kepada malaikat "pergilah kepada si fulan, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya" [hadith riwayat Thabrani dari Abu Umamah]

:'( Ya Allah, sayangnya Allah pada kita! kita je yang x reti nak appreciate kadang-kadang.
You know how they say you can never repay what you mother has done for you, given to you?
Well , you can never repay the One that Gave you your mother and so so so so so much more. A L L A H. jadi bukankah Dia yang paling berhak, paling patut mendapat kasih sayang kita?


"... Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidaklah dapat kamu menghitung bilangannya (kerana terlalu banyak). Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya."
(Ibrahim 14:34)




"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim 14:7)


is it too much that He asks us to pray 5 times a day, fast in the month of ramdhan? terlalu banyak ke? berat sangat ke? tak malukah kita hari-hari menghirup udara pemberiannya, menikmati kesihatan yang diberinya, memakai baju yang diberikannya? bersama keluarga pemberiannya (kalau diteruskan xkan habis post ni)
hari-hari menikmati nikmatnya, tetapi teralu sedikit waktu kita luangkan untukNya? bukan tujuan kita diciptakan adalah utk mentaatinya, beribadat kepadanya. bukan apa, last-last utk kita juga. dapat syurga. semua cakap nak masuk syurga. tapi berapa ramai pulak yang membernarkan kata-katanya melalui perbuatannya?


"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
(Adz-Dzaariyaat 51:56) 


Jka kita miliki handphone. tetapi handphone itu tidak boleh menerima panggilan mahupun sms. apatah lagi membuat panggilan atau menghantar sms. pasti kita buang handphone itu. betul? sebab apa, ia tidak menjalankan fungsinya. tujuan ianya dicipta. cuba kaitkan dengan ayat di atas? What will Allah do with us once our time his come, jika kita tidak memenuhi tujuan penciptaan kita? cuma nak ingatkan jangan kita sempitkan ibadah itu kepada solat, puasa, zikir, baca quran, sedekah dan sebagainya semata-mata. apa-apa sahaja yang kita buat sehinggakan makan, minum dan tidur! jika diniatkan kerana Allah, iA akan dikira sebagai ibadah di sisinya...Ya Allah, mudahnya buat pahala. bahkan meniatkannya sahaja dah dikira sebagai pahala, x buat lagi. kalau dibuat ditambah lagi pahala baginya. Dosa tidak begitu. jika diniatkan Allah suruh malaikat jangan catat dulu. dia buat baru catat. Ya Allah sayangnyaMu kepada hambaMU!
T.T

hmm... rasa cukup kot utk kali ini... jom try amal langkah pertama ini dulu, sebelum move on kepada lagi 4 cara mendapat Hidayah taufiq. ikut plannya nak tulis post ni daripada bulan lepas lagi, tapi dengan xde internet, examnya dan segala bagai, x tertulis post ni. SubhanAllah kita hanya mampu merancang, Allah juga merancang. nampaklah hikmah perancangan Allah di situ. di ambang ketibaan Ramadhan, saya dapat merasakan this post being published now, telah memberi kesan yang lebih bermakna kepada hati tuan kepada jari-jemari yang menulis post ini. harapnya anda pun begitu...


Jom, jangan lepaskan peluang Ramadhan kali ini. who knows it may be our last?

Yang baik itu daripada Allah, yang kurang itu daripada kelemahan diri saya sendiri.

(to be continued... )

[links to the previous posts]
part 1 - http://chrono-constitution.blogspot.com/2012/03/only-constant-thing-is-change-part-1_04.html
part 2 - http://chrono-constitution.blogspot.com/2012/05/only-constant-thing-is-change-part-2.html

1 comment: