Tuesday, February 15, 2011

Berjaga2 lah kita

Sesiapa yang pernah membaca *tafsir "fii zilal al-Quran" karangan Sayyid Qutub, surah pertama dalam juzu 30 iaitu surah an-Naba, sudah pasti hatinya tersentak dan tersenuth oleh mesej yg ingin Allah smpaikan... peringatan tentang kekuasaan Allah, keasaan hari kiamat dan balasan bagi org yang melampaui batas dan ganjaran bagi orang yang bertaqwa

* 'Tafsir Al-Quran' berbeza dgn 'terjemahan Al-Quran'... terjemahan hanya membari maksud kasar kalimah2 Allah, manakala tafsir menghuraikan maksud di sebalik ayat2 tersebut...



Hadis-hadis tentang Kiamat

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmidzi

1) - Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a., katanya,

Rasulullah s. a. w. telah bersabda: ”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. – Sahih Bukhari

nak tanya, dah jadi ke belum?

2) - Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

moga2 kita terkecuali daripada tergolong dalam golongan ini

3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

Daripada Abdullah Bin Amr Bin ‘Ash r.a. berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bahawasanya ALLAH S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi ALLAH S.W.T. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama’.

Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama’ , orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” - Riwayat Muslim.

nak tanya, sedang berlaku ke tak?

4) Bermaharajalela alat muzik

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita – Ibnu Majah

kenapa rusuhan diboldkan? tunisia, egypt, negara2 arab... ring a bell?

5) Menghias masjid dan membanggakannya

Berkata Ali bin Abi Talib,
Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat
.”

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid – Riwayat Nasai.

perasan tak, lawa2 je masjid skrg kan?

6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

na'uzubillah minzaalik

7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran– Riwayat Ahmad ”

8) Ramai orang soleh meninggal dunia

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

Ya Allah, jika dipanjangkan umur, tapi kami terpedaya dgn nafsu, syaitan dan tipu daya musuh2 Islam... lebih baik diambil saja nyawa ini (utk pelihara diri kami)

9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia – Riwayat Thabrani

10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.”Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

please take note my dear sisters. you are one of our greatest strengths (isteri solehah dan supportive) but also our greatest weakness


*post ini sekadar perkongsian bersama...

'fazakkir, inna zikra tanfa'u lilmukminin'... hakikatnya, kita perlu kepada peringatan... biarpun peringatan itu pernah kita dgr bnyk kali... jgn kita merasa bosan, menyampah atau menyombong diri...


2 comments:

islahmujahidin said...

- Like ..

sudah menjadi tanggungjawab ..org yg menulis perlu mendahului amal drpd yg membaca

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

couldn't agree more