Monday, July 25, 2011

Perkahwinan dalam Islam

Perkahwinan adalah keperluan hidup manusia yang mesti dipenuhi. Ia menjadi suatu kemestian dan kewajipan bagi umat Nabi Muhammad SAW yang telah mencukupi syarat-syaratnya agar terselamat daripada terjerumus ke lembah kehinaan.

Tujuan berkahwin bukanlah semata-mata untuk memuaskan nafsu dan memenuhi tuntuan batin, malah mengandungi hikmah yang besar di sebalik perkahwinan yang dibina. Namun demikian, kita dapati ramai di kalangan pasangan yang berkahwin pada hari ini tidak memahami apakah tujuan perkahwinan yang sebenar.

Supaya perkahwinan menjadi suatu ibadah, juga sunnah Rasulallah SAW yang boleh membawa seseorang hamba itu kepada ketaan dan ketakwaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT, maka setiap pasangan yang ingin berkahwin mestilah mengetahui tujuan dan hikmah perkahwinan sebagaimana berikut:

1. Perkahwinan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Setiap perbuatan yang dilakukan oleh seseorang hamba dengan niat tulus ikhlas dan tujuan yang baik demi mengharapkan keredhaan Allah SWT pastinya akan mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak. Begitu juga halnya sekiranya seseorang itu berkahwin untuk mengelakkan diri daripada maksiat, dalam masa yang sama bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabda Rasulallah SAW;
"2 rakaat solat yang dilakukan oleh orang yang telah berkahwin lebih afdhal daripada 70 rakaat yang didirikan oleh orang bujang" - Abu Hurairah

Seseorang yang telah berkahwin akan merasa lapang fikirannya kerana tuntutan batinnya telah dipenuhi dan tiada lagi gangguan syaitan yang sentiasa mendorong menusia ke arah noda dan dosa serta maksiat. Kaitan daripasa itu, dia akan dapat menunaikan ibadat dengan lebih berkesan

Sebagai seorang yang bergelar duami akan menempuhi pelbagai ujian dalam mencari sesuap rezeki yang halal atau dengan kata lain mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak di samping menguruskan keluarganya. Usaha sedemikian sudah tentu dikira sebagai ibadat dan mendapat ganjaran pahala.

Sabda Rasulallah SAW;
"sesungguhnya, apa jua nafkah yang engkau berikan dengan harapan memperoleh keredhaan Allah, pasti mengkau mendapat pahalanya bahkan apa jua yang engkau suapkan ke mulut isterimu" - Bukhari dan Muslim

Sabda Rasulallah SAW;
"Sesiapa yang membiayai penghidupannya sendiri tanpa meminta sedekah, itu adalah sedekah dan sesiapa yang membiayai anak, isteri dan ahli keluarganya juga adalah sedekah" - At-Tabrani

Pengertian ibadah dalam Islam amatlah luas. Setiap perbuatan yang bertunjangkan keikhlasan kepada Allah SWT akan mendapat pahala dan dikira sebagai ibadat. Begitu juga halnya apabila seseorang itu berkahwin ikhlas kerana Allah SWT. Bahkan lebih daripada itu, Rasulallah SAW ada menyatakan di dalam satu hadith bahawa orang yang sudah berkahwin telah sempurna separuh agamanya;

"Apabila seorang hamba Allah beristeri, maka dia telah melengkapi sebahagian daripada agamanya. Oleh itu, dia hendaklah bertaqwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagian lagi" - Al-Baihaqi

Ibnu Abbas ada berkata

"Hendaklah kamu beristeri kerana sehari kamu hidup beristeri lebih baik daripada seribu tahun beribadah"

2. Perkahwinan boleh menhaga diri daripada melakukan maksiat dan dosa.

Perkahwinan merupakan jalan penyelesaian terbaik untuk memelihara kehormatan diri manusia bagi membezakannya dengan haiwan yang tidak berakal. Masyarakat yang tidak menjadikan syaria perkahwinan sebagai jalan penyelesaian dalam menyelesaikan permasalahan sosial yang kian meruncing atau memayah-mayahkannya akan menemui akibat yang maha dahsyat sebagaimana yang berlaku pada hari ini iaitu jenayah zina berleluasa dan bercambahnya anak-anak luar nikah

Sabda Nabi SAW;
"Wahai golongan pemuda! barangsiapa di kalangan kamu yang telah mampu berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin akan lebih menjaga pandangan dan kemaluannya akan lebih terpelihara. Barangsiapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah pelindung baginya."

Berkata imam Qurtubi:
"Orang bujang yang sudah mampu berkahwin dan takut diri dan agamanya menjadi rosak sedangkan tiada jalan lain untuk menyelamatkan dirinya melainkan dengan jalan berkahwin, maka tidak ada perselisihan pendapat tentang wajibnya dia berkahwin. Jika nafsunya yang mendesak sedangkan dia tidak mampu membelanjai isterinya, maka Allah akan melapangkan rezekinya (surah an-Nur; ayat 32)"

3. Perkahwinaan dapat memenuhi tuntutan fitrah manusia

Perkahwinan merupakan salah satu daripada fitrah semulajadi manusia. Ia seumpama fitrah makan, minum, rehat dan sebagainya yang mesti depenuhi. Setinggi mana pun darjat manusia di sisi Allah SWT tidak akan terlepas daripada menunaikan fitrah perkahwinan. Contohnya, Nabi Muhammad juga berkahwin dan mempunyai zuriat.

Kisah Adam dan Hawa sudah cukup untuk membuktikan hakikat ini. Bahkan pembunuhan yang pertama berlaku dimuka bumi ini, antara Qabil dan Habil juga berkatian dengan tuntutan fitrah semulajadi manusia. Tanpa perkahwinan, masakan kita qujud pada hari ini sebagai hamba dan khalifah Allah SWT

4. Perkahwinan membolehkan naluri seks disalurkan ke tempat yang betul

Naluri seks atau keinginan kepada yang berlainan jantina adalah anugerah Allah SWT kepada semua makhluk yang hidup di muka bumi ini demi meneruskan kesinambungan generasi makhluk terdahulu.

Ia merupakan naluri yang paling kuat dan keras menuntut jalan keluar. Sekiranya jalan keluar tidak ditemui atau cuba disekat, ia boleh mengganggu emosi dan fikiran. Akhirnya mendorong seseorang itu melakukan perkara-perkara haram seperti onani dan zina.

Melalui perkahwinan kita dapat menyalurkan naluri seks ke jalan yang betul, diredhai Allah SWT, bahkan mendapat pahala. Jiwa, emosi dan fikiran akan lebih terkawal dan berkembang dengan sihat. Mata pula akan terkawal daripada melihat perkara-perkara yang haram, manakala perasaan menjadi tenang setenang air di kali keran atelah menikmai sesuatu yang dihalalkan oleh agama.

Firman Allah SWT (Surah Ar-Rum, ayat 21)
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah SWT, dia menciptakan bagi kamu pasangan dari dirimu sendiri agat kamu hidup tenang bersamanya, cinta kasih sesama kamu. Sesungguhnya yang demikian itu merupakan tanda-tanda (kekuasaanNya) bagi kamu yang berfikir"

5. Perkahwinan adalah jalan terbaik untuk menjaga keturunan

Menjaga kemuliaaan keturunan adalah suatu perkara yang amat dituntut oleh agama. Islan juga menyarankan kepada penganutnya supaya memilih pasangan masing-masing dari kalangan orang-orang yang baik keturunannya. Ringkasnya, kemuliaan keturunan merupakan suatu perkara yang begitu penting dan dititik beratkan oleh agama.

Melalui perkahwinan, kita dapat menjafa diri daripada tergebak dengan maksiat seumpama zina yang akan meruntuhkan kehormatan diri dan keluarga serta menatijahkan keturunan yang kotor dan jijik serta rendah pada pandangan mata manusia yang beriman dan bertamadun. keturunan yang berasal daripada jalan yang tidak halal akan berterusan di atas landasan tersebut bahkan lebih teruk daripada itu (na'uzubillah). Bak kata pepatah; "ayah kencing berdiri, anak kencing berlari"

6. Perkahwinan menjamin kesihatan individu dan masyarakat

Perkahwinan boleh mencegah seseorang itu daripada melakukan zina yang boleh mengakibatkan pelabagai penyakit kronik terutamanya AIDS. Orang yang melakukan zina juga akan mengalami masalah kesihatan mental, rohani dan jasmani serta sentiasa berasa dalam keadaan resah, gelisah dan tidak tenteram kerana dihantui rasa bersalah dan berdoa kepada allah SWT.
Sabda Rasulallah yang bermaksud:

"Ada 7 golongan yang mausia, allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa (melainkan mereka bertaubat). bahkan Allah berfirmah kepada mereka:
"Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya.: Tujuh golongan tersebut ialah
1. orang yang melakukan homoseks
2. orang yang kahwin tangan (melancap)
3. orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang
4. orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat)
5. orang yang berkahwin antara ibu dan anak
6. orang yang berzina dengan isteri jirannya
7. orang yang mengganggu jirannya
(hadith riwayat At-Tabrani)

Rasulallah SAW bersabda
"Apabila kejahatan berlaku ke atas sesuatu kaum secara terang-terangan, kaum itu pasti akan ditimpa bala dan wabak iaitu penyakityang belum terjadi kepada kaum yang terdahulu"

7. Perkahwinan mencetuskan naluri keibubapaan dan kasih sayang terhadap anak-anak

Selepas seseorang itu berkahwin, dia akan dikurniakan zuriat. Kaitan daripada itu, akan timbul rasa kasih sayang terhadap zuriat yang dilahirkan itu. Kasih sayang dan cinta juga akan bertambah dari hari ke hari di antara suami dan isteri. Suami akan merasakan dirinay sebagai bapa yang bertanggungjawab melindungi keluarganya dan mencari nafkah yang halal, manakala isteri merasakan dirinya sebagai ibu yang bertanggunjawab membesarkan anak-anak di bawah naungan agama supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

8. Perkahwinan bertujuan mendapat zuriat yang baik dan halal

Perkahwinan juga bertujuan mendapatkan zuriat yang halal sebagai waris kepada generai akan datang dan sebagai satu bentuk rezeki dari Allah SWT. Zuriat yang soleh dan solehah amat diimpi-impikan bagi setiap pasangan berkahwin agar ianya dapat membantu mereka ketika berasa di satu alam yang tidak bermanfaat lagi harta, pangkat, anak-pinak yang ramai melainkan doa dan amalan soleh yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

Sabda Rasulallah:
"Apabila matinya anak adam, akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekar Jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak-anak soleh yang sentiasa mendoakan untuknya" - Hadith riwayat Muslim

Firaman Allah SWT:
وَاللّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ
"Dan Allah SWT menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada isteri-isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu dan memberikan rezeki kepada kamu dari yang baik-baik, maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil." (Surah An-Nahl, ayat 72)

Sabda Nabi SAW:
"Hendakalah kamu berkahwin agar dapat melahirkan keturuanan, maka sesungguhnya aku berbangga apabila melihat umatku paling ramai jumlahnya pada hari kiama nanti."
-hadith riwayat Al-Baihaqi

‎"رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا..."
Our Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes and give us (the grace) to lead the righteous

Kasih-kekasih :)

2 comments:

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

Hey, Anas... Ramadhan shouldn't be for thinking about marriage!

or isn't it?... it all depends on how you look and think about it acually... bukankah Ramadhan bulan untuk beribadat? dan bukankah Pernikahan itu antara sebaik2 ibadat?

dah lama actually nak post ni... but i waited for Ramadhan... now why is that?... well you see, during Ramadhan, syaitan2 dibelenggu... jadi fikran kita akan lebih tenang, lebih cenderung kepada bisikan2 keimanan berbanding dengan bisikan2 kemungkaran dan syaitan... kita akan melihatnya secara lebih matang, how it can bring us closer to Allah, how it can make us a better person, thinking more maturely etc.

dan biasanya bulan ini, umat Islam lebih rapat dengan tuhannya...

jadi, what better time than Ramadhan to give this topic a thought (face it, we're all gonna have to think about it one day or another. what better time to do so than in Ramadhan)

also, bulan Mulia ini, doa2 iA mustajab dan dimakbulkan... lagi2 time berbuka and bersahur... :)
Jadi rugilah siapa yg tidak mengambil peluang ini mendoakan yang baik2 utk dirinya, keluarganya dan sahabat2nya...

wallahu'alam

Anonymous said...

true