Sunday, April 24, 2011

small heart

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati" I'm so confused..
Anak:Kenapa orang kecil kan hati kita, kita pulak yg berdosa?

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa2 pun?

Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur sebentar..

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dri Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu?Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yg dh leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut,bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... ook....

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan2 kita. "Dia dh banyak buat aku mcm ni, mcm tu..." dn sebagainya. Dan kawan2 kita pula akan cerita pada kwn2 lain. "Kesian kwn kita tu.. budak tu dh byk sakitkan hati dia,....." jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili

So, the conclusion is.. jangan mudah terasa hati.. Maknanya kita tak redha dengan Allah.. Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na'uzubillah.

from here

Monday, April 4, 2011

I want one!

random post (ambik drpd blog khairi)

Sunday, March 27, 2011

it's been a week since i've arrived at egypt... and it's been that long since i've been online....
kat rumah xde internet...

in brief ketara jugak the changes here, the streets are much cleaner, the people happier, friendlier... orang2 ikhwan muslimin pun dah boleh berdakwah secara terbuka sekarang... alhamdulillah2, semoga revolusi di mesir menjadi titik tolak kepada revolusi jiwa pula, yang hakikatnya ramai yang masih tertidur...

dunia sekarang bnyak benda yang salah dah jadi normal dan tidak lagi dianggap pelik
dan banyak pula benda yang betul dah jadi jarang dianggap pelik pula...
teringat pula hadith Nabi yang berbunyi

"ISLAM DATANG DENGAN ASING, ISLAM BERAKHIR DENGAN ASING, SESUNGGUHNYA SANGAT BERUNTUNGLAH PADA MEREKA YANG TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG ASING"

"eh? awak xde boyfriend? biar betul? tipu la..."
biasa x dgr?... kalau orang cakap
"eh? awak x pernah bunuh orang? biar betul? tipu la..."
baru kita terasa pelik...

*mintak maaf awal2 kalau ada org terasa...

tapi begitulah, we all have goals and aspirations... but what is our BIGGEST goal?
no, seriously take a second to think about it... get a job? get married? have kids? travel around the globe? then what? like what stephen covey says in his book "the 7 haibts of highly effective people "Start with the End in mind"...
literally, where would we like to 'END' up? and are our actions in accordance to where we would like to end up?...

a few hadiths i looked up, and found appropriate. (anyone can look them up nowadays with the internet... tinggal nak tak nak je..)

"« Sesungguhnya malaikat yang disebelah kiri akan mengangkat penanya selama enam jam (tidak menulis lagi dosa tersebut) terhadap hamba muslim yang berbuat kesalahan,jika dia menyesal dan meminta ampun kepada Allah dari dosa tersebut maka akan dilemparkan sahaja dosa tersebut,jika dia tidak berbuat demikian,maka akan ditulis sebagai satu dosa » (hadith riwayat Imam At-Thobrani dari Abu Umamah di dalam Al-Kabir)

« Daripada Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang » (hadith riwayat Imam Bukhari)

“Sesungguhnya perumpamaan orang yang melakukan kejahatan-kejahatan kemudianya melakukan kebaikkan-kebaikkan seperti seorang lelaki yang memakai baju perang besi yang sempit,sehingga mencekiknya,kemudianya apabila dia membuat amalan kebaikkan maka terbukalah suatu lubang,kemudian dia melakukan kebaikkan yang lain dan terbukalah lubang yang lain sehinggalah terbuka kesemuanya dan jatuh ke atas tanah” (hadith riwayat Imam at-Thobrani di dalam Al-Kabir )


ok lah, it's nearing maghrib, will be signing off for now...

"ya Allah, terangilah hati-hati kami dgn cahaya hidayah mu, sepertiana Engkau menerangi bumi dengan cahaya matahari-Mu"



Monday, March 14, 2011

Versus


This book is SUCH a good read!!! ...
serious...
enough said

cepat, pergi cari

Tuesday, February 15, 2011

Berjaga2 lah kita

Sesiapa yang pernah membaca *tafsir "fii zilal al-Quran" karangan Sayyid Qutub, surah pertama dalam juzu 30 iaitu surah an-Naba, sudah pasti hatinya tersentak dan tersenuth oleh mesej yg ingin Allah smpaikan... peringatan tentang kekuasaan Allah, keasaan hari kiamat dan balasan bagi org yang melampaui batas dan ganjaran bagi orang yang bertaqwa

* 'Tafsir Al-Quran' berbeza dgn 'terjemahan Al-Quran'... terjemahan hanya membari maksud kasar kalimah2 Allah, manakala tafsir menghuraikan maksud di sebalik ayat2 tersebut...



Hadis-hadis tentang Kiamat

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmidzi

1) - Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a., katanya,

Rasulullah s. a. w. telah bersabda: ”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. – Sahih Bukhari

nak tanya, dah jadi ke belum?

2) - Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

moga2 kita terkecuali daripada tergolong dalam golongan ini

3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

Daripada Abdullah Bin Amr Bin ‘Ash r.a. berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bahawasanya ALLAH S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi ALLAH S.W.T. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama’.

Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama’ , orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” - Riwayat Muslim.

nak tanya, sedang berlaku ke tak?

4) Bermaharajalela alat muzik

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita – Ibnu Majah

kenapa rusuhan diboldkan? tunisia, egypt, negara2 arab... ring a bell?

5) Menghias masjid dan membanggakannya

Berkata Ali bin Abi Talib,
Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat
.”

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid – Riwayat Nasai.

perasan tak, lawa2 je masjid skrg kan?

6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

na'uzubillah minzaalik

7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran– Riwayat Ahmad ”

8) Ramai orang soleh meninggal dunia

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

Ya Allah, jika dipanjangkan umur, tapi kami terpedaya dgn nafsu, syaitan dan tipu daya musuh2 Islam... lebih baik diambil saja nyawa ini (utk pelihara diri kami)

9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia – Riwayat Thabrani

10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.”Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

please take note my dear sisters. you are one of our greatest strengths (isteri solehah dan supportive) but also our greatest weakness


*post ini sekadar perkongsian bersama...

'fazakkir, inna zikra tanfa'u lilmukminin'... hakikatnya, kita perlu kepada peringatan... biarpun peringatan itu pernah kita dgr bnyk kali... jgn kita merasa bosan, menyampah atau menyombong diri...