Monday, January 18, 2010

khas untuk anda

post kali ini khusus untuk mereka yang memegang jawatan; AJKT2, SR2, ketua lecture, ketua section, AJK2 unit etc.
dan secara umunya kepada semua yang membaca post kali ini.

sebelum itu... hadirkan bukan sahaja mata anda, tetapi hati anda apabila membaca post ini...

ingin saya mulakan post kali ini dengan sebuah ayat Quran; Surah An-Nahl(16);97

"Barang siapa mengerjakan kebajikan, baik laki2 mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan denga pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan"

sebagai orang yang diberi amanah, sering kita bekerja, berpenat, berkorban masa dan credit...
kadang2 syaitan akan berbisik kepada kita
"buat apa kamu penat2 ni? apa ko dapat? baik ko lepak2 je. enjoy! life is short babeh!"
dan laju je nafsu kita mengiyakannya!..
apa jawapan Allah kepada hasutan syaitan itu?... ayat yang kamu baca tadi la... dekat dunia lagi Allah menjanjikan kita kehidupan yang baik.. 'baik' itu sangat luas skopnya... belajar senang, dengan housemate/kawan2 xde masalah, duit mencukupi, keberkatan masa, orang belanja ^^ etc. (just use ur imagination!)... masyaAllah...
then the 2nd part Allah janjikan kita pahala yang lebih baik daripada apa yang kita kerjakan...
Allah tak sebut setimpal dengan apa yang telah kita kerjakan, tetapi 'lebih baik'!
MasyaAllah... cani la... kamu kerja sebagai waiter... kadar gaji adalah 50 ringgit sejam... tapi tiba2 majikan ko bermurah hati untuk bayar 200 ringgit! no strings attach... sape tak nak!...
so, diharap kita sama2 lebih bersemangat dalam bergerak selepas ini... yakinlah, tidak sia2 masa yang kamu 'infaq'kan itu... iA mereka yang infaqkan harta di jalan Allah, akan digandakan 700 kali!... (2;261)

then nak sebut jugak ttg benda yang paling penting dalam hidup kita...
NIAT
kita bekerja, belajar, beramal... tetapi perlu kita tanya balik.... untuk apa kita bekerja?...
untuk nama ke?, glamour ke?, orang ke?, persatuan ke?, terpaksa ke? Allah ke?

nabi pernah bersabda "
“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya adalah pada Allah dan rasulnya. dan sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.”
(Riwayat al-Bukhari).

kita sedekah for instance. kalau kita buat kerana nak orang kata kita ni bagus, pemurah...
kita akan dapat la... orang akan kata bagus, pemurah... tetapi setakat itu je la... Allah tak tengok pun. jadi cubalah kita untuk ikhlas dalam SETIAP perkara yang kita lakukan. iA dikira di sisi Allah sebagai kebaikan yang akan membantu kita di hari yang tiada pertolongan selain drpd Allah dan Rasulnya...

wallahu'alam...
sorry.. ini adalah post express... penulis agak kesempitan masa...
kalau tak dapat ambil manfaat yang besar, ambil menfaat yang sedikit pun jadilah...
iA khir... good luck semua!!

11 comments:

Anisah Ali said...

Syukran atas peringatan dan nasihat.Mudahan terus beri manfaat pada pembaca dan pengikut blog anas. :)

Mudahan ALLAH memberi kelapangan dan kemudahan dalam urusan2 anta.

::::aFiq FahiMy:::: said...

syukran,anas..

sbg semangat dan peringatan buat diri..


ila mardhatillah.. :)

hanif hafiz said...

syukran anas buat post utk kteorg

kepalakotak said...

monday january 4th 2010

+__+

islahmujahidin said...

Jazakallahu khairan Katheera =P

Alhamdulillah
kerana dapat bekerja bersama-sama insan yg faham..
"apa yg kita buat ini hanya AMANAH dari ALLAH dan bukan kerana nak dapatkan kelebihan yg sementara "

-semoga segala amalan kita diganjari ALLAH

yg lemah
-sahabatmu-

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

welcome guys... glad to have you guys as friends..

amin... ada apa ngan tarikh tu?

ammar lorh... said...

salam anas...
tarikh tu.....tarikh kekalahan amin kepada ko dlm pencalonan ketua bacth....hahah
tu yg dia pi karang cerpen kat majalah tibbians...now kan..dia agey mendapat perhatian walaupun kalah dlm pencalonan ketua bacth....hahaha
kidding2..hehe
ape2 pun.....nice la anas....
hehe
pahala2 ko tu,bg2 la skit kat akoo ea..hehehe
gudluck sume!!!!
salam
peace yo~

kEyNAh said...

tajdid niat~

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

amin ke yg tulis?... ni yg nak kena amik autograf ni... hehe..

yup... it's never too late to tajdid niat...

kepalakotak said...

sudah gaharu..

>__<

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

^^