Monday, June 1, 2009

Ooo, macam tu

Ooo, Macam Tu...

Bila kita ditanya apakah hari yang paling gembira dalam hidup kita? Pasti macam-macam jenis jawapan yang akan dikeluarkan. Antaranya mungkin dapat 4 flat, dapat kasut baru, dapat beg baru, dapat anak baru. Macam-macam peristiwa manis terlintas. Di sini saya ingin membawakan satu kisah seorang sahabat bernama Ka’ab bin Malik. Beliau adalah di antara golongan yang tidak menyertai peperangan Tabuk.


Akibatnya, Ka’ab bin Malik dan 2 orang lagi sahabatnya dipulaukan oleh orang ramai pada ketika itu, bahkan isterinya sendiri diperintahkan untuk memulaukannya. Kaab bin malik berasa sangat sedih kerana tiada orang pun yang mahu berbicara dengannya. Sehinggalah hari yang ke 50. Rasulullah berkata kepadanya “wahai Kaab bin Malik! Bergembiralah!” kerana Allah telah mengampuninya.


“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhka (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.”

(At-Taubah:118)


Jika hari yang paling gembira bagi kita adalah kerana kita mandapat kejayaan, mendapat beg baru atau anak baru tetapi bagi Ka’ab bin Malik hari yang paling gembira baginya adalah ketika taubatnya diampunkan oleh Allah Taala. Tiada apa lagi yang bernilai daripada kegembiraan ini.

Taubat ialah kembali kepada Allah disertakan dengan perasaan takut di dalam hati yang mendorong kita pulang kepadaNya. Ramai berpendapat taubat itu hanya diperlukan bila kita membuat dosa-dosa besar yang “serius” seperti membunuh, meninggalkan solat, mencuri dan lain-lain. Padahal sepatut nya manusia dan taubat itu adalah satu perkara yang sinonim. Manusia itu sangat perlu kepada bertaubat.sangat kepada tuhanNya hari demi hari.

Sebagai contoh, apabila kita tidak menundukkan pandangan, merewang mata melihat manusia berlainan jantina sedangkan Allah ada menyebut tentang perkara ini dalam surah An-Nur:30-31. Apabila kita melewat-lewatkan solat,sengaja solat di akhir waktu supaya memudahkan kita untuk terus menunaikan solat fardhu yang seterusnya. Inikah akhlak kita terhadap solat? Melewat-lewatkannya dan tidak khusyuk pula apabila menunaikannya.

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat. (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya"

(Al Maa’uun:4-5).

Kita mengeluh apabila mendapat keputusan peperiksaan,menunjukkan kita tidak bersyukur dengan ketentuanNya dan juga contoh lain, seperti menghampiri zina.

"Dan janganlah kamu mendekati zina"

(Al Israa’:32)

Allah tidak menyebut jangan berzina, bahkan Allah menyebut jangan menDEKATI zina. Maka apa-apa sebarang bentuk yang mengundang kepada zina telah terang benderang dilarang oleh Allah. Chatting tidak bermanfaat adalah permulaan zina hati. Tidak menjaga pandangan adalah zina mata , kata-kata bunga yang diucapkan di dalam tefon membawa pada zina telinga.

Terdapat juga maksiat yang kita “lupa” tentangnya. Sebagai contoh, ketika kita kecil, kita mencuri. Ketika remaja, kita tidak beradab kepada ibu bapa. Apabila dewasa, kita melakukan zina pula. Semakin meningkat umur, kita lupa tentang dosa-dosa yang kita lakukan dahulu. Kita hanya terus hidup tanpa melihat balik dosa-dosa silam yang kita lakukan dari kecil sepanjang kita hidup sehingga hari ini dan akhirnya kita lupa tentang dosa-dosa tersebut tanpa bertaubat. Bayangkan pada hari akhirat nanti, kita

ditanya tentang maksiat yang telah kita lakukan dan kita menjawab bahawa kita telah lupa tentang maksiat itu tetapi Allah telah berfirman di dalam Al-quran..

“Allah mengumpulkan (mencatat) amal perbuatan itu, padahal mereka telah

melupakannya"

(al-Mujaadilah:6)

Jadi rakan-rakan, marilah kita muhasabah diri kita. “Khalaskan” hutang maksiat kita dgn Allah. Kita maafkan rakan kita sebelum tidur. Kita berdoa bersungguh-sungguh supaya diterima taubat. Tidak dinafikan, memang hari-hari kita manusia pasti akan melakukan dosa-dosa tanpa kita sedari atau tidak. Cuma janganlah kita menjadi hamba yang sombong. Sudah berbuat dosa, namun masih tidak mahu lagi untuk mengaku di depanNya. Janganlah sehingga apabila kita melakukan dosa besar mana sekalipun, berulang mana sekali pun, kita sangsi dengan keampunanNya.

Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Az-Zumar:53)

2 comments:

Meru said...

zuuup..trase2..fuuuhh

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

i felt that way too when i read it...
and I hope many others get that feeling too...