Sunday, August 2, 2009

kaitan Akar dengan Pokok

Kita lihat sebuah pokok... cantik, teguh, tinggi, menakjubkan.... ada buah, orang boleh makan... boleh buat tempat berteduh, membersihkan udara yang tercemar, membekalkan oksigen... sebagai manisan di mata.... bnyk sungguh manfaat pokok itu...

Dalam kita mengagumi ciptaan Ilahi itu, nampakkah kita akan akar pokok tersebut?... tidak, malah, akar terletak di dalam tanah, hina, dipijak2...
seolah2 tidak dihargai.... padahal, akarlah yang memastikan pokok teguh di tempatnya, memberi nutrisi kepada buahnya, mengelakkannya daripada ditiup angin taufan...
... katakanlah suatu hari, akar mengabaikan tugasnya.. tumbangla pokok, hilangla buah dan matila pokok... tapi tidak pernah ia berbuat begitu!... akar tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya... dan sebab itulah pokok tersebut sebegitu!! (cantik, teguh dan berguna)


boleh kita kaitkan akar dengan diri kita sendiri, dalam berat kita hadapi dugaan.. adakah kita kecundang dan Give Up, atau kita terus bersabar dan tabah?.... tepuk dada tanya iman...

Sometimes in Society/Persatuan/Batch/Family/Negara... kita merasakan diri kita tiada peranan, diabaikan, worthless......
yang orang nampak...
Pengerusi, AJK, yang selalu jadi Pengerusi Majlis, Perdana Menteri, Naqib, Abang, Kakak, Wakil Rakyat, Ketua Batch, Ketua Section, Ajk Program etc...

tapi sedarkah, mereka seperti buah, daun, ranting dan dahan... tidak dinafikan mereka berperanan... malah mereka SANGAT berperanan.... tanpa mereka istitusi tidak berjalan, malah will cease to exist!.. tetapi, adakah mereka ikhlas dalam menjalankan tugas mereka itu... atau, adakah hanya sekadar ntuk mendapat nama, respect dan pujian... itu kita serah kepada mereka...

kadang2 pula, pada mulanya mereka memang ikhlas... tetapi lama-kelamaan, dipuji..... syaitan dan nafsu menguasai diri mereka... na'uzubillah min zalik... dan saya yakin iA tidak ramai yang sbegitu... tambah2 yang saya kenal... iA

hakikatnya, setiap daripada kita merupakan akar, kepada setiap institusi yang kita meng'ahli'i... dan kita memainkan peranan yang BESAR sebenarnya... tanpa rakyat, tiadalah negara... tanpa murid, tidak ada makna cikgu dan skolah!... Captain, tidak mampu mencapai victory tanpa kerjasama drpd semua pemain lain.... dan begitu lah seterusnya...
upon contemplation... boleh dikira lebih bagus menjadi akar, maksud saya, usaha kita tidak diketahui orang ... tidak kita tergoda dgn pujian orang, tidak menjadi 'ujub', 'takbur' dan 'riak'... yang dikira ulama merupakan syirik kecil na'uzubillah.... malah dapat memupuk sifat ikhlas semata2 kerana Allah S.W.T...

yang sebenar-benarnya saya nak bawa di sini, adalah kita semua merupakan ahli kepada sebuah institusi yang terhebat di dunia, yang suatu ketika dahulu, memerintah hampir seluruh dunia... dan kita bertanggungjawab terhadap bangun runtuhnya istitusi tersebut. Yakni AL-ISLAM...
Mana tidaknya, jika bukan kita hendak menjadi 'role model'... siapa lagi?... bayangkanlah, seseorang non-muslim diberi petunjuk ntuk mengenali Islam, seterusnya berhasrat memeluk Islam, kemudian dia menyatakan hasratnya itu kepada keluarganya... keluarganya pun mengherdik dan mengutuknya "kamu nak masuk Islam, lihat sahaja orang islam sekarang.. hisap dadah, rempit, anak luar nikah bersepah2, mundur!"... maka tidak jadilah dia memeluk Islam.... who's to blame, WHO'S TO BLAME?!

jika berterusan begini, muslimeen, muslimat masih tidak menyedari peranan yang dimainkan oleh diri mereka sendiri... lambat lagi la rasanya ntuk kita mendapatkan balik khilafah... Di sini tidak saya minta saudara saudari memberi ceramah di masjid, mahupun mengajar mebaca Quran, atau mengaji kitab2 agama, ... cuma mohon
'be the best that you can be'
biar apabila orang menyebut ISLAM, yang melintasi minda semuanya perkara yang baik2 (beradab, menghormati, berkeyakinan.. senang cite semua sifat mahmudah) bukan vice versa...
Tapi jangan risau... ini hanyalah Gerhana, just an Eclipse... Islam pasti gemilang kembali, itu janji Allah, namun Janji itu disandarkan di atas usaha umat, usaha kita... juga Allah berjanji bahawa....
"Tidak akan aku mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"

dan benarlah janji Allah...

moral: jadilah sekurangnya2 seperti akar kepada pokok (Ilsam), biarpun siapa kita, biarpun di mana kita...

4 comments:

najihah. said...

okeyh..
lam usaha gak nih..
to be a better person..
tuk mndpt keredhanNya..
em,,u bet..
Islam pasti bangun..

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

yup... konsep dia senang je... today better than yesterday, and tomorrow better than today...

Anonymous said...

salam anas... Entry yg bagus utk light reading but meaning... Keep it up...

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

wassalam... thank you!

thing is... blog ni, rasanya yg paling selalu baca... adalah tuannya sendiri... huhu... so i should be the strongest root there is... i wanna stress on the 'should' there..