SalamUllah alaikum...
Ever since my name was short listed as a candidate for the Comitee Members (AJKT) of PERUBATAN (Persatuan Pelajar2 Perubatan Malaysia Mesir)... i was in a SigNifiCant dilemma on whether to accept the post, or step down from it...
But, before i proceed, i would like to thank all of those who wrote my name semasa penamaan calon dibuat... i appreciate the trust that you put in me, and it is not in my intention to let anybody down. This decision was mine to make, taking everything into consideration, after appropriate discussion, istikharah and contemplation.
I also hope that this post does not change the current candidate's 'stand' atau pendirian. Yang terus bertanding dan lebih2 lagi yang terpilih. InsyaAllah, biiznillah... 'Ajran Azeema' dan 'Fauzan Kabeera' milik kalian.
Saya juga minta maaf kerana tidak sekuat kalian...
the dilemma......
A part of me told me to accept the post.
People were counting on me, expecting great things from me (from what i heard).
Then, kalau bukan kita, siapa lagi? kan?.
Jadi AJKT bukan sibuk mana pun (belum jadi da pandai2 buat assumption).
I would also gain lots of experience by accepting the post, time-management, multi-tasking, communication skills etc. In short, it would transform me into a much more mature, trustworthy, reliable person. Not to forget a more suitable calon menantu... hehe.
Also, many verses fom the Quran and hadiths tell us to 'berjihad' and berbakti kepada orang lain. 'Erti hidup adalah pada memberi' kata Ust Hasrizal.
'Khairunnas yanfa'u lighairihi' - sebaik2 manusia, adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.
Dakwah juga akan lebih rancak dengan menjadi AJK.
Lastly Allah menjanjikan naungan pada hari Pengadilan kepada pemimpin yang adil.
So why not?...
On the contrary, another part told me to renounce it.
here's the letter i sent to the
Jawatankuasa Pilihan Raya Perubatan
>>>>>>>>>>>
Muhammad Anas bin Kamarudin,
Calon Ahli Jawatankuasa Perubatan Iskandariyah.
______________________________________________________________
Ahmad Syafiq Bin Zaharin,
Pengarah,
Jawatankuasa Pilihanraya
Perubatan Iskandariah. 1 January 2010
Tuan,
Rayuan menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya Perubatan Iskandariyah
Merujuk perkara di atas, saya Muhammad Anas bin Kamarudin, Calon Ahli Jawatankuasa Perubatan Iskandariyah, ingin membuat rayuan untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya perubatan Iskandariyah 2010.
1. Pertamanya, saya nak menjelaskan kepada pihak tuan bahawa saya bukanlah tidak mahu memberi apa-apa sumbangan dan khidmat kepada Perubatan, tetapi saya merasakan bahawa memegang jawatan sebagai AJKT bukanlah medan yang sesuai untuk saya menyumbang kepada persatuan. Ada pelbagai lagi cara saya boleh menyumbang kepada persatuan. Contohnya, seperti apa yang telah saya laksanakan sekarang, sebagai Student Representative, AJK2 kecil, menghulurkan bantuan, pendapat, sokongan dsb.
2. Menjadi AJKT merupakan amanah daripada Allah, yang akan dipersoalkan samaada terlaksana di akhirat kelak. Saya bimbang tidak dapat laksanakan amanah ini dengan sebaiknya. Saya juga menyedari hakikat bahawa saya ada amanah yang lebih besar daripada Allah, iaitu amanah sebagai pelajar. Dan melihatkan prestasi saya yang kurang memuaskan sekarang dan pada tahun lepas, saya bimbang amanah yang lebih besar dan lebih utama ini, akan tergugat dengan saya memegang jawatan ini. Selagi ‘result’ saya belum stabil, saya tidak ada niat untuk memegang jawatan sebagai AJKT perubatan. Dahulukan yang dahulu, kemudiankan yang kemudian.
3. Allah telah berfirman “tuminuuna bIllah, wa bil waalidayni ihsana”. Selepas beriman kepada Allah, Allah memberi keutamaan kepada kita untuk berbuat baik/mentaati ibu bapa, bukanlah berjihad atau berdakwah dsb. Sekiranya jihad deberi keutamaan daripada mentaati ibubapa, mungkin saya akan ‘consider’, tetapi setelah membincangkan perkara ini secara terperinci dengan ibubapa saya, dan keputusannya, mereka tidak merestui saya dilantik menjadi AJKT. ‘Allah tidak meredhai selagi ibubapa tidak meredhai’. Saya bimbang berkat dalam kehidupan hilang dan menjadi anak derhaka. Naudzubillah min zaalik.
4. Amanah ada dua jenis, atas ikhtiar kita sendiri dan yang wajib. Yang wajib, contohnya amanah sebagai seorang hamba, seorang anak, seorang khalifah, seorang penuntut ilmu. Yang di atas pilihan kita, sama ada untuk menerima atau tidak, adalah seperti menjadi AJKT PCI. Jadi saya ada hak untuk menolak atau menerima jawatan ini.
5. Walaupun menerima desakan daripada pelbagai pihak untuk menerima sahaja amanah daripada Allah ini (amanah pilihan), tetapi untuk memuaskan hati semua orang, adalah sesuatu yang hampir mustahil. Jadi keutamaan saya adalah memuaskan Allah, ibubapa dan diri sendiri dahulu. Kalau berkhidmat sebagai AJKT, tetapi tidak ikhlas dan dalam keadaan terpaksa, prestasi saya akan terjejas, orang lain tidak puas dan diri sendiri terbabas. Belajar, membantu dalam menjayakan program, dan ta’mur bil ma’ruf wa tanhau ‘anil mungkar juga dikira sebagai ibadat. Tanpa menafikan pahala dan ganjaran yang besar sebagai pemimpin yang adil.
6. Saya yakin, selain daripada saya, dikalangan 800+ pelajar di Iskandariyah ini, ada yang lebih layak, dan bersedia untuk menerima jawatan AJKT berbanding dengan saya.
7. Keputusan untuk saya menarik diri adalah suatu keputusan yang sangat sukar untuk saya buat. Pelbagai cara dan perkara saya laksanakan untuk membuat keputusan ini. Perbincangan, timbang tara, istikharah dan ‘contemplation’ telah saya buat. Dan keputusan inilah saya rasakan yang terbaik untukku, pada agamaku, duniaku dan kesudahanku.
Saya berharap permohonan saya ini dipertimbangkan oleh pihak tuan. Ingin juga saya merakamkan ucapan infinity terima kasih kepada pihak tuan atas masa, dan pertimbangan pihak tuan.
Sekian, Terima Kasih.
(MUHAMMAD ANAS BIN KAMARUDIN)
6 comments:
Semoga keputusan dibuat merupakan yang terbaik
Teruskan beristikharah, memohon agar Allah memberikan kebaikan atas keputusan tersebut
hope so too...
thank you faqih...
hey, i rasa la kan, it's ok klu u nk tarik diri..
u punya alasan, bagi i kukuh, and yg terbaik untuk u, insyaAllah..
semoga u dapat apa yg u nak, and semoga semuanya baik2 je..
DING!
ko tau ak nk ckp pe.
go go go go go
perghhh..
lg org bce alasan2 ko nih lg la org nk lantik ko..
a great leader plays with mind and great strategy, n certainly u r one of them (perhaps)
but sigh.. im just saying..
maybe its still too early, later on perhaps, until d people DESERVE someone like u, then on u would lead us..!!
until we deserve a good leader, then we wud have one.
Salam...
Anon.
thank you... hope we all get to fulfill our dreams..
kepalakotak
go where?
Tept
thanks for looking up to me like that... but i'm still just an ordinary guy...
Post a Comment