Saturday, May 30, 2009

Ukhwah Hakiki... part 2

before reading, it is STRONGLY recomended that you read part 1

click on the images for a better view
(preferrably in a new tab)

best kan?

p/s: permission to re'publish' comic has been requested from author

SPM maximum 10 subjek?????

Khamis Mei 28, 2009
SPM: Maksimum 10 subjek SPM mulai tahun depan
NILAI: Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.




personally I DON'T AGREE AT ALL ,despite all the "implikasi positif" stated in the original text...

the reasons why?... boleh la tekan link ke blog Arif Aizuddin, yang telah pun post 'bout this issue, then read the comments...

frankly ... I DON'T AGREE.
period...

eih ra'yak? (what's your opinion?)

Friday, May 29, 2009

Patah Tangan? wudhuk cane?

Peace be upon y'all, Assalamualaikum...

Today i felt like sharing what i got in 'Tafaqquh fiideen'... kelas yang agak versatile dianjurkan oleh Persatuan Pelajar2 Perubatan Mesir (PERUBATAN)... kelas ni merangkumi aqidah, feqah, hadith dan kitab2 masyhur...

a nurse applying a plaster cast on a patient

Have you ever had a fracture?... and your hand/leg needed to be placed in a 'plaster cast'?... i once fractured my 5th Metacarpal in form 5, time trial pulak tu... i had a plaster cast all the way up to my elbow... neway that's not what i wanna talk 'bout here...

The question is, in such a case how do you do ablution if your hand is in plaster casing?...

first things first... most us us follow imam Syafi'ie, right?... according to Imam Syafi'ie, there are certain conditions to be met, requires a combination of both wudhuk and then tayamum untuk ganti anggota wudhuk yang x leh kena air, and then solat perlu ganti bila dah buka balutan... but i don't want to elaborate on that, coz it's somewhat complicated...

it is much easier to follow Imam Malik,

1 - take wudhuk cam biasa,
2 - anggota yang dalam simen tu just sapu ,
3 - x perlu tayamum,
4 - solat sah
5 - x perlu ganti

N.B - but since ikut mazhab maliki, wudhuk kena ikut mazhab Maliki juga .... i.e ... time sapu kepala, kena sapu seluruh kepala depan ke belakang... (kalo wudhuk mazhab syafi'ie sapu sebahagian kepala je)


don't hesitate to discuss/ask...

Monday, May 25, 2009

Palestine Evergreen

~PALESTINE EVERGREEN~

TEMA:
Scent of Palestine , scent of jannah

ANJURAN:
JABATAN BENDAHARIPERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH

TARIKH:
25 mei 2009 –8jun 2009



Pihak Perubatan Cawangan Iskandariah dengan ini menganjurkan kempen Palestine dengan tema “Scent of Palestin,Scent of Jannah” iaitu sebuah kempen yang berobjektifkan untuk memupuk,mempertingk at dan mengekalkan semangat perjuangan terhadap isu-isu Palestin. Selain itu,kempen ini juga bertujuan agar dapat mendedahkan kepada ahli-ahli mengenai isu-isu semasa Palestin yang kini semakin hangat diperbincangkan. Oleh hal yang demikian,diharapkan para pelajar sekalian dapat menyokong penuh kempen ini supaya dapat dikongsi bersama intipati yang terdapat dalam program-program yang disediakan.

Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri.
I'm sure kalau ditanya "do you care about palestine?" the answer would be "Of Course!"but is it enough to just care?
I mean, our Mums for instance... yes we care, yes we love, but is it enough just to love and care?... "my mum knows I love her, no need la"... NO, of course it's not enough... that's why we wish her HAPPY MOTHERS DAY, give her a gift on her birthday, give her breakfast-in-bed,
so, show your support, show you care! If ada tabung Palestine, how much would you donate???


Berikut adalah antara cara-cara yang membolehkan untuk menyumbang apa-apa idea mengenai isu Palestin:

1) Letter from Palestine

-pelajar dijemput untuk menyokong kempen palestin ini dengan menghantar artikel,berita, sajak,cerpen, puisi,kuiz, gambar dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Palestin ke Alexmedicalteam. .
-diminta jasa baik anda semua untuk meletakkan tag line(tema) kempen di akhir posting anda.
Contohnya:
Tajuk artikel: Palestin Berdarah Kembali
Akhir petikan: dipetik dari laman web….. ~Scent of Palestine ,Scent of Jannah~

-anda juga digalakkan meletakkan link ataupun sumber posting anda sebagai rujukan. -setiap posting anda akan dikumpulkan di dalam blog rasmi kempen ini iaitu ~palestineevergreen .blogspot. com~


2) Palestine linkers:
-semua pengguna YM,Facebook, Friendster dan sebagainya dijemput untuk sama-sama memeriahkan kempen Palestine Evergreen dengan:
(a)mengedar dan menyampaikan link-link video,laman- laman web dan kata-kata yang berkaitan dengan Palestin melalui instant messenger.
(b)meletakkan status-status mengenai Palestin dan mempromosikan blog rasmi kempen palestineevergreen iaitu palestineevergreen. blogspot. com
(c)meletakkan poster-poster atau gambar berkenaan Palestin sebagai primary foto di YM, Facebook, Friendster dsb.
(d)meletakkan status berkenaan Palestin di shout out box,menggunakan background Palestin,mencipta soalan-soalan atau survey yang berkaitan Palestin,menyebarkan melalui bulletin-buletin tentang Palestin dan segala bentuk sokongan yang anda boleh tunjukkan.

3) BLOGGERS 4 PALESTIN............ ....

KEPADA PARA BLOGGERS,
ANDA DIGALAKKAN UNTUK MENGIKLANKAN KEMPEN INI DI BLOG ANDA , MENYIARKAN POST-POST BERKAITAN PALESTIN ,

MELETAKKAN BANNER-BANNER PALESTINE ,

MENGAJAK RAKAN-RAKAN BLOGGERS ANDA DI MANA SAHAJA UNTUK MENJAYAKAN KEMPEN INI...

MENGUBAH MOOD BLOG ANDA KEPADA MOOD PALESTINE (sekiranya boleh ) ,MENYERTAI SENARAI BLOG DI BLOG ~palestineevergreen .blogspot. com~. KETERLIBATAN BLOG ANDA PADA BLOG INIMENUNJUKKAN SOKONGAN ANDA PADA KEMPEN INI.



4) UCAPAN DAN PERSEMBAHAN
(VOICE OF PALESTIN)

KEPADA SEMUA PELAJAR , ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK MEMBERI SEBARANG UCAPAN, PANDANGAN, PERSEMBAHAN (PUISI, LAGU, SAJAK DSB) DI DALAM DEWAN KULIAH SEPANJANG KEMPEN BERJALAN SEMASA WAKTU LAPANG DI ANTARA KULIAH.

ANDA JUGA DIPERSILAKAN UNTUK MENYAMPAIKAN SESUATU YANG BERKAITAN PALESTINE DI MANA- MANA SAHAJA SPT SEMASA KELAS PRAKTIKAL, DI ASRAMA,DI RUMAH,DI KEDAI KOPI, MAHUPUN DI DALAM TEKSI SEKIRANYA BOLEH... =)



5) POSTER (PALESTINE ARTWORD MEDIA)

Semua pelajar diseru untuk mencipta poster, logo, screen saver, backround, template blog, sticker, t-shirt dan pape saje yg sewaktu dengannye asalkan berkaitan Palestine agar boleh digunakan oleh rakan2 dan sahabat handai yang lain.


6) LAGU DAN VIDEO
( PALESTINE STUDIO)


Pada sahabat2 yg ada BAKAT dan MINAT berlakon dan menyanyi tu , anda dijemput untuk menyumbang buah fikiran dalam penghasilan lagu mahupon video clip berkenaan Palestine. Sekiranya anda mempunyai koleksi2 video ataupun lagu yang berkaitan, anda digalakkan untuk berkongsi dengan semua pelajar.


sebarang persoalan boleh rujuk kepada
  1. Dzarrin (letters of Palestine)
  2. Azhar (Palestine Linkers)
  3. Anwar Azhari (bloggers for Palestine)
  4. Akmal Zakaria (Voice of Palestine)
  5. Faiq (Palestine Artword Media)
  6. Abdul Rahman Dashui (Palestine Studio)



P/S :-Rakan2 juga diseru agar dapat menyebarkan maklumat mengenai kempen ini kepada rakan taulan samada dalam mahupun luar Negara. Kepada para penghuni asrama, anda diseru untuk mewujudkan sendiri Tabung Palestine untuk aras masing2..=P




~scent of palestine, scent of jannah~

'Kalam Emas' (unit promosi) -1st year-
Nabi Ibrahim a.s. Dibakar oleh Raja Namrud

Di sebuah kota yang bernama Kota Babylon, semua orang yang tinggal di dalam kota tersebut berkeyakinan dan menyembah suatu Tuhan iaitu yang diperbuat daripada berhala. Jadi mereka mengukir patung-patung berhala lalu mereka juga yang menyembahnya. Mereka beribadah serta bersembahyang kepadanya dan mereka juga amat menakutinya tuhan berhala itu tadi. Dan antara lain menjadi salah satu tradisi mereka ialah apabila mereka selesai beribadah di rumah ibadah atau kuil mereka, sebelum keluar setiap mereka mesti membeli satu patung berhala kecil untuk mereka letakkan di dalam rumah dan juga untuk di sembah. Dan sebenarnya siapakah yang menjadi tukang ukir bagi patung-patung itu semua? Ia adalah seorang lelaki yang bernama Azar.

Pada suatu hari masuklah si anak kepada Azar tukang ukir patung anaknya, itulah dia Nabi Ibrahim as. Lalu Nabi Ibrahim pun bertanya kepada bapanya: “Wahai ayahku, adakah engkau benar-benar yakin dan percaya bahawa semua patung-patung yang kamu ukir dan jual itu semuanya adalah Tuhan yang hakiki?”

Bila Azar mendengar pertanyaan sebegitu dari anaknya terus dia menjadi marah akan tetapi Nabi Ibrahim tidak memperdulikannya dan dia terus bertanya dan bertanya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya Azar: “Adakah engkau ambil berhala menjadi Tuhan? Sesungguhnya aku melihat engkau dan kaum engkau dalam kesesatan yang nyata. (Al-An’am: 74)

Berterusanlah si Azar bapa Nabi Ibrahim memarahinya dia betul-betul marah kepada anaknya lantas dia berkata dengan suara yang tinggi kepada anaknya sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: Berkata bapanya: “Adakah engkau benci kepada Tuhanku ya Ibrahim? Demi jika engkau tidak berhenti nescaya kurejam engkau dengan batu dan tinggalkanlah aku dalam masa yang panjang.” (Maryam: 46)

Sesungguhnya Nabi Ibrahim siang dan malam tidak habis-habis memikirkan tentang dunia yang ada di sekelilingnya dia tercari-cari manakah satu Tuhan yang sepatutnya dan semestinya dia menyembah. Maka pada suatu malam yang gelap gelita tiba-tiba muncul bintang yang cahayanya bergemerlapan di langit. Jadi dia terus berkata di dalam hatinya: “Inilah Tuhanku maka bermula dari hari ini aku akan menyembahnya! Akan tetapi malang bila tiba waktu siang semua bintang-bintang yang bergemerlapan di waktu malam itu tadi pun terus hilang. Firman Allah SWT yang bermaksud: Tatkala malam telah gelap Ibrahim melihat bintang lalu dia berkata: “Inikah Tuhanku? Tatkala bintang itu terbenam dia berkata: “Aku tidak mengasihi barang yang lenyap itu.” (Al-An’am: 76)

Keesokannya Nabi Ibrahim melihat kepada bulan pula dia mendapati bahawa bulan di malam hari itu terlalu cantik itulah bulan purnama namanya. Maka dia mula berkata-kata lagi di dalam hatinya: “Aku rasa inilah dia Tuhan aku. Maka aku akan menyembahnya moga-moga ada kebaikan buatku.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tatkala dia melihat bulan telah terbit dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Tatkala bulan itu terbenam dia berkata lagi: “Jika aku tidak di tunjuki oleh Tuhanku nescaya aku termasuk kaum yang sesat.” (Al-An’am: 77)

Akan tetapi sangkaannya itu meleset sama sekali kerana pada keesokannya bulan terbenam dan hilanglah cahayanya yang terang benderang pada waktu malam tadi. Tetapi dia tidak bersedih. bahkan bergembira kerana dia berpeluang melihat matahari pula. Lantas dia mengatakan: “Matahari lebih besar pula cahayanya dari bulan dan bintang, maka aku rasa inilah dia Tuhanku yang sebenar.” Tapi sayang bila sampai waktu petang di dapati matahari yang di sangkanya Tuhan itu turut hilang. Maka Nabi Ibrahim pun tidak jadi untuk menyembahnya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Tatkala dia melihat matahari terbit dia berkata: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar.” Tatkala matahari itu terbenam dia berkata: “Wahai kaumku sesungguhnya aku berlepas diri dari apa-apa yang kamu persekutukan itu.” (Al-An’am: 78)

Akhirnya Nabi Ibrahim mengambil keputusan bahawa dia tidak akan sama sekali menyembah mana-mana tuhan kecualilah Tuhan yang menjadikan alam ini Tuhan yang menjadikan bintang, bulan dan juga matahari juga dunia dan seisinya. Dia tidak akan sama sekali menyembah Tuhan selain Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ingatlah ketika Ibrahim berkata: “Wahai Tuhanku perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang yang mati.” Allah berfirman: “Tidakkah engkau beriman?” Sahutnya: “Ya... aku beriman tetapi untuk mententeramkan hatiku.” Allah berfirman: “Ambillah empat ekor burung dan hampirkan kepada engkau (potong-potong semuanya) kemudian letakkan di atas tiap-tiap bukit sebahagian dari burung-burung yang dipotong itu, kemudian panggillah semuanya nescaya datanglah semuanya kepada engkau dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah: 260)

Bermula dari hari itu Nabi Ibrahim mula menyeru kepada kaumnya agar segera meninggalkan tuhan berhala mereka itu “Sembahlah Allah Tuhan yang Esa dan juga Tuhan yang menjadikan kita semua.” Akan tetapi mereka tidak memperdulikan kata-katanya bahkan mereka mengutuk dan memberikan ancaman kepadanya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka berkata: “Adakah engkau mendatangkan kebenaran kepada kami atau engkau bermain-main?” Dia berkata: “Bahkan Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakan semuanya. Dan aku menjadi saksi atas demikian itu.” (Al-Anbiyaa’: 55 dan 56)

Mereka memang langsung tidak menghiraukan kata-kata Nabi Ibrahim hinggakan sampai peringkat mereka mengatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang yang bodoh lagi jahil dan juga akal fikirannya terlalu sempit serta menyeleweng. Maka pada suatu hari seluruh ahli penduduk kota itu keluar beramai-ramai kerana merayakan hari raya bagi Tuhan berhala-berhala mereka dan perayaan tersebut di jalankan di luar kota bukan di dalam kota. Jadi di kala itu tidak ada seorang pun yang tinggal di dalam kota lengang kecuali Nabi Ibrahim sahaja. Begitu juga dengan rumah ibadah mereka lengang tiada sesiapa.

Nabi Ibrahim merasakan bahawa inilah peluang untuk dia mengajar kaumnya lalu dia bersegera menuju ke rumah ibadah kaumnya. Dia terus masuk ke dalamnya yang mana terdapat satu kawasan lapang dipenuhi dengan bermacam-macam patung berhala. Tanpa berlengah Nabi Ibrahim terus mengambil kapaknya lalu dipukul dan dihancurkan ke semua patung-patung itu tadi habis semua dimusnahkan cuma satu sahaja yang tidak dimusnahkan iaitu patung yang paling besar. Kemudian yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dia menyangkutkan kapaknya tadi ke leher patung berhala yang besar itu dan Nabi Ibrahim terus pergi meninggal rumah ibadah tersebut pulang ke rumahnya.

Di kala itu semua kaumnya sedang sibuk merayakan perayaan tuhan mereka. Mereka merayakannya dengan penuh meriah sekali lebih-lebih lagi si raja yang bernama Namrud iaitu raja Kota Babylon ketua bagi mereka juga turut hadir. Bilamana perayaan tadi selesai terus raja memberi isyarat kepada hamba-hambanya dan tanpa berlengah si hamba-hamba tadi terus mengangkatnya untuk kembali semula ke dalam kota mereka. Dan sebelum sampai ke istananya raja mengarahkan kepada seluruh hamba-hambanya agar membawa dia ke rumah ibadah (kuil). Bila sahaja raja Namrud menjejakkan kakinya ke dalam kuil dia terperanjat besar begitu juga dengan rakyat-rakyat yang turut hadir. Dia dapati bahawa ke semua patung-patung berhala telah habis musnah jatuh bergelimpangan dan berkecai.

Kemudian Namrud berkata dengan suaranya yang tinggi: “Siapakah yang berbuat sebegini kejam sekali?” Seluruh rakyatnya yang hadir terus berkata: “Lain tidak bukan ialah seorang pemuda yang tidak mahu beriman kepada tuhan-tuhan kita ini. Pemuda itu namanya Ibrahim!” Raja Namrud terus menjerit: “Bawa segera pemuda itu ke mari!” Merekapun bersegera pergi mendapatkan Nabi Ibrahim. Mereka menangkapnya dan dibawa ke hadapan Namrud yang masih menunggu di dalam kuil.

Sampai saja terus Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Kamukah yang melakukan perbuatan ini kepada tuhan-tuhan kami?” Nabi Ibrahim berkata: “Bukan aku yang melakukannya kamu tidak lihat di leher patung berhala yang paling besar itu terdapat satu kapak yang besar. Sudah tentulah dia yang memusnahkan ke semua patung-patung itu. Kalau tidak percaya cuba kamu tanyakan kepadanya ataupun kamu tanyakan kepada patung-patung yang telah binasa tentang siapakah yang memusnahkan mereka semua?”

Raja Namrud dan rakyatnya tidak semena-mena merasa malu dan tersipu-sipu kerana mereka tahu bahawa sesungguhnya patung-patung itu sama sekali tidak boleh berkata-kata. Lalu Namrud pun terus berkata: “Wahai Ibrahim! Kamu sendiri pun tahu bahawa patung-patung itu semua tidak boleh berkata-kata, tidak boleh berjalan-jalan dan juga langsunglah tidak boleh buat apa-apa!”

Terus Nabi Ibrahim as. menjawab: “Jadi kalau begitu mengapa kamu menyembahnya. Bagaimana kamu boleh menyembah sesuatu yang langsung tidak memberi kamu apa-apa manfaat tidak memberi mudarat buat musuhmu dan langsung tidak dapat untuk mempertahankan, dirinya sendiri?”

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ibrahim berkata: “Patutkah kamu sembah selain Allah barang yang tiada manfaat kepadamu sedikitpun dan tidak pula memberi mudarat kepadamu? Celakalah kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahaminya?” (Al-Anbiyaa’: 66 dan 67)

Akhirnya Raja Namrud dan seluruh rakyatnya mengambil keputusan agar Nabi Ibrahim dibakar dengan api atau unggun yang besar. Maka Namrud pun terus memerintahkan seluruh rakyatnya agar menyediakan api besar hinggakan sampai peringkat burung-burung tidak berani untuk terbang di atasnya kalau terbang juga mereka akan terbakar kerana nyalaan api yang besar itu.

Setelah sampai masa yang telah ditetapkan, Namrud pun duduk di atas singgahsana sambil terus melihat kepada api yang sangat besar itu di dalam hatinya terselit kegembiraan yang sangat kerana sekejap lagi Nabi Ibrahim akan mati dibakar api, dia gembira kerana api akan memakan seorang yang tidak mahu beriman dengan tuhan mereka.

Mereka pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan lastik yang besar dan terus Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api yang besar itu. Mereka terkejut melihat Nabi Ibrahim kerana ketika mahu dilemparkan dia begitu tenang sekali langsung tidak meronta-ronta ataupun melawan. Lebih terkejutlah lagi bila mereka saksikan bahawa Nabi Ibrahim langsung tidak di makan oleh api bahkan dia boleh berjalan ke sana sini pula dalam api tersebut.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai api! Hendaklah engkau menjadi dingin dan selamat terhadap Ibrahim.” Mereka hendak memperdayakan Ibrahim dengan dia lalu Kami berkati di dalamnya untuk seluruh alam. (Al Anbiyaa’: 69 dan 70)

Sesungguhnya Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kejahatan dan kezaliman si Raja Namrud dan rakyat-rakyatnya dan Allah menunjukkan kepada mereka bahawa sebenarnya patung-patung berhala itu langsung tidak memberi makna apa-apa langsung, tidak ada kekuatan dan bagi manusia yang di kurniakan akal fikiran pula tidak wajarlah merasakan bahawa patung berhala itu sebagai Tuhan yang mesti disembah.

Tidak lama selepas itu api yang besar tadi pun terpadam lalu Nabi Ibrahim segera keluar dari longgokan-longgokan bara api dengan selamat seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku ke atasnya. Dan terus Nabi Ibrahim membawa dirinya meninggalkan kaumnya membiarkan mereka itu semua dengan kehendak mereka, juga buatlah sesuka hati dengan tuhan berhala mereka. Nabi Ibrahim menyerahkan segalanya kepada Allah SWT untuk memberikan hukuman juga membinasakan mereka.

Bermusafirlah Nabi Ibrahim membawa diri kepada Tuhannya ditinggalkannya kaum yang degil lagi bodoh sombong dalam kebinasaannya yang telah Allah jadikan kepada mereka. Dia membawa diri bermusafir hinggalah sampai ke bumi Palestin dan di sana dia menyeru manusia supaya beriman Tuhan yang Esa iaitu Allah SWT dan mengerjakan ibadah kepadanya. Ditakdirkan oleh Allah SWT bahawa di mana sahaja Nabi Ibrahim pergi dia tetap menanamkan keimanan kepada Allah dan akhirnya Allah SWT juga telah memberi hadiah yang besar kepadanya iaitu lahirlah dari zuriatnya keturunan yang baik dan soleh yang kemudian kebanyakan mereka itu menjadi nabi dan rasul yang Allah utuskan kepada seluruh manusia agar membawa mereka kepada bertuhankan Allah SWT dan menjauhkan mereka dari bertuhankan tuhan selain Allah seperti berhala dan lain-lain lagi. Kemudian memberi tunjuk ajar kepada seluruh manusia untuk beribadah kepada Allah SWT. Dengan sebab itulah Nabi Ibrahim digelarkan dengan gelaran “Bapa sekalian nabi-nabi.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Perhatikanlah riwayat Ibrahim dalam kitab (Al-Quran). “Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat benar dan seorang nabi.” (Maryam: 41)

source > http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=64274&st=0 <

Wednesday, May 20, 2009

what's the difference

Perumpamaan orang yang mengingati tuhan-Nya,
dengan yang tidak mengingati-Nya,
ibarat orang yang hidup, dengan orang yang mati
-hadith-

Friday, May 15, 2009

the dawn of a new era

The time is now,
the dawn of the new era is upon us,
WAKE UP,
GET UP,
stand tall...

Thursday, May 14, 2009

Brainstorm >> 8

What number should replace the question mark?



other brainstorms can be accessed from the labels tab on the right

syahid..

ballighu 'anni walau ayah - sampaikanlah dariku walau satu ayat

sabda nabi S.A.W
Ramainya daripada umatku
yang syahid di atas katil
beberapa bulan yang lalu, isu pencerobohan GAZA memilukan hati kita, sudah pasti ramai daripada kita membuak2 rasa ingin menegakkan kalam ALLAH di muka bumi ini, rasa ingin akan tumpasnya kufar dan zionist, rasa ingin menghunus senjata di medan perang!...

tapi sekarang, setelah keadaan kembali reda (by a slight magnitude, padahal sebenarnya umat islam masih ditindas), bagaimana iman kita?, masih punyai kekuatan untuk melawan nafsu?, masih punyai kekuatan untuk menunaikan tanggungjawab yang melebihi waktu yang ada?... tepuk dada, tanya iman...

Dewasa kini, keadaan sudah berbeza, medan perjuangan bukan setakat di medan perang, hatta dalam perniagaan, pendidikan, dakwah islamiyyah etc.

when we here the word 'SYAHID' what comes to mind?

a shot to the head ?
massacred fighters ?
mutilated bodies ?
amputated limbs ?
suicide bombers ?

that's what comes to peoples mind in general i think, but when we take a minute, and think about it, if that is syahid, how can we achieve it today?...

The simple truth is,

SYAHID = meyerahkan nyawa, harta, waktu kepada ALLAH

so if we take this as Syahid, yes... it is possible for us to achieve Syahid, to become martyrs in the eyes of ALLAH... ayuh! sama2 bermujahadah..

Tuesday, May 12, 2009

~happy~

it's 1.48a.m here... and the 12th of May...
19 years ago, on this day i was brought to this world... thanks Mama!
yeah, it's my Birthday... hamdu lillah, masih diberi nikmat umur...

Neway, the story goes,
I was already wrapped up in my blanket by 12.30, then i got a call, it was a new number...
rupa2nya, Ira yang call, katanya keluar beli barang sikit pastu terkunci kat luar hostel, xde kunci... so i got out of my bed, tried my best to wipe the sleep off from my face, then took the lift to ground floor...

when i got downstairs, Ira ngan Fiza duk luar (pelik jugak, kata beli barang, x bwak plastik apa2 pun), bukak la pintu... tgh unlock pintu, Ira pergi tepi, when she emerged, ada kek kat tangan dia... "here, for you!, Happy Birthday" (not her exact words)... haha... waktu tu ingat mmg drpd dia... haha.. how naive of me... *dush*

naik2 atas... bila aku masuk aras 2, semua kelam kabut pastu diam... (hmm... xpelah) then letak kek.... ajak diorang makan kek...

"ceh dapat kek!, drpd sape?"
"kurang ajar Anas, senyap2 je dia"
"nape weh? birthday sape?"

then, tetiba kena tangkap (nak lepas boleh je, tapi mengalah rr, sporting... rebel sikit2 jer) ahakz!., pastu diorang angkat aku ke bathroom, mula2 kena simbah air sejuk,then kena baling telur busuk ngan air chili...

HAPPY BIRTHDAY!!

pergh, telur tu xleh belah bau dia... redha je la... ingatkan dah habis la birthday prank nya... when i caught my breathe back, duduk la kat ruang tamu, ngan diorang.... then suddenly, sedar2 dah kena tutup ngan selimut, then kena hempap+belasah (that's how some guys express themselves i guess) haha... ingatkan dah habis dah, baru je nak tarik nafas, then came the 3rd wave, sama gak, kena belasah, Padel tutup aku ngan selimut. tapi kali ni lagi teruk kena +tepung lagi , last2 tinggal Zap sorang je, dia stay pukul aku... haha... (sakit jugak kena pukul) huhu...

rupa2nya semunya di'plan' oleh diorang... from the call, cake, and birthday pranks... haha... to be honest, 1st time aku kena cani.... memang x bajet, semua act cool je malam tu...

the 'victim'



the 'celebrated'


the 'cake'

surprise jadi guys... didn't see it coming!..
terharu... happy... thanks a lot!

Friday, May 8, 2009

10 Pesanan Imam As-Syahid Hassan Al-Bana

(1) Apabila saudara mendengar azan,maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah al quran,atau tatapilah buku-buku ilmiah,atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul;kerana bahasa arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar islam)

(4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun, kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa jua kebaikan.

(5) Janlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi temteram.

(6) Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tadak mengerti melainkan bersungguh-subguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengumpat keperibadian orang lain,mengacam pertubuhan-pertubuhan,dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dangan tiapa-tiap saudara ikwan muslimin yang saudara bertemu dangannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan;kerana asa gerakan dakwah kita berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada pada kita;oleh itu tolonglah saudara sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sengiri maka ringkaskan pelaksanaannya

Wednesday, May 6, 2009

"perkara paling aku takuti"

"Perkara paling aku takuti, adalah apabila kamu buat sesuatu, kamu rasa kamu yang buat , maka takutlah kamu apabila kamu rasa sebegitu, ALLAH akan tinggalkan perkara itu kepada kamu (tidak lagi membantu kamu)" - Hassan Al-bana
saya seolah-olah tersentak dgn pesanan beliau ini... kadang2 wana'uzubillah, kita membuat sesuatu without starting it off with bismillah, and forgetting to ask God's help and guidence in our endeavours...

contoh paling mudah kita belajar la... kita belajar kadang2 niat selain daripada Allah, utk face exam, utk compete ngan kawan2, kerana parents, nak tunjuk hebat kat akhawat/ikhwah etc... dan apabila mendapat result, "wah! terer jugak aku (langsung lupa ucap hamdulillah)"

dan bnyak lagi la implikasinya dalam kehidupan...

the second part, pesanan dia
"maka takutlah kamu apabila kamu rasa sebegitu, ALLAH akan tinggalkan perkara itu kepada kamu"
ini yang kita risau ni, takut2 apabila kita rasakan sebegitu, Tuhan akan betul2 tinggalkan perkara itu kepada kita ... "ko hebat sangat, nah ambik, buat sendiri!"

sebenarnya, each and every of our
endeavours, takkan ke mana tanpa kudrat (kuasa) dan iradat (kehendak) Tuhan....

pesanan dari penaja =
Mulakan dengan bismillah,
Sudahi dengan alhamdulillah,

Begitulah sehari dalam hidup kita,
Mudah-mudahan dirahmati ALLAH