Wednesday, May 6, 2009

"perkara paling aku takuti"

"Perkara paling aku takuti, adalah apabila kamu buat sesuatu, kamu rasa kamu yang buat , maka takutlah kamu apabila kamu rasa sebegitu, ALLAH akan tinggalkan perkara itu kepada kamu (tidak lagi membantu kamu)" - Hassan Al-bana
saya seolah-olah tersentak dgn pesanan beliau ini... kadang2 wana'uzubillah, kita membuat sesuatu without starting it off with bismillah, and forgetting to ask God's help and guidence in our endeavours...

contoh paling mudah kita belajar la... kita belajar kadang2 niat selain daripada Allah, utk face exam, utk compete ngan kawan2, kerana parents, nak tunjuk hebat kat akhawat/ikhwah etc... dan apabila mendapat result, "wah! terer jugak aku (langsung lupa ucap hamdulillah)"

dan bnyak lagi la implikasinya dalam kehidupan...

the second part, pesanan dia
"maka takutlah kamu apabila kamu rasa sebegitu, ALLAH akan tinggalkan perkara itu kepada kamu"
ini yang kita risau ni, takut2 apabila kita rasakan sebegitu, Tuhan akan betul2 tinggalkan perkara itu kepada kita ... "ko hebat sangat, nah ambik, buat sendiri!"

sebenarnya, each and every of our
endeavours, takkan ke mana tanpa kudrat (kuasa) dan iradat (kehendak) Tuhan....

pesanan dari penaja =
Mulakan dengan bismillah,
Sudahi dengan alhamdulillah,

Begitulah sehari dalam hidup kita,
Mudah-mudahan dirahmati ALLAH



No comments: