(1) Apabila saudara mendengar azan,maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
(2) Bacalah al quran,atau tatapilah buku-buku ilmiah,atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah
(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul;kerana bahasa arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar islam)
(4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun, kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa jua kebaikan.
(5) Janlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi temteram.
(6) Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tadak mengerti melainkan bersungguh-subguh dalam setiap perkara.
(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
(8) Jauhilah daripada mengumpat keperibadian orang lain,mengacam pertubuhan-pertubuhan,dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
(9) Berkenal-kenalanlah dangan tiapa-tiap saudara ikwan muslimin yang saudara bertemu dangannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan;kerana asa gerakan dakwah kita berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
(10) kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada pada kita;oleh itu tolonglah saudara sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sengiri maka ringkaskan pelaksanaannya
2 comments:
cuba bayangkan setiap muslim mengamalkannya... pasti Islam hebat di muka bumi...
huhu.. betul tu.. paling suka wasiat dia yang last... tapi nak buat tu yg payah.. xpe2... nama pun mujahadah
Post a Comment