Monday, May 25, 2009

Palestine Evergreen

~PALESTINE EVERGREEN~

TEMA:
Scent of Palestine , scent of jannah

ANJURAN:
JABATAN BENDAHARIPERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH

TARIKH:
25 mei 2009 –8jun 2009



Pihak Perubatan Cawangan Iskandariah dengan ini menganjurkan kempen Palestine dengan tema “Scent of Palestin,Scent of Jannah” iaitu sebuah kempen yang berobjektifkan untuk memupuk,mempertingk at dan mengekalkan semangat perjuangan terhadap isu-isu Palestin. Selain itu,kempen ini juga bertujuan agar dapat mendedahkan kepada ahli-ahli mengenai isu-isu semasa Palestin yang kini semakin hangat diperbincangkan. Oleh hal yang demikian,diharapkan para pelajar sekalian dapat menyokong penuh kempen ini supaya dapat dikongsi bersama intipati yang terdapat dalam program-program yang disediakan.

Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri.
I'm sure kalau ditanya "do you care about palestine?" the answer would be "Of Course!"but is it enough to just care?
I mean, our Mums for instance... yes we care, yes we love, but is it enough just to love and care?... "my mum knows I love her, no need la"... NO, of course it's not enough... that's why we wish her HAPPY MOTHERS DAY, give her a gift on her birthday, give her breakfast-in-bed,
so, show your support, show you care! If ada tabung Palestine, how much would you donate???


Berikut adalah antara cara-cara yang membolehkan untuk menyumbang apa-apa idea mengenai isu Palestin:

1) Letter from Palestine

-pelajar dijemput untuk menyokong kempen palestin ini dengan menghantar artikel,berita, sajak,cerpen, puisi,kuiz, gambar dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Palestin ke Alexmedicalteam. .
-diminta jasa baik anda semua untuk meletakkan tag line(tema) kempen di akhir posting anda.
Contohnya:
Tajuk artikel: Palestin Berdarah Kembali
Akhir petikan: dipetik dari laman web….. ~Scent of Palestine ,Scent of Jannah~

-anda juga digalakkan meletakkan link ataupun sumber posting anda sebagai rujukan. -setiap posting anda akan dikumpulkan di dalam blog rasmi kempen ini iaitu ~palestineevergreen .blogspot. com~


2) Palestine linkers:
-semua pengguna YM,Facebook, Friendster dan sebagainya dijemput untuk sama-sama memeriahkan kempen Palestine Evergreen dengan:
(a)mengedar dan menyampaikan link-link video,laman- laman web dan kata-kata yang berkaitan dengan Palestin melalui instant messenger.
(b)meletakkan status-status mengenai Palestin dan mempromosikan blog rasmi kempen palestineevergreen iaitu palestineevergreen. blogspot. com
(c)meletakkan poster-poster atau gambar berkenaan Palestin sebagai primary foto di YM, Facebook, Friendster dsb.
(d)meletakkan status berkenaan Palestin di shout out box,menggunakan background Palestin,mencipta soalan-soalan atau survey yang berkaitan Palestin,menyebarkan melalui bulletin-buletin tentang Palestin dan segala bentuk sokongan yang anda boleh tunjukkan.

3) BLOGGERS 4 PALESTIN............ ....

KEPADA PARA BLOGGERS,
ANDA DIGALAKKAN UNTUK MENGIKLANKAN KEMPEN INI DI BLOG ANDA , MENYIARKAN POST-POST BERKAITAN PALESTIN ,

MELETAKKAN BANNER-BANNER PALESTINE ,

MENGAJAK RAKAN-RAKAN BLOGGERS ANDA DI MANA SAHAJA UNTUK MENJAYAKAN KEMPEN INI...

MENGUBAH MOOD BLOG ANDA KEPADA MOOD PALESTINE (sekiranya boleh ) ,MENYERTAI SENARAI BLOG DI BLOG ~palestineevergreen .blogspot. com~. KETERLIBATAN BLOG ANDA PADA BLOG INIMENUNJUKKAN SOKONGAN ANDA PADA KEMPEN INI.



4) UCAPAN DAN PERSEMBAHAN
(VOICE OF PALESTIN)

KEPADA SEMUA PELAJAR , ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK MEMBERI SEBARANG UCAPAN, PANDANGAN, PERSEMBAHAN (PUISI, LAGU, SAJAK DSB) DI DALAM DEWAN KULIAH SEPANJANG KEMPEN BERJALAN SEMASA WAKTU LAPANG DI ANTARA KULIAH.

ANDA JUGA DIPERSILAKAN UNTUK MENYAMPAIKAN SESUATU YANG BERKAITAN PALESTINE DI MANA- MANA SAHAJA SPT SEMASA KELAS PRAKTIKAL, DI ASRAMA,DI RUMAH,DI KEDAI KOPI, MAHUPUN DI DALAM TEKSI SEKIRANYA BOLEH... =)



5) POSTER (PALESTINE ARTWORD MEDIA)

Semua pelajar diseru untuk mencipta poster, logo, screen saver, backround, template blog, sticker, t-shirt dan pape saje yg sewaktu dengannye asalkan berkaitan Palestine agar boleh digunakan oleh rakan2 dan sahabat handai yang lain.


6) LAGU DAN VIDEO
( PALESTINE STUDIO)


Pada sahabat2 yg ada BAKAT dan MINAT berlakon dan menyanyi tu , anda dijemput untuk menyumbang buah fikiran dalam penghasilan lagu mahupon video clip berkenaan Palestine. Sekiranya anda mempunyai koleksi2 video ataupun lagu yang berkaitan, anda digalakkan untuk berkongsi dengan semua pelajar.


sebarang persoalan boleh rujuk kepada
  1. Dzarrin (letters of Palestine)
  2. Azhar (Palestine Linkers)
  3. Anwar Azhari (bloggers for Palestine)
  4. Akmal Zakaria (Voice of Palestine)
  5. Faiq (Palestine Artword Media)
  6. Abdul Rahman Dashui (Palestine Studio)



P/S :-Rakan2 juga diseru agar dapat menyebarkan maklumat mengenai kempen ini kepada rakan taulan samada dalam mahupun luar Negara. Kepada para penghuni asrama, anda diseru untuk mewujudkan sendiri Tabung Palestine untuk aras masing2..=P




~scent of palestine, scent of jannah~

'Kalam Emas' (unit promosi) -1st year-

2 comments:

PALESTINE EVERGREEN said...

blog anda telah disenaraikan dalam blog list kami.tahniah! :)

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

syukran... anything for palestine