I'm just like you... but together, in this transition .... let us do our BEST, let HIM do the rest.... 16;97 "Whoever works righteousness, whether male or female, while he (or she) is a true believer (of Islâmic Monotheism) verily, to him We will give a GOOD LIFE (in this world with respect, success, contentment, and lawful provision), and We shall pay them certainly a reward proportional to their best of deeds (i.e. Paradise in the Hereafter).
Wednesday, July 29, 2009
P.E.N.A.T
After my Finals, pergi Cairo...
antar kawan2 yg balik m'sia ke airport...... bercampur baur perasaan... ye la... orang tak balik kan...
Teman org pergi shopping souvenier di 'Hussin' ntuk dibawa pulang ke tanah air (did some shopping myself)
Menghadiri majlis akad nikah dan walimatulurus Akh Irfan dan Ust Zaizul....
balik dari Cairo pergi Matruh pulak... ada Summer Camp.. 3 days 2 nights... nak cerita, paaaaaanjang ceritanya.... long story short, ada 4 group masa camp tu... kemudian ada r series of beach and indoor games ... tapi permainan2 tersebut bukan bodo2 gitu... stiap game ada mesej tersirat dan pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasi dalam daily life kita... like they say... experience is one of the best teachers (who's 'they' exactly i don't know... main cakap je) ada juga sesi2 pengisian rohani, muhasabah, dan sembang kedai kopi/sembang petang...
Sepanjang perjalanan program, memang terasa kemesraan antara peserta2... tambah2 lagi sewaktu memasak... makanan yg diberi hanyalah bahan mentah... perlu dimasak... penat2 balik dari pantai, sanggup berkorban memasak ntuk kawan2 yg lain, besides diri yang penat... what a wonderful world if everybody 'yuhibbu liakhihi, maa yuhibba linafsih' (loves their brothers like they love themselves)
Juga sempat pergi 'Suk Libya' (Libyan Market)... shopping lagi... juga melawati tempat2 menarik seperti pantai Ageeba, Hamam Cleopatra.... eh2, terpanjang pulak 'long story short'... ada banyak lagi nak citer senanya... tapi mata da ngantok...
Balik Alex semula... sibuk dengan appartment baru (renovate).... buat dinding, Wiring, Repairs,Cat (paint not kucing), Carpeting, washing machine, stove, almari, water heater, etc2... ke hulu hilir cari barang2... hari ni satu hari tak duk rumah, balik skejap je jumpa housemate2 ku yg skrg ni dalam flight, then terus kembali mem'buru' barang2.... hamdulillah, tadi settle semua, da dapat kunci, then duk umah jap, pasang almari, washing machine and kemas2 sikit ...
Tapi, duit banyak habis!... huhu... xpe2... iA... our cheap rent and nice appartment will make up for it... like they say.. 'mulo2 ni meme banyak paka pitih' (ayat siapa ye?)
maaf post kali ni kurang isi... mungkin kerana penulis penat/ngantok... maybe next time akan tulis lebih detail... k, my bed's calling me
Wednesday, July 22, 2009
hakikat sebuah cuti...
someone sent me this link via ym... it was about exactly what i was thinking of... hakikat sebuah cuti... was planning on writing 'bout it myself... but someone saved me the trouble of doing so... please read, for your one sake...
Rancangan kita cuti ini..
“lagi 5 ari nok balik tganung ni~dok sabar nye nok jupe ma,abah,kak long ngan ucu.lame gle dok balik dumoh,ghindu nye…”
“Dah,cuti ni ko nak wat ape?”
“huhuhu.aku nak khatamkan quran.Pastu aku nak bace buku agama.Pastu aku nak hafal juz 30.Nak tolong mak.”
“Wo,hebatnye ko.Tapi aku tak ske cuti.Membosankan dow.”
“Ler,pelik gilo mung.Sume orang nok cuti tapi mung doksey,nape?”
“Cuti wat aku leke.Memang ar aku pom plan macam ko,nak bace quran la,dengar cramah Ustaz Shamsuri la,tapi bila sampai kat umah,semua tak jadi.Berhibernasi je kije aku,makan tido.”
Benar,itulah hakikatnya.Cerdik pandai selalu berkata, “Kita patut redha dengan apa yang berlaku sebab itu adalah rencana daripada Sang Pencipta.Betul,kita merancang dan Allah pun merancang dan sememangnya perancangan Allah adalah yang terbaik.”Jadi,adakah berhibernasi itu adalah lebih baik daripada mengkhatamkan 30 juz? Adakah beribernasi itu adalah lebih baik daripada menghafal al-quran? Adakah berhibernasi itu lebih baik daripada mendengar ceramah agama? Adakah benar kata-kata cerdik pandai itu tadi?
Pada hakikatnya,sesuatu itu tidak akan berlaku jika kita tidak melakukannya. Kita niat untuk buat itu,buat ini tetapi kita tidak bertindak,maka niat hanya sekadar niat,hasilnya tiada.Ingatlah Allah berfirman di dalam surah Ar-Ra’du:
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri
Teringat aq semasa kita berkem di Kem Kaizen,Kem Komander memegang sebiji belon pada tangan kanannya dan sebatang pen di tangan kirinya. “Macamana kita nak selamatkan belon ini daripada pecah?”tanyanya.Maka ramailah menjerit, “selamatkan belon!Ambil pen itu!”Tetapi belon tetap pecah dicucuknya.Dia tanya lagi, “macamana kita nak selamatkan belon ini daripada pecah sambil mendekatkan pen dengan belon.” Lantas,Hidayat bangun dan merampas belon daripada Kem Komander dan belon terselamat.Apa pengajarannya? Ingatlah dengan sekadar niat atau kata-kata,sesuatu itu tidak akan berlaku.Biar kuat mana kita menjerit,biar nyaring mana suara kita,biar hebat mana niat kita tetapi jika kita tidak bertindak,semuanya sia-sia. Niat haruslah disusuli dengan tindakan barulah niat itu membuahkan hasil.
Cuti adalah masa beribadah?
Jaril bercerita, “sebelum xm,aku demam terok tapi aku dapat bangun malam untuk qiam.Tetapi lepas xm,biarpun banyak masa free,cuti katakan~,tapi aku tak dapat bangun qiam.Aku yakin ni adalah tarbiyah daripada Allah Rabbul Alamin.”
A’a Jaril,masa itu milik Allah.Janganlah kita menjadikan masalah masa sebagai satu rintangan yang besar sehingga kita tidak dapat beribadah kepada Yang Esa.Cuti biasanya menjadi satu masa yang ditarget oleh ramai orang untuk melakukan kebaikan,seperti dialog di atas.Tetapi apa yang jadi, cuti adalah cuti,semua ibadah sunat pun bercuti.Solat hajat entah ke mana, lembaran al-quran pun hilang atau sekadar menjadi perhiasan. Ya, bukan kehendak kita untuk ‘bercuti’ tetapi kita telah kalah,kalah dengan musuh azali kita,syaitan.Syaitan telah berjaya menutup mata kita dengan keindahan cuti,kesenangan cuti sehingga kita tidak mampu untuk mengangkat punggung untuk mendirikan solat sunat.Cuti adalah hadiah daripada Allah, hadiah yang kecil sebenarnya,hadiah yang tidak akan menjadi halangan untuk kita mendapat hadiah-hadiah lain daripada Allah.Namun,jika kita asyik memfokuskan kepadanya maka ia akan menjadi halangan yang besar, halangan yang akan menutup segala keindahan ibadah.Analoginya seperti anda melihat kapal terbang.Anda keluarkan syiling 50sen daripada poket anda dan anda letakkannya di hadapan mata anda.Secara automatik,syiling 50sen tadi telah menghalang anda daripada melihat kapal terbang yang besar.
Dalam satu usrah,Yusri-senpai menerangkan perihal infaq dan sadaqah. Aizzat,selaku CO-Naqib mencelah, “kawan saya pesan,kita dalam melakukan kebaikan jangan berfikir panjang,nanti tak jadi.Kalau kita nak bersedaqah, seluk saku dan terus masukkan ke dalam tabung,tak perlu fikir2.Kalau kita fikir,nanti syaitan akan mencelah,menggoda kita.Bila kita seluk saku,ada RM10,terus masukkan ke dalam tabung,jika kita berfikir panjang,kita akan fikir:aku ada RM10 je.Kalau aku sedaqah RM10 nanti aku nak makan apa? Nak beli sabun pun takde duit.Ish..Kan tak jadi,so sadaqah je,jangan fikir panjang.” Sama juga dalam ibadah lain,jika kita ingin solat sunat,jangan fikir, “nanti cuti aku buatlah.”Tetapi terus bangun dan dirikan solat sunat.Sebab apa? Sebab kal ho na ho(esok belum pasti).
Kita dan Syaitan..
“Ah,semuanya salah syaitan.Dia yang menggoda aku.”
Tidak,syaitan tidak salah.Apakah salah seorang yang berkerja mencuba makanan untuk mencuba makanan?Apakah salah seorang pemandu F1 untuk memandu laju?Tidak,mereka tidak salah dan begitu juga syaitan, sememangnya mereka telah berjanji dengan Allah untuk menggoda anak cucu Adam bagi menambah teman mereka di dalam neraka kelak. Sebenarnya kita yang salah,kita mengikut godaannya untuk baring menghadap TV dan tidak mengendahkan laungan azan masjid yang berdekatan.Bahkan jika rancangan TV berhenti sekejap untuk menghormati azan,kita tukar chanel,tidak mahu dengar laungan Azan.Teruk,kita memang teruk.
Kita sepatutnya selalu ingat bahawa syaitan tidak akan putus asa dalam menggoda kita.Jika dia gagal pada hari ini,dia akan terus menggoda pada hari esok,jika esokpun dia gagal,lusa dia tetap akan menggoda kita.Godaannya hanya terhenti apabila kita menghembus nafas yang terakhir.Terbayang-bayang satu kartun tetang syaitan menggoda manusia dalam majalah Islamik untuk kanak-kanak.Menurut kartun tu,jika syaitan berjaya menggoda manusia, syaitan itu akan menjadi gemuk dan akan terus menggoda namun jika dia gagal,syaitan itu akan menjadi kurus dan akan berputus asa.Ya,satu teknik tarbiyah yang baik untuk kanak-kanak bagi menerangkan syaitan adalah musuh manusia yang akan menggoda manusia melakukan keburukan tetapi satu kecuaian yang sangat besar kerana menyatakan syaitan akan berputus asa.Ingat,syaitan takkan berputus asa walaupun sekali!
Dalam solat contohnya,kita fokus pada tempat sujud kita dan memikirkan Allah.Lama kita kusyu sehingga sampai satu masa kita terfikir, “wuh,aku da solat dengan kusyuk.Syaitan tidak mampu menggoda aku.”Kita fikir kita telah solat dengan kusyuk padahal ITULAH GODAAN SYAITAN!Dengan menjadikan diri sendiri sebagai umpan,syaitan terus mara untuk menggoda kita.Kita lemas dalam perigi yang kita korek sendiri.Ish2…
Halangan atau alasan…
“La,adik tak pergi solat berjemaah kat masjid ke?”tanya Umi.
“Masjid jauh la Umi,takde kenderaan nak pergi.Bagi la kereta kat Adik Mi,”jawab Adik.
“Takley2..Adik baru je dapat lesen,drive tak ok lagi,”tegas Umi.
“Da tu,memang takley solat berjemaah la,”jawab Adik tanda memprotes.
“Takpelah,jom solat kat rumah.Adik imam,umi ikut,”kata Umi.
Takda kenderaan untuk ke masjid menjadi alasan untuk anda tidak berjemaah padahal anda mempunyai adik,abang,kakak,ibu dan ayah untuk berjemaah? Tidak,anda silap.Benar solat berjemaah di masjid itu adalah satu keutamaan namun jika anda tiada kenderaan untuk ke sana adakah anda harus menggadai solat berjemaah anda sedangkan anda mampu berjemaah? Begitu juga dengan ibadah lain,membaca al-quran contohnya.Jika anda lupa untuk membawa balik naskah al-quran,adakah anda tidak perlu untuk membaca al-quran sedangkan ada ayat-ayat al-quran yang anda hafal? Beribadahlah sekadar anda mampu,jangan lebih-lebih dan jangan pula kurang.Berwasatiahlah atau seimbangkanlah!Sesungguhnya berwasatiah itu sangat-sangat dituntut oleh agama.
Check list amalan:
Di bawah ini aku sediakan sedikit list ibadah ringkas,bermuhasabahlah (boleh modify mengikut tahap dan kesesuaian anda). Adakah anda beramal atau tidak. Jika ya,insya Allah anda berada dalam golongan yang sedikit dan jika tidak,anda berada dalam golongan orang yang rugi.
- Solat Fardu berjemaah
- Solat sunat hajat
- Membaca Al-Quran
- Selawat ke atas Nabi
- Berzikir
- Menolong orang tua
Insya Allah,sama-sama kita lakukan….
Monday, July 20, 2009
isra' mikraj
"Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" ( al-Isra’ : 1 )
Sungguh pada 27 Rejab dua tahun sebelum penghijrahan nabi Muhammad s.a.w dan pada tahun ke-11 kenabian telah tercatat satu sejarah yang besar dalam Islam. Peristiwa itulah yang namanya Isra’ Mikraj. Peristiwa yang membuktikan keesaan dan kehebatan Allah SWT. Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Baginda s.a.w menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda s.a.w. Fitnah terhadap baginda s.a.w bertambah kuat malah ramai juga di kalangan mereka yang sebelum telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda s.a.w maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh nabi s.a.w lalu beliau dengan tegas menyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda s.a.w mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jaubh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya ". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Sepanjang perjalanan Isra' dan mikraj, Rasulullah s.a.w telah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia samada mereka beriman atau pun tidak. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah apabila baginda s.a.w telah tercium bauan harum Mashitah dan kelaurga yang telah gugur syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim. Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang bergelegak panas demi Allah daripada menerima azab Allah yang lebih pedih jika tunduk kepada Firaun yang sesat itu. Jika kita menghayati peristiwa yang berlaku ke atas Mashitah dan keluarganya ini maka kita akan merasa begitu kerdil sekali berbanding pengorbanan tinggi Mashitah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun dan mendapat gaji daripada Firaun tetapi tetap mempertahankan imannya.
Pengajaran daripada Isra’ Mikraj
**Allah berkuasa untuk melakukan sesuatu kepada hambanya. Jarak yang manusia bilang selama 40 hari hanya berdasarkan kepada hitungan manusia bukan berdasarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Allah menjalankan dan mengatur perjalanan bulan, matahari dan menentukan jarak perjalanan. Maka tidak menjadi masalah kepada Allah untuk membuat lebih daripada itu.
**Allah berkuasa untuk menjalankan Nabi Muhammad SAW sampai ke Sidratul Muntaha maka, Allah berkuasa untuk menolong agamanya sekiranya hambanya sudah memenuhi syarat untuk memikul amanah agamanya.
**Ketegasan Nabi Muhammad SAW yang tegas untuk menceritakan peristiwa ini kepada kaumnya walaupun Ummu Hani’ melarang kerana orang Islam imannya tidak begitu kukuh lagi dan orang kafir akan mencari kesalahan yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Mereka menjadikan hujah Isra’ Mikraj sebagai jalan untuk menimbulkan keraguan kepada umat pada waktu itu. Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasul yang yakin dengan kebenaran risalahnya maka terus tampil ketengah masyrakat untuk menceritakan peristiwa tersebut. Dengan Izzah Islam yang baginda bawa, maka baginda menceritakan kepada umatnya, walaupun tahu risiko kehilangan pengaruh.Sunday, July 19, 2009
Brainstorm >> 10
Saturday, July 18, 2009
Diary...
1) Finished my Last Paper, Finals 1st Year ... Alhamdulillah...
2) Settled our new appartment... Renovation... if all goes smoothly, we'll be moving in on the 28th July... pics later
3) Dah ganti handset... Sony Ericsson w395... hamdu lillah4) dah dapat passport, so tgh arrange ntuk buat umrah... rabbuna yusahhil..
5) Sgt jeles tgk org beli2 barang, packing2 barang... mereka nak pulang ke tanah air...
that's it kot...
Lastly nak pesan pada diri sendiri and my beloved readers... dah abes exam ni, memang seronok, tapi jangan lupa diri, and more importantly, jangan lupa TUHAN...
suka pantun pd blog Nuaim(promote lagi)
Thursday, July 16, 2009
The Golden Number... SubhanAllah
was planning on putting it on my blog myself... but Nuaim beat me to it... just watch it on his blog...
nak tgk sini boleh jugak.. x pun kalo lambat boleh download kat keepvid
Tuesday, July 14, 2009
Jom cuba...
Tapi berapa ramai yg waktu membasuh setiap anggota, berdoa (at least dalam hati) ntuk setiap anggota yang dibasuhnya?
Ini antara rahsia di sebalik khusyuk dalam solat... sebenarnya solat bermula drpd wudhuk lagi... kita wudhuk ntuk solat, jadi start drpd wudhuk lagi kita da kosongkan hal2 duniawi drpd hati, dan menyediakan hati ntuk 'temu janji' kita dengan ALLA SWT...
So, Straight To The Point... seeing to that i have to continue studying Pharmacology for my exams tomorrow... udahla penulis x berapa strong subject ni... Rabbana Yusahhil...
(doa2 telah di'simple'kan dengan mengambil isi sahaja, tapi mulakanla dgn menybut nama Allah)
"Aku meminta kesempurnaan dan keberkatan
"Tolonglah aku untuk membaca kitab-Mu, banyak berzikr kepada-Mu
dan aku berlindung daripada mengumpat dan kalam2 yang buruk"
"Berikanlah kepada aku bau-bauan syurga dan Engkau Redha kepadaku
"Aku berlindung dari bauan Neraka dan Siksa Neraka"
"Cahayakanlah mukaku pada hari bercahayanya muka wali2-Mu,
dan janganlah gelapkan mukaku pada hari menjadi hitam muka Musuh2-Mu"
"Serahkanlah rekod amalanku melalui tangan kananku
dan perhitunlah aku secara mudah"
"Aku berlindung daripada diserahkan buku rekod amalanku melalui tangan kiriku atau dari belakangku"
"Litupilah aku dengan rahmat-Mu, turunkanlah keberkatan-Mu kepadaku, Lindungilah aku di bawah bayang Arash-Mu pada hari tiada sebarang perlindungan kecuali lindungan bayangan-Mu. Ya ALLAH, peliharalah rambutku dan kulitku daripada Api Neraka"
"Jadikan aku dari kalangan org yg mendengar perkataan maka mengikut yang baiknya, perdengarkanlah aku malaikat yang menyeru ke syurga, di syurga bersama2 org yang baik2"
"Tetapkanlah kakiku dia atas titian Sirat al-Mustaqim bersama tetapnya kaki2 hamba-Mu yang Soleh"
"Aku berlindung daripada tergelincirnya kakiku di atas titian ke dalam Neraka pada hari tergelincirnya kaki2 munafik"
Ya Allah, jadikanlah aku daripada golongan orang2 yang Bertaubat,
jadikanlah aku daripada golongan orang2 yang Bersih
dan jadikanlah aku daripada golongan orang2 yang Soleh
Monday, July 13, 2009
Dewasa kini...
Zaman ini adalah zaman kelembutan, kesabaran dan hikmah, bukanlah zaman kekerasan.
Kebanyakkan manusia di saat ini dalam keadaan jahil, lalai dan lebih mementingkan dunnyawiyyah.
Maka haruslah sabar dan berlemah lembut supaya dakwah ini dapat disampaikan dan mereka dapat mengetahuinya.
Kami mohon petunjuk kepada Allah untuk semuanya.”
- Samahatu al-Syeikh Ibn Baz rahimahullah-
Credits to Akh Yasir
Sunday, July 12, 2009
Brainstorm >> 9
Thursday, July 9, 2009
bosan... (bukan malam tu bosan, sebab bosan buat post ni)
Time : The eve of Fadhil's b'day (9/7/2209)
pergi celebrate b'day padel... 20+ gak yg gi... huhu terkejut beruk waiter tu... huhu... time tunggu makanan bosan2... took this short video... haha... Hafi (rujuk 2 post yg lepas) used to love this one... every time i did it he would be like scratching his head "how does he do that?", "where did it go?"... hehe... it gets him every time...
jadi tak?.. haha
neway... happy birthday Padel!...
(ada org tu nak pancing, suh sambut b'day dia sbab b'day dia da dekat...
tapi ktorang nak sambut b'day dia dgn tidak menyambutnya... XD....
katanya dia tak kesah pun, coz dia xde perasaan apa2 time b'day... sama macam raya katanya... xde apa2...
Wednesday, July 8, 2009
Miss them!
sian diorang... kuzen2 diorang sume da besar... tinggal diorang je... so kalo balik kampung tu... me and my brother selalu layan.... huhu... "abg Anas, abg Muhammad jom main game!"... "Buat magik, hafi nak tgk magik!"... haha... kids...
This year i won't be returning to M'sia... balik2 nt diorang da besar da.... huhu....
1st year yg x balik boleh bilang dengan jari kot... maybe campur jari kaki sikit... hehe... yg lain sume balik... why you ask?... hmm... let's see, x 'touching' rr balik awal2... biar lama sikit, then bila balik baru touching... (ada org kata poyo... lantak la) and then i was saving up for something... let's see... what was it again?..... huhu...
there are also other reasons... Ramadhan being one of them... Ramadhan here is celebrated... malam nak masuk syawal tu... kalo jadi, sume nangis, sedih, Ramadhan berlalu... kalo x jadi... semua gembira, peluk2...
Actually plan asalnya nak pergi Umrah... tapi terpaksa cancel atas sebab2 tertentu... masalah visa... xde rezeki la tahun ni nampaknya... tapi elok jugak... rasa macam belum layak lagi berpijak di tanah haram... kiranya these 2 months nak sucikan diri la, biar layak pergi next year... iA...
also have a few targets i wanna acheive and accomplish... my hafazan being one of them, and dalam almari tu banyak buku2 and kitab2 x baca2 lagi... not to mention my unreads PDF's on my laptop.
also few things i wanna do here... my arabic for instance, work maybe... bukan apa... waktu belajar busy (busy la sgt)... xde masa ntuk benda2 lain sgt... and then belajar in English, lecture ngan dak2 melayu, duduk pun dgn satu bangsa... so bahasa tu lambat sikit la nak dapat...
you could say aku nak ber'uzlah'... semua balik, just me and my creator, in the holy month, In the land of the prophets...
Semoga Allah beri kekuatan, dan memudahkan...
Monday, July 6, 2009
Specialist?
Sunday, July 5, 2009
Dah tengok!
Huhu... and you know what... The statement that i made in my previous posts (way back ago)... about saying how I'd learnt my lesson about studying last minute... well, truth is i haven't really... /o.O\ !! ... i know, i hate myself for that... hoping next year i can actually sleep in peace on the night of my exam... insyaAllah...
"Of course you can Anas, semangat sikit... lawan sikap malas tu!"
habis2 exam, about 7 of us went to carrefour... to watch Transformers 2!... huhu... cume ktorang pikir... "ala, balik2 Anatomy confirm la x study, mesti tidur la, main game la"... daripada tu, baik tgk Transformers!... and so we did... haha... at 1st i was kinda afraid i would fall asleep while watching it, coz i was like so sleepy from 'staying up' to study Anatomy... but on 2nd thought... fall asleep?, while watching Transformers?... No Way!.... huhu... the movie was Great!, the cinema pulak... alamak... boleh pulak tgh2 climax, dia stopkan video jap... "agaknya tukar filem kot"... tapi kat m'sia x penah pulak jumpa wayang yg buat ca2.... ish, rasa macam nak baling je botol air time tu.... .huhu....
balik malam tu... abis je solat isyak... operasi qada tidur!!... huhu....
Now i can study in peace! ...
*i also learned that walaupun tgh exam ni, masa ntuk ke masjid, baca mathurat/Quran... maintainkan, jgn sebab study... dgr azan... x pergi... sebab study, stay up, tidur lambat, then Subuh ke laut... Sebab study, xde masa ntuk baca Quran..... to me salah sume tu... Yakinlah... masa2 itu, akan diganti oleh Allah dgn masa yg lebih berkat...
Berbeza "orang yg study 3 jam, x jaga hbungan ngan Allah" dengan "org yg study 1 jam, jaga hubungan dengan Allah"...
Teringat pula kepada hadith ke-19 drpd 'hadith 40'
sabda Nabi PBUH
"IHFAZILLAH, YAHFAZKA.........."
"peliharalah Allah (hubungan dengannya), Allah akan pelihara kamu.........."
(tak hafal the whole hadith yet, just the 1st part, sebab tu buh titik2 kat hjung)
wallahu'alam
Saturday, July 4, 2009
Final Exam First Year .....!
Anatomy
4/7/2009 (Saturday)
Microbiology
6/7/2009 (Monday)
Physiology
8/7/2009 (Wednesday)
Pathology
11/7/2009 (Saturday)
Biochemistry
13/7/2009 (Monday)
Pharmacology
15/7/2009 (Wednesday)
Histology
18/7/2009 (Saturday)
~let's forgive and apologize~..
maaf sume kalo ada salah silap.. semoga sama2 excellent, najah fii dunia wal akhirat.... Ingat, jgn lupa doa dan bnyk istighfar.kerana biasanya yang menghalang bantuan Allah adalah dosa2 yang kita lalaikan. good luck!
Rabbuna Yunajjah kullukum..
Thursday, July 2, 2009
Archer Anas
this is a training session..
to see if i was doing anything wrong in my shoots...
the thing with archery is
that evena minor deviation in our aiming,
will result in a major deviation in our arrows path
the yellow line is a perfect shot....
say my aim was deviated to the right only slightly..
the flight of my arrow would be deviated a lot more to the right
and go off taget on the target board (target face)
this effect is magnified as the distance
becomes greater.
'under 18 tournament's have 4 distances
30m, 50m, 70m and 90m...
imagine at 90 metres...
only the slightest movement of my bow to the left
would cause my arrow to go greatly off target
and even miss (0 points!)
and to not make things easier
the arrow flies in a parabola...
the fight of the arrow vertically,
in the y axis, depends on
the length that i pull the bow string..
a greater pull makes the arrow go higher
and vice versa
every pull has to be the same...
it just makes getting a bull's eye...
how do you say it...
priceless....
This is (lebey kurang) the 'feel' of a tournament
Target boards just 'begging' to be shot at
Yes, the thing on the tripod is a telescope... it is crucial in the long distance events, unless you're superman
Notice also, the guy on the right, he's left handed, everything about his gear is different..
yes, there are that many people in a tournament, probably more
Want a DSLR!!
Wednesday, July 1, 2009
Adab tidur
kepada yg sedang bercuti di rumah, kadang2 memilih tidur sebagai jalan keluar dariapa kebosanan yg 'membunuh'... huhu... betul tak?... xpe2, walaupun ada banyak benda berfaedah lagi ntuk dilakukan, tapi tidur tu, biarla beradab... Islam mengajar begitu
yg tgh musim exam pulak, tidur juga menjadi isu
"Weih, tidur mesti cukup musim2 exam ni"....
"Cana nak tidur , bnyk lagi x baca ni"....
"Alah, lepas exam nt aku qada la balik tidur aku"...
"Aku baca x masuk rr, baik aku tidur"....
juga dilihat ramai pelajar2 di musin exam menjadi 'nocturnal', siang jadi malam, malam jadi siang...
bnyak la spekulasi ttg tidur ni sebenarnya...
tak kesah la whatever your situation... let's follow Islam as a 'Deen' (way of life)... not just a title to put on...
so here it goes >> ADAB TIDUR
Tidur bagi seorang Muslim adalah dikira ibadat jika ia memenuhi adab-adabnya iaitu :
- Membersihkan badan daripada najis dan hadas bila hendak tidur: disunatkan mengambil wuduk sekali pun ia berada dalam keadaan hadas besar
- Kedudukan badannya di waktu tidur mengadap ke qiblat seperti kedudukan mayat
- Membaca doa-doa dan surah yg tertentu sewaktu hendak tidur. Rasulallah S.A.W antara lainnya apabila hendak tidur membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas deihembuskan bacaan itu di kedua belah tangannya dan digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan ini diulangi sebanyak tiga kali berturut-turut...