someone sent me this link via ym... it was about exactly what i was thinking of... hakikat sebuah cuti... was planning on writing 'bout it myself... but someone saved me the trouble of doing so... please read, for your one sake...
Rancangan kita cuti ini..
“lagi 5 ari nok balik tganung ni~dok sabar nye nok jupe ma,abah,kak long ngan ucu.lame gle dok balik dumoh,ghindu nye…”
“Dah,cuti ni ko nak wat ape?”
“huhuhu.aku nak khatamkan quran.Pastu aku nak bace buku agama.Pastu aku nak hafal juz 30.Nak tolong mak.”
“Wo,hebatnye ko.Tapi aku tak ske cuti.Membosankan dow.”
“Ler,pelik gilo mung.Sume orang nok cuti tapi mung doksey,nape?”
“Cuti wat aku leke.Memang ar aku pom plan macam ko,nak bace quran la,dengar cramah Ustaz Shamsuri la,tapi bila sampai kat umah,semua tak jadi.Berhibernasi je kije aku,makan tido.”
Benar,itulah hakikatnya.Cerdik pandai selalu berkata, “Kita patut redha dengan apa yang berlaku sebab itu adalah rencana daripada Sang Pencipta.Betul,kita merancang dan Allah pun merancang dan sememangnya perancangan Allah adalah yang terbaik.”Jadi,adakah berhibernasi itu adalah lebih baik daripada mengkhatamkan 30 juz? Adakah beribernasi itu adalah lebih baik daripada menghafal al-quran? Adakah berhibernasi itu lebih baik daripada mendengar ceramah agama? Adakah benar kata-kata cerdik pandai itu tadi?
Pada hakikatnya,sesuatu itu tidak akan berlaku jika kita tidak melakukannya. Kita niat untuk buat itu,buat ini tetapi kita tidak bertindak,maka niat hanya sekadar niat,hasilnya tiada.Ingatlah Allah berfirman di dalam surah Ar-Ra’du:
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri
Teringat aq semasa kita berkem di Kem Kaizen,Kem Komander memegang sebiji belon pada tangan kanannya dan sebatang pen di tangan kirinya. “Macamana kita nak selamatkan belon ini daripada pecah?”tanyanya.Maka ramailah menjerit, “selamatkan belon!Ambil pen itu!”Tetapi belon tetap pecah dicucuknya.Dia tanya lagi, “macamana kita nak selamatkan belon ini daripada pecah sambil mendekatkan pen dengan belon.” Lantas,Hidayat bangun dan merampas belon daripada Kem Komander dan belon terselamat.Apa pengajarannya? Ingatlah dengan sekadar niat atau kata-kata,sesuatu itu tidak akan berlaku.Biar kuat mana kita menjerit,biar nyaring mana suara kita,biar hebat mana niat kita tetapi jika kita tidak bertindak,semuanya sia-sia. Niat haruslah disusuli dengan tindakan barulah niat itu membuahkan hasil.
Cuti adalah masa beribadah?
Jaril bercerita, “sebelum xm,aku demam terok tapi aku dapat bangun malam untuk qiam.Tetapi lepas xm,biarpun banyak masa free,cuti katakan~,tapi aku tak dapat bangun qiam.Aku yakin ni adalah tarbiyah daripada Allah Rabbul Alamin.”
A’a Jaril,masa itu milik Allah.Janganlah kita menjadikan masalah masa sebagai satu rintangan yang besar sehingga kita tidak dapat beribadah kepada Yang Esa.Cuti biasanya menjadi satu masa yang ditarget oleh ramai orang untuk melakukan kebaikan,seperti dialog di atas.Tetapi apa yang jadi, cuti adalah cuti,semua ibadah sunat pun bercuti.Solat hajat entah ke mana, lembaran al-quran pun hilang atau sekadar menjadi perhiasan. Ya, bukan kehendak kita untuk ‘bercuti’ tetapi kita telah kalah,kalah dengan musuh azali kita,syaitan.Syaitan telah berjaya menutup mata kita dengan keindahan cuti,kesenangan cuti sehingga kita tidak mampu untuk mengangkat punggung untuk mendirikan solat sunat.Cuti adalah hadiah daripada Allah, hadiah yang kecil sebenarnya,hadiah yang tidak akan menjadi halangan untuk kita mendapat hadiah-hadiah lain daripada Allah.Namun,jika kita asyik memfokuskan kepadanya maka ia akan menjadi halangan yang besar, halangan yang akan menutup segala keindahan ibadah.Analoginya seperti anda melihat kapal terbang.Anda keluarkan syiling 50sen daripada poket anda dan anda letakkannya di hadapan mata anda.Secara automatik,syiling 50sen tadi telah menghalang anda daripada melihat kapal terbang yang besar.
Dalam satu usrah,Yusri-senpai menerangkan perihal infaq dan sadaqah. Aizzat,selaku CO-Naqib mencelah, “kawan saya pesan,kita dalam melakukan kebaikan jangan berfikir panjang,nanti tak jadi.Kalau kita nak bersedaqah, seluk saku dan terus masukkan ke dalam tabung,tak perlu fikir2.Kalau kita fikir,nanti syaitan akan mencelah,menggoda kita.Bila kita seluk saku,ada RM10,terus masukkan ke dalam tabung,jika kita berfikir panjang,kita akan fikir:aku ada RM10 je.Kalau aku sedaqah RM10 nanti aku nak makan apa? Nak beli sabun pun takde duit.Ish..Kan tak jadi,so sadaqah je,jangan fikir panjang.” Sama juga dalam ibadah lain,jika kita ingin solat sunat,jangan fikir, “nanti cuti aku buatlah.”Tetapi terus bangun dan dirikan solat sunat.Sebab apa? Sebab kal ho na ho(esok belum pasti).
Kita dan Syaitan..
“Ah,semuanya salah syaitan.Dia yang menggoda aku.”
Tidak,syaitan tidak salah.Apakah salah seorang yang berkerja mencuba makanan untuk mencuba makanan?Apakah salah seorang pemandu F1 untuk memandu laju?Tidak,mereka tidak salah dan begitu juga syaitan, sememangnya mereka telah berjanji dengan Allah untuk menggoda anak cucu Adam bagi menambah teman mereka di dalam neraka kelak. Sebenarnya kita yang salah,kita mengikut godaannya untuk baring menghadap TV dan tidak mengendahkan laungan azan masjid yang berdekatan.Bahkan jika rancangan TV berhenti sekejap untuk menghormati azan,kita tukar chanel,tidak mahu dengar laungan Azan.Teruk,kita memang teruk.
Kita sepatutnya selalu ingat bahawa syaitan tidak akan putus asa dalam menggoda kita.Jika dia gagal pada hari ini,dia akan terus menggoda pada hari esok,jika esokpun dia gagal,lusa dia tetap akan menggoda kita.Godaannya hanya terhenti apabila kita menghembus nafas yang terakhir.Terbayang-bayang satu kartun tetang syaitan menggoda manusia dalam majalah Islamik untuk kanak-kanak.Menurut kartun tu,jika syaitan berjaya menggoda manusia, syaitan itu akan menjadi gemuk dan akan terus menggoda namun jika dia gagal,syaitan itu akan menjadi kurus dan akan berputus asa.Ya,satu teknik tarbiyah yang baik untuk kanak-kanak bagi menerangkan syaitan adalah musuh manusia yang akan menggoda manusia melakukan keburukan tetapi satu kecuaian yang sangat besar kerana menyatakan syaitan akan berputus asa.Ingat,syaitan takkan berputus asa walaupun sekali!
Dalam solat contohnya,kita fokus pada tempat sujud kita dan memikirkan Allah.Lama kita kusyu sehingga sampai satu masa kita terfikir, “wuh,aku da solat dengan kusyuk.Syaitan tidak mampu menggoda aku.”Kita fikir kita telah solat dengan kusyuk padahal ITULAH GODAAN SYAITAN!Dengan menjadikan diri sendiri sebagai umpan,syaitan terus mara untuk menggoda kita.Kita lemas dalam perigi yang kita korek sendiri.Ish2…
Halangan atau alasan…
“La,adik tak pergi solat berjemaah kat masjid ke?”tanya Umi.
“Masjid jauh la Umi,takde kenderaan nak pergi.Bagi la kereta kat Adik Mi,”jawab Adik.
“Takley2..Adik baru je dapat lesen,drive tak ok lagi,”tegas Umi.
“Da tu,memang takley solat berjemaah la,”jawab Adik tanda memprotes.
“Takpelah,jom solat kat rumah.Adik imam,umi ikut,”kata Umi.
Takda kenderaan untuk ke masjid menjadi alasan untuk anda tidak berjemaah padahal anda mempunyai adik,abang,kakak,ibu dan ayah untuk berjemaah? Tidak,anda silap.Benar solat berjemaah di masjid itu adalah satu keutamaan namun jika anda tiada kenderaan untuk ke sana adakah anda harus menggadai solat berjemaah anda sedangkan anda mampu berjemaah? Begitu juga dengan ibadah lain,membaca al-quran contohnya.Jika anda lupa untuk membawa balik naskah al-quran,adakah anda tidak perlu untuk membaca al-quran sedangkan ada ayat-ayat al-quran yang anda hafal? Beribadahlah sekadar anda mampu,jangan lebih-lebih dan jangan pula kurang.Berwasatiahlah atau seimbangkanlah!Sesungguhnya berwasatiah itu sangat-sangat dituntut oleh agama.
Check list amalan:
Di bawah ini aku sediakan sedikit list ibadah ringkas,bermuhasabahlah (boleh modify mengikut tahap dan kesesuaian anda). Adakah anda beramal atau tidak. Jika ya,insya Allah anda berada dalam golongan yang sedikit dan jika tidak,anda berada dalam golongan orang yang rugi.
- Solat Fardu berjemaah
- Solat sunat hajat
- Membaca Al-Quran
- Selawat ke atas Nabi
- Berzikir
- Menolong orang tua
Insya Allah,sama-sama kita lakukan….
4 comments:
Salam..
Semoga dapat manfaatkan cuti ini..
Tentang Umrah tu still on planning or confirm pegi?
Bagi ana, macam cerita diatas.. Kalau di U, kita boleh berdisiplin dengan masa as such pergi surau, pergi masjid n here we have SIS (Success in Study) mcm smart circle juga that is terdiri drpd muslimat kolej kediaman..
Tapi kalau dekat rumah, "thousand of excuses"!!..
Nevertheless, kita harus bijak.. Boleh nak hibernate.. Biasalah, bakal sensei kan. Nak qada'.. Tapi, duniawi n ukhrawi harus seimbang.. Kalau tak seimbang, nanti kita pun jadi tak seimbang..
haha..
happy holiday..
hari ni 1 Sya'ban!!!
ohh Ramadhan..
salam...
aku baru balik dari matruh ni senanya... 3 hari gak kat sana... penat!... neway... pasal umrah tu, iA jadi...
hmm.. itulah... harap kita tak sia2kan cuti kita... especially yang di mesir and tak balik... huhu...
yup!!bt0l2..mse cuti dahlah susah nk buke buku..baek tmbah amal..
haha... buku takyah cakap la... bawak je balik rumah dlm beg... kan!... huhu... once in a blue moon je bukak... tapi bukan gee la... gee kan rajin... ;)
Post a Comment