Monday, July 20, 2009

isra' mikraj

"Hendakkah kamu tahu satu kalam yang ringan di mulut (mudah), tetapi berat timbangannya di akhirat (timbangan kebaikan di atas mizan)?
SubhanAllah wa bihamdiHi, SubhanAllahil Azeem



"Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" ( al-Isra’ : 1 )

Sungguh pada 27 Rejab dua tahun sebelum penghijrahan nabi Muhammad s.a.w dan pada tahun ke-11 kenabian telah tercatat satu sejarah yang besar dalam Islam. Peristiwa itulah yang namanya Isra’ Mikraj. Peristiwa yang membuktikan keesaan dan kehebatan Allah SWT. Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Baginda s.a.w menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda s.a.w. Fitnah terhadap baginda s.a.w bertambah kuat malah ramai juga di kalangan mereka yang sebelum telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda s.a.w maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh nabi s.a.w lalu beliau dengan tegas menyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda s.a.w mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jaubh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya ". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Sepanjang perjalanan Isra' dan mikraj, Rasulullah s.a.w telah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia samada mereka beriman atau pun tidak. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah apabila baginda s.a.w telah tercium bauan harum Mashitah dan kelaurga yang telah gugur syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim. Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang bergelegak panas demi Allah daripada menerima azab Allah yang lebih pedih jika tunduk kepada Firaun yang sesat itu. Jika kita menghayati peristiwa yang berlaku ke atas Mashitah dan keluarganya ini maka kita akan merasa begitu kerdil sekali berbanding pengorbanan tinggi Mashitah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun dan mendapat gaji daripada Firaun tetapi tetap mempertahankan imannya.


Pengajaran daripada Isra’ Mikraj

**Allah berkuasa untuk melakukan sesuatu kepada hambanya. Jarak yang manusia bilang selama 40 hari hanya berdasarkan kepada hitungan manusia bukan berdasarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Allah menjalankan dan mengatur perjalanan bulan, matahari dan menentukan jarak perjalanan. Maka tidak menjadi masalah kepada Allah untuk membuat lebih daripada itu.

**Allah berkuasa untuk menjalankan Nabi Muhammad SAW sampai ke Sidratul Muntaha maka, Allah berkuasa untuk menolong agamanya sekiranya hambanya sudah memenuhi syarat untuk memikul amanah agamanya.

**Ketegasan Nabi Muhammad SAW yang tegas untuk menceritakan peristiwa ini kepada kaumnya walaupun Ummu Hani’ melarang kerana orang Islam imannya tidak begitu kukuh lagi dan orang kafir akan mencari kesalahan yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Mereka menjadikan hujah Isra’ Mikraj sebagai jalan untuk menimbulkan keraguan kepada umat pada waktu itu. Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasul yang yakin dengan kebenaran risalahnya maka terus tampil ketengah masyrakat untuk menceritakan peristiwa tersebut. Dengan Izzah Islam yang baginda bawa, maka baginda menceritakan kepada umatnya, walaupun tahu risiko kehilangan pengaruh.

*copy pasted from langit tasbih

2 comments:

SSY said...

israk n mikraj..
padat dan jelas..
cerita yang membuatkan ana teruja sejak kecil lagi..
begus2..
post yang paling ana sukai sekali..
tahniah..

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

thanks for reading...
baru balik Cairo ni...
P.E.N.A.T